SIRI 10: BETUL KE MAKANAN BERALKALI MERAWAT DAN MENCEGAH KANSER?
Updated: 20 Mei 2019
Sehingga ke hari ini masih tular mengatakan sel kanser bersifat asid, dan pemakanan beralkali mampu membunuh atau mengekang pertumbuhan sel kanser. Pemahaman ini wujud hasil dari kajian Otto Warburg yang diterbitkan pada tahun 1930. Otto Warburg merupakan penerima hadiah Nobel dalam bidang fisiologi/perubatan pada tahun 1931.
Kajian Warburg menyatakan perbezaan utama antara sel kanser dan sel normal adalah nisbah glikolisis kepada respirasi, yang dikenali sebagai “Warburg Effect’. Sel kanser melakukan proses glikosis tanpa kehadiran oksigen dan menghasilkan asid laktik. Ini menjadikan persekitaran sel kanser diperhatikan mempunyai pH berasid. Kajian pada tahun 1990-an menunjukkan pH sel kanser manusia dan haiwan adalah pH normal dan sedikit beralkali. Pemerhatian kajian dalam piring petri yang menunjukkan pH berasid disebabkan oleh penghasilan asid laktik, bukan pH sel kanser tersebut.

Jika kita meneliti kajian Warburg, dia tidak sebut pun sel kanser itu berasid. Penemuan penting Warburg adalah sel kanser melakukan glikosis tanpa atau dengan kehadiran oksigen dengan mengubahsuai metabolisme glukosa. Walaupun dengan kehadiran oksigen, sel kanser menukar asid laktik untuk menghasilkan tenaga. Sel kanser mengubah suai laluan glikolitik bagi penghasilan tenaga dan menghasilan bahan perantara untuk meningkatkan pembahagian dan pertumbuhan sel. Teori ini merancakkan kajian demi kajian bagi memahami pembentukan dan kemandirian sel kanser.
Selain itu, makanan yang bersifat alkali akan dineutralkan seawal dari lidah lagi. Enzim amilase yang ada di lidah mempunyai pH 6.6-7.0. Apabila makanan sampai di perut, makanan akan dicerna oleh jus gastrik. Tahukah anda jus gastrik mempunyai asid hidroklorik dengan pH 1.5-3.5. Menggunakan konsep tindakbalas asid dan bes, makanan beralkali akan dineutralkan oleh asid tadi. Jadi, makanan tersebut tidak kekal dalam kekal pH beralkali dan sampai ke sel sasaran.

Badan manusia mempunyai mekanisme homeostasis asid-bes bagi mengekalkan pH badan 7.2-7.44. Jika pH terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia akan menjejaskan fungsi badan manusia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa.
Asid dan bes boleh didefinisikan berdasarkan tiga definisi.
Pertama : Arrhenius
Menurut Arrhenius asid adalah sebatian yang boleh mengion dalam air membentuk ion hidrogen. Contoh asid hidroklorik dan asid asetik (dalam cuka). Kedua-dua contoh ini mengion di dalam air dan menghasilkan ion hidrogen. Beza antara kedua asid kuat (asid hidroklorik dan asid lemah (asid asetik) adalah kadar pengionan. Asid kuat mengion 100 % manakala asid lemah mengion separa sahaja iaitu hanya sebahagian molekul asid asetik mengion menjadi ion hidrogen dan ion asetat.
Manakala bes adalah sebation yang mengion di dalam air membentuk ion hidrosida (OH-)
Kedua : Brønsted-lowry
Menurut teori ini asid adalah sebatian yang menderma hidrogen. Contoh dalam tindak balas asid bes antara asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) akan menghasilkan natrium klorida (NaCl-garan kt dapur tu) dan air. Asid hidroklorik menderma hidrogen dalam tindak balas ini
Manakala bes adalah sebatian yang menerima hidrogen dalam tindak balas kimia. Dalam tindakbalas kimia di atas, natrium hidroksida adalah penerima hidrogen.
Ketiga : Lewis
Menurut Lewis, sebatian dianggap sebagai asid apabila sebatian itu menderma sepasang elektron dalam tindakbalas kimia. Manakala bes adalah sebatian yang menerima sepasang elektron dalam tindak balas kimia.
Makanan beralkali tidak merawat kanser. Jangan membazir duit anda.
PS: Bacaan menarik rujul Swietach et a. (2014) tentang 'The chemistry, physiology and pathology of pH in cancer'.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
Hamm, L. L., Nakhoul, N., & Hering-Smith, K. S. (2015). Acid-Base Homeostasis. Clinical Journal of the American Society of Nephrology : CJASN, 10(12), 2232–2242.
http://doi.org/10.2215/CJN.07400715
Hofmann, P. (2018). Cancer and Exercise: Warburg Hypothesis, Tumour Metabolism and High-Intensity Anaerobic Exercise. Sports, 6(1), 10. http://doi.org/10.3390/sports6010010
Ganapathy, V., Thangaraju, M., & Prasad, P. D. (2009). Nutrient transporters in cancer: Relevance to Warburg hypothesis and beyond. Pharmacology & Therapeutics, 121(1), 29-40. doi:
https://doi.org/10.1016/j.pharmthera.2008.09.005
Griffiths, J. R. (1991). Are cancer cells acidic? British Journal of Cancer, 64(3), 425–427.
Swietach, P., Vaughan-Jones, R. D., Harris, A. L., & Hulikova, A. (2014). The chemistry, physiology and pathology of pH in cancer. Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences, 369(1638), 20130099.