PROFIL
Beliau merupakan pensyarah kanan dan penyelidik dalam bidang kajian kimia hasilan semula jadi. Beliau mendapat ijazah pertama di dalam bidang Kimia Gunaan dan PhD dalam bidang kimia hasilan semulajadi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau telah menyelia lebih 30 pelajar ijazah pertama dan 10 pelajar ijazah lanjut. Minat penyelidikan beliau adalah pengenalpastian sebatian kimia semula jadi dari pokok dan potensinya sebagai ubatan. Beliau telah menerbitkan lebih 30 artikel dalam jurnal berwasit. Beliau pernah membentangkan hasil penyelidikan di konferens di dalam dan luar negara. Beliau juga pernah memenangi beberapa pingat dalam pertandingan rekacipta dan inovasi sains. Beliau pernah muncul di beberapa rancangan di kaca televisyen dan di dada akhbar. Beliau sedang melakukan penyelidikan terhadap sebatian semulajadi yang mempunyai aktiviti terhadap penyakit malaria dan Alzheimer.
