top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 1: SIAPA BERTANGGUNGJAWAB KAJI UBAT?

Updated: 20 Mei 2019

1. Selalu saya baca bila pakar perubatan tegur produk merapu dia suruh doktor tersebut buat kajian. Doktor perubatan hanya akan kaji kalau lepas kajian pra klinikal.


2. Chemist dan pharmacologist yang akan buat discovery dan ujian pra klinikal. Kebiasaanya discovery banyak dilakukan di universiti dan institut penyelidikan.


3. Untuk mengkaji satu pokok dari kutipan sampel dalam hutan sehinggalah dijual di kaunter farmasi, ia melibatkan ramai penyelidik. Dari botanist, chemist, biologist, pharmacologist, dan medical researcher.


4. Kalau produk bagus barulah masuk peringkat kajian klinikal terhadap manusia. Waktu ni baru pakar perubatan terlibat.


5. Proses ini mengambil masa 20-30 tahun dari discovery sampailah ke pendaftaran ubat untuk dikomersilkan.



6. Kenapa produk herba sekian-sekian tak masuk lagi ujian manusia ada beberapa sebab a. Gagal ujian toksisiti b. Gagal ujian pra klinikal c. Kos terlalu mahal nak buat ubat


7. Ujian klinikal di Malaysia di regulasi oleh Clinical Research Centre Malaysia. Setiap ujian klinikal ingin dilakukan ke atas manusia perlu dipohon melalui CRCM dan dipantau.


Che Puteh Osman PhD in Natural Product Chemistry

65 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page