SIRI 10: BUAH ZURIAT, JALAN IKHTIAR MENDAPATKAN ZURIAT?
Updated: 19 Mei 2019
1. Buah zuriat atau nama saintifiknya Hyphaene thebaica, merupakan sejenis pokok palma di bawah keluarga Arecaceae dan genus Hypaena. Menariknya, pokok kelapa sawit Elaeis guineensis dan pokok kelapa, Cocos nucifera juga berada di dalam keluarga Arecaceae [1].

2. Buah zuriat atau dikenali sebagai palm doum di negara-negara Arab, mempunyai bentuk buah seakan-akan buah kelapa sawit. Bezanya buah kelapa sawit berwarna merah dan lebih bujur. Buah zuriat ini berwarna coklat kehitam, mempunyai sabut (mesocarp) dan isi kernel sama seperti buah sawit.

3. Di negara-negara Arab, buah ini dimakan mentah, dan merupakan minuman tradisi di Mesir. Air rebusan buah zuriat kering digunakan sebagai tonik kesihatan di Kenya [2]. Selain itu, ia juga digunakan secara tradisi untuk rawatan bilharziasis (jangkitan fungal), haematuria, dan pendaraham selepas bersalin [3] Ia juga digunakan di Nigeria untuk kes anemia [4]
4. Menurut kajian, buah zuriat atau desert palm atau doum palm ini mengandungi sebatian kimia seperti cinnamic acid, fatty acid, sphingolipids, lignan, dan stilbene [5].
5. Kajian menunjukkan ekstrak air buah zuriat kaya dengan sebatian polifenolik, dan dapat mengurangkan mengurangkan kolestrol bagi kes kerosakan buah pinggang [6], mengurangkan risiko glomerulosclerosis, atherosclerosis.
6. Di dalam kajian yang lain, ekstrak buah zuriat dikatakan merendahkan kolesterol, kaya dengan antioksidan [7], dan meningkatkan kandungan sel darah merah dan sel darah putih dalam kajian ke atas tikus [4,8]. Penyelidik berpendapat kandungan flavonoids, zat makronutrient dan micronutrient memberikan khasit berkenaan [4].
7. Selain itu, di dalam kajian yang lain, buah zuriat dikatakan mengurangkan kandungan gula di dalam darah dalam kajian ke atas tikus [9]. Di dalam satu kajian yang lain, sebatian kimia dari jenis flavonoids di dalam buah zuriat dikatakan memainkan peranan dalam penurunan paras glukosa di dalam darah [10].
8. Carian di pengkalan data jurnal penyelidikan, google scholar, tiada satu pun yang menunjukkan kegunaan buah zuriat secara tradisi mahupun kajian moden bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.
9. Namun begitu, palm doum atau buah zuriat ini kaya dengan micronutrient, makronutrient dan phytonutrients seperti flavonoids yang menunjukkan ia berkesan meningkatkan tahap kesihatan keseluruhannya. Kajian ke atas tikus menunjukkan ia boleh mengurangkan kandungan glukosa di dalam darah dan kandungan kolesterol.
10. Kesimpulannya, penggunaan buah zuriat untuk meningkatkan kesuburan tiada dalam kegunaan tradisi setempat negara di mana pokok palm doum ini berasal. Buah palm doum berkhasiat dan baik untuk kesihatan keseluruhannya. Walaupun belum ada kajian toksik, belum ada laporan kesan toksik akibat pemakanan buah palm doum.

Rujukan:
[1] The plant list. Retrieved from http://www.theplantlist.org/browse/A/Arecaceae/.on 5 Dec 2017
[2] Martin, F.W., 1999. Palm for stable foods. In: Elevitch, C. (Ed.), Multipurpose Palms You Can Grow. Also available electronically <http://www.agroforestry.net/pubs/palmbk/Chapter4.html>.
[3] H.M. Burkill (1997) The useful plants of West Tropical Africa, vol. 4 (second ed.), Royal Botanical Garden, Kew, pp. 371-373
[4] Auwal, M. S., Sanda, K. A., Mairiga, I. A., Lawan, F. A., Mutah, A. A., Tijjani, A. N., . . . Thaluvwa, A. B. (2013). The phytochemical, elemental and hematologic evaluation of crude mesocarp extract of Hyphaene thebaica (doumpalm) in wistar albino rats. Asian Journal of Biochemistry, 8(1), 14-23. doi:10.3923/ajb.2013.14.23
[5] Farag, M. A., & Paré, P. W. (2013). Phytochemical Analysis and Anti-inflammatory Potential of Hyphaene thebaica L. Fruit. Journal of Food Science, 78(10), C1503-C1508. doi:10.1111/1750-3841.12253
[6] Habib D.F., Michael H.N., Salib J.Y., Ahmed N.M., Agaibyi M.H., (2014) Hypolipidemic efficacy of hyphaene thebaica (doum) in experimental nephrotic syndrome, I.J.P., (2014), 4, . 28-34
[7] Hsu, B., Coupar, I. M., & Ng, K. (2006). Antioxidant activity of hot water extract from the fruit of the Doum palm, Hyphaene thebaica. Food Chemistry, 98(2), 317-328. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2005.05.077
[8] Auwal, M. S., Shuaibu, A., Lawan, F. A., Sanda, K. A., Njobdi, A. B., Ibrahim, A., . . . Kibon, Y. (2012). Effect of crude mesocarp extract of Hyphaene thebaica (doumpahn) on white blood cells and differential leucocytic count in wistar albino rats. Journal of Medical Sciences (Faisalabad), 12(7), 207-213. doi:10.3923/jms.2012.207.213
[9] Shaibu Auwal, M., Tijjani, A., Abba Lawan, F., Alhaji Mairiga, T., Ibrahim, A., Baba Njobdi, A., . . . Bello Thaluvwa, A. (2012). The quantitative phytochemistry and hypoglycaemic properties of crude mesocarp extract of Hyphaene thebaica (Doumpalm) on normoglycemic wistar albino rats. Journal of Medical Sciences (Faisalabad), 12(8), 280-285. doi:10.3923/jms.2012.280.285
[10] Salib, J. Y., Michael, H. N., & Eskande, E. F. (2013). Anti-diabetic properties of flavonoid compounds isolated from Hyphaene thebaica epicarp on alloxan induced diabetic rats. Pharmacognosy Research, 5(1), 22-29. doi:10.4103/0974-8490.105644