SIRI 10: ESSENTIAL OIL, MITOS DAN FAKTA.
Updated: 4 Jun 2022
Apakah essential oil?
Essential oil atau minyak pati adalah sejenis minyak yang diekstrak dari tumbuhan beraroma. Ia mengandungi berpuluh sehingga beratus sebatian kimia dari kelas terpenes, esters, aldehydes, ketones dan asid lemak. Dalam satu jenis essential oil contohnya lavender, ia mengandungi 2 sebatian kimia utama iaitu linalool dan linayl acetate sekitar 50% dan berpuluh sebatian kimia yang lain.

Bagaimana essential oil diekstrak?
Terdapat beberapa kaedah pengekstrakan essential oil. Antaranya cold press, steam distillation, solvent extraction, microwave assisted distillation dan hydrodistillation. Kaedah yang paling biasa digunakan bagi mengekstrak essential oil adalah distillation atau penyulingan menggunakan air (hydrodistillation) atau wap air (steam distillation).
Apakah kegunaan essential oil?
Banyak kegunaan essential oil antaranya dalam pembuatan kosmetik, sabun mandi, dan pewangi. Wangian essential oil melalui diffuser di rumah dan di pejabat juga menenangkan dan menyegarkan. Ia meningkatkan mood dan rasa lebih bersemangat.
Selain itu, sesetengah essential oil merupakan insecticide yang baik. Ia terbukti melalui kajian piring petri menghalau serangga seperti semut, nyamuk dan lipas.
Betul ke essential oil boleh merawat pelbagai penyakit?
Terdapat sekitar 26 kajian klinikal bagi mengkaji kesan aromaterapi dalam meningkatkan toleran pesakit terhadap kesakitan dan mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan sakit atau ubat tahan muntah. Penggunaan urutan aromaterapi juga tidak mempercepatkan kelahiran, tidak mengubah cara kelahiran atau meningkatkan skor Apgar bayi. Kesemua kajian ini melibatkan penggunaan aromaterapi secara urutan dan sedutan aroma dan tiada satu pun menyebut essential oil diminum atau dimakan.
Walaupun kajian itu melibatkan pesakit kesan bakar, migraine, kanser, ibu mengandung, ibu bersalin, pesakit osteoarthritis dan pesakit selepas pembedahan,kajian itu BUKAN menunjukkan essential oil merawat sakit tersebut. Sebaliknya ia dikaji sama ada aromaterapi mengurangkan permintaan ubat sakit dan meningkatkan toleran terhadap kesakitan.
Essential oil yang asli tanpa campuran boleh melarutkan plastik, boleh merengsa kulit dan lapisan membrane. Jangan sesekali menggunakan EO yang asli dikulit atau mencampurkan dalam air minuman kononnya sebagai ubat.
Ada orang yang menitikkan EO dalam nebulizer, dan ada yang memasukkan EO dalam kapsul dan makan seperti ubat biasa. Penggunaan EO tanpa mengikut arahan dan spesifikasi pengeluar boleh mendatangkan bahaya.
EO yang bergred kosmetik atau perasa makanan bukan ubat. EO bergred farmaseutikal akan diformulasikan mengikut cara penggunaan dan bukannya buat sendiri EO yang ada di pasaran. EO bergred farmaseutikal akan berdaftar sebagai produk farmaseutikal di laman web NPRA. Anda boleh semak di sini .
Essential oil di Malaysia kebanyakannya bernotifikasi kosmetik. Hanya ada beberapa sahaja berdaftar sebagai supplemen san ubat sapuan. Ia hanya kegunaan luaran sahaja. Jadi, jika ia bernotifikasi kosmetik, jangan makan atau minum essential oil.
Bagaimana penggunaan essential oil menenangkan dan mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan sakit?
Essential oil secara umumnya menghantar signal kepada sistem olfaktori, dan meransang pengeluaran neurotransmitter seperti dopamine dan serotonin. Ia membantu memberi ketenangan, meningkatkan toleransi terhadap kesakitan dan mengurangkan stress, kemurungan dan kebimbangan.

Betul ke penggunaan essential oil adalah selamat dan tanpa kesan sampingan?
Walaupun essential oil diekstrak dari pokok, dan sering digambarkan ‘natural’ itu selamat, terdapat satu laporan literasi sistemik merumuskan 42 laporan kes kesan advers aromaterapi pada tahun 2012 dan melibatkan 71 pesakit.
