Dr Che Puteh Osman
SIRI 1: BENARKAH HERBA BEBAS BAHAN KIMIA? BAHAGIAN 1
Updated: 18 Mei 2019
Pokok, seperti makhluk Allah lainnya menghasilkan bahan kimia untuk kelangsungan hidupnya. Kita, manusia juga terdiri daripada sebatian kimia, terdiri daripada rantaian carbon, nitrogen, oksigen dan lain-lain. Jujukan DNA juga adalah daripada asid amino. Asid amino itu juga boleh berada di dalam telur dan ayam kita makan. Asid amino akan membentuk rantaian dan menjadi protein yang kita makan sehari-hari.
Apabila kita bercakap tentang bahan kimia dari alam semulajadi, ia lebih dikenali sebagai natural products.

Natural products atau kimia hasilan semulajadi boleh didefinisikan sebagai bahan kimia yang dihasilkan oleh organisme hidup melalui proses metabolisme. Antara sumber natural products adalah tumbuhan, hidupan marin, mikroorganisma dan juga haiwan.
Tumbuhan melalui dua proses metabolisme:
1. Metabolisme primer
2. Metabolisme sekunder.
Metabolisme primer ini sama sahaja dalam mana-mana hidupan. Ia merupakan metabolisma asas seperti respiratori, merupakan proses asas kehidupan. Produk primary matabolism adalah seperti saccharides, asid amino, dan lain-lain. Produk primary metabolism ini yang akan digunakan dalam secondary metabolism.
Apakah perbezaan metabolisme primer dan sekunder? Metabolisme primer adalah proses asas yang ada pada mana-mana hidupan dengan sedikit variasi manakala metabolisma sekunder adalah unik kepada jenis hidupan, malah setiap pokok tidak sama jenis secondary metabolism. Secondary metabolism ini terhasil akibat daripada mekanisme kemandirian dan penyesuaian terhadap alam sekitar (survival and adaptational mechanisms).
Antara produk metabolisme sekunder adalah alkaloids, flavonoids, quinones, asid fenolik, terpenes, dan lain-lain. Contohnya steroid dalam tumbuhan datang dari kumpulan terpene. Resveratrol dalam anggur adalah dari kumpulan asid fenolik. Steviol glycosides dalam daun stevia adalah dari kumpulan diterpenoid di bawah kelas terpenes. Produk secondary metabolism ini yang sering dipanggil 'natural products'.
Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)