• Dr Che Puteh Osman

SIRI 1: APAKAH PHYTOESTROGENS?

Updated: May 19, 2019

Phytoestrogens adalah sebatian kimia semula jadi yang boleh didapati dari tumbuh-tumbuhan.Ia mempunyai struktur kimia seakan-akan hormon estrogen yang dihasilkan oleh manusia, menyebabkan ia mengikat pada reseptor estrogen pada badan manusia.


Antara sebatian kimia semula jadi yang bersifat estrogenik adalah isoflavones, prenylflavonoid, coumestans dan lignan. Antara tumbuhan yang kaya dengan isoflavones adalah soya. Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia pumila, kaya dengan sebatian lignan dan isoflavones.






Estrogens merupakan hormon penting dalam kitaran haid dan penting untuk tisu reproduktif wanita. Oleh sebab itu, penggunaan berterusan herba yang dikatakan untuk ‘kesihatan dalaman’ wanita ini sebenarnya adalah sejenis ‘hormone replacement therapy’ (HRT) atau terapi penggantian hormon. Namun begitu, HRT tanpa kehadiran hormon progestin meningkatkan risiko kanser tertentu.


Wanita yang tiada masalah reproduktif wanita tidak perlu mengambil herba-herba ini. Manakala wanita yang disahkan memerlukan rawatan HRT hendaklah berbincang dengan doktor yang merawat. Antara kesan sampingan pengambilan berterusan dalam tempoh yang lama herba yang kaya dengan phytoestrogens adalah kanser berkaitan organ reproduktif wanita, perubahan kitaran hormon dan mengganggu penyusuan ibu.



Che Puteh Osman PhD in Natural Product Chemistry


Rujukan


Nadia, M. E., Nazrun, A. S., Norazlina, M., Isa, N. M., Norliza, M., & Ima Nirwana, S. (2012). The Anti-Inflammatory, Phytoestrogenic, and Antioxidative Role of Labisia pumila in Prevention of Postmenopausal Osteoporosis. Advances in Pharmacological Sciences, 2012, 706905. http://doi.org/10.1155/2012/706905


Patisaul, H. B., & Jefferson, W. (2010). The pros and cons of phytoestrogens. Frontiers in Neuroendocrinology, 31(4), 400–419. http://doi.org/10.1016/j.yfrne.2010.03.003

Wilson (2017). Are phytoestrogens good for you? Retrieved from https://www.healthline.com/health/phytoestrogens… on Nov, 15. 2017.

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.