top of page

SIRI 10: DURIAN BELANDA MERAWAT DAN MENCEGAH KANSER?

Updated: 19 Mei 2019

Petua daun dan buah durian belanda merawat dan mencegah kanser ini boleh dilihat di mana-mana. Ada yang kata rendam daun, ada yang kata makan jus, betul ke dakwaan ini?



Betul, sebab kehadiran sebatian kimia dari kelas acetogenins dalam buah dan daun durian belanda (Annona muricata). Beratus artikel membincangkan potensi acetogenins dari buah dan daun durian belanda.


Jadi betul ke boleh makan dan berkesan? Cop, nanti dulu. Walaupun orang dah tahu potensi acetogenins berpuluh tahun dahulu, acetogenins masih belum jadi ubat kanser. Sebab apa? Sebab acetogenins boleh menyebabkan kesan neurotoksik pada dos yang rendah dan ada kajian mengaitkan pengambilan daun dan buah durian belanda dengan penyakit Parkinson di Carribean. Bacaan lanjut di sini.


Jika kita rendam daun durian belanda, dianggarkan 56 mg annonacin iaitu sejenis acetogenin, masuk dalam air. Menurut kajian, 149 mg annonacin boleh menyebabkan kesan neurotoksik.



Jadi, sebatian kimia semulajadi dari durian belanda belum selamat untuk dijadikan ubat kanser. Kajian masih berjalan untuk mengubahsuai sebatian kimia semulajadi ini bagi mengelakkan kesan neurotoksik dan meningkatkan potensi antikanser.


Saya pernah tulis tentang kesan pengambilan buah durian belanda secara berlebihan.


Herba bebas kimia?

2,470 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page