Dr Che Puteh Osman
SIRI 1: APAKAH ESSENTIAL OIL (MINYAK PATI)?
Updated: 19 Mei 2019
1. Essential oil adalah sejenis minyak mudah meruap yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai bau yang kuat.
2. Essential oil terdiri dari sebatian kimia semula jadi dari kumpulan terpenes, terpenoids, esters, aldehydes, ketones, asid karboksilik dan sulfur.
3. Kumpulan kimia terpenes yang banyak didapati dari essential oil mempunyai rantaian kimia C10 (monoterpenes), C15 (sesquiterpenes) dan C20 (diterpenes).

4. Manakala terpenoid adalah sebatian kimia semulajadi yang mempunyai rantaian kimia yang sama dengan terpenes kecuali terpenoid mempunyai atom oksigen dalam struktur kimia.
5. Esters ada sejenis sebatian yang mempunyai fungsi O=C-O-R. R boleh jadi sebarang cabang alkyl (alkyl chain).
6. Sebatian yang mempunyai atom sulfur akan memberi bau sulfur, bau seakan kobis bakar, bawang putih dan lain-lain. Sebatian jenis ini banyak didapati di dalam durian.
7. Essential oil boleh diekstrak dari tumbuhan-tumbuhan menggunakan pelbagai kaedah antaranya steam distillation, hydrodistillation, microwave distillation dan menggunakan pelarut organik.
8. Kaedah yang paling biasa digunakan adalah mengekstrak essential oil menggunakan air panas dan stim dan minyak yang berbentuk gas ketika proses distillation akan melalui kondensor dan bertukar menjadi minyak. Ia dikutip di hujung kondenser (rujuk gambar)
9. Essential oil juga dikaji untuk aktiviti biologi. Namun pengujian hanyalah didalam piring petri sahaja.
10. Essential oil sesuai digunakan sebagai minyak wangi, perasa makanan, menghalau serangga perosak, namun ia tidak boleh digunakan untuk mengubati penyakit.
Che Puteh Osman PhD in Natural Product Chemistry