Antara kesan advers yang paling biasa adalah contact dermitits dan iritasi pada kulit. Kesemua pesakit pulih dari kesan advers kecuali satu kematian dilaporkan. KESAN YANG LEBIH SERIUS seperti sawan, kesan bakar, lepuh, koma, acute pulmonary oedema (air dalam paru-paru), budak lelaki tumbuh payudara, muntah, cirit birit, degupan jantung terlalu laju melebihi paras normal, nekrosis pada kulit dan otot, dan hilang kawalan terhadap pergerakan badan juga pernah dilaporkan.
Sesetengah EO seperti tea tree oil dan lavender boleh mengganggu fungsi endokrin dan menyebabkan keadaan seperti budak lelaki tumbuh payudara dan kanak-kanak mencapai akil baligh pada usia yang lebih muda.
Betul ke camphor bahaya pada bayi?
Camphor boleh memasuki salur darah melalui sedutan dan melalui kulit. Camphor menyebabkan iritasi pada sistem pencernaan dan sistem saraf utama jika terlebih dos dan menyebabkan muntah-muntah, kekejangan dan sawan.
Terdapat beberapa laporan kes kesan advers penggunaan bahan mengandungi camphor kepada kanak-kanak. Terdapat laporan kes sawan kerana penggunaan minyak sage pada bayi berusia 33 hari dan minyak thuja ke atas bayi berusia 7 bulan disebabkan kehadiran camphor yang tinggi di dalam minyak tersebut. Ini hanya sebahagian laporan keracunan camphor. Camphor dilaporkan menyebabkan sawan serendah 30 mg per kg berat badan. FDA mencadangkan penggunaan selamat produk mengandungi camphor hendaklah di bawah 11% untuk orang dewasa.
Kesimpulan
Kesimpulannya natural tidak bermaksud ia bebas kimia atau selamat. Dalam satu jenis essential oil boleh terdapat berpuluh hingga ratus sebatian kimia. Gunakanlah essential oil dengan selamat, dan dapatkan bantuan perubatan jika berlaku kesan sampingan. Elakkan makan essential oil dan elakkan essential oil yang mengandungi camphor kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.
Rujukan:
[1] Posadzki, P.; Alotaibi, A.; Ernst, E., Adverse effects of aromatherapy: A systematic review of case reports and case series. 2012; Vol. 24, p 147-61.
[2] Xiao Nan, L.; Zhu Jun, L.; Huan Jing, Z.; Chi Meng, T., Aromatherapy and the Central Nerve System (CNS): Therapeutic Mechanism and its Associated Genes. Current Drug Targets 2013, 14 (8), 872-879.
[3] Burns, E.; Zobbi, V.; Panzeri, D.; Oskrochi, R.; Regalia, A., Aromatherapy in childbirth: A pilot randomised controlled trial. BJOG: An International Journal of Obstetrics and Gynaecology 2007, 114 (7), 838-844.
[4] Choi, J.; Lee, J. A.; Alimoradi, Z.; Lee, M. S., Aromatherapy for the relief of symptoms in burn patients: A systematic review of randomized controlled trials. Burns 2017.
[5] Dimitriou, V.; Mavridou, P.; Manataki, A.; Damigos, D., The Use of Aromatherapy for Postoperative Pain Management: A Systematic Review of Randomized Controlled Trials. Journal of Perianesthesia Nursing 2017, 32 (6), 530-541.
[6] Hines, S.; Steels, E.; Chang, A.; Gibbons, K., Aromatherapy for treatment of postoperative nausea and vomiting. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, 2018 (3).
[7] Hur, M. H.; Lee, M. S.; Kim, C.; Ernst, E., Aromatherapy for treatment of hypertension: A systematic review. Journal of Evaluation in Clinical Practice 2012, 18 (1), 37-41.
[8] Hur, M. H.; Song, J. A.; Lee, J.; Lee, M. S., Aromatherapy for stress reduction in healthy adults: A systematic review and meta-analysis of randomized clinical trials. Maturitas 2014, 79 (4), 362-369.
[9] Nasiri, A.; Mahmodi, M. A., Aromatherapy massage with lavender essential oil and the prevention of disability in ADL in patients with osteoarthritis of the knee: A randomized controlled clinical trial. Complementary Therapies in Clinical Practice 2018, 30, 116-121.
[10] Zargaran, A.; Borhani-Haghighi, A.; Salehi-Marzijarani, M.; Faridi, P.; Daneshamouz, S.; Azadi, A.; Sadeghpour, H.; Sakhteman, A.; Mohagheghzadeh, A., Evaluation of the effect of topical chamomile (Matricaria chamomilla L.) oleogel as pain relief in migraine without aura: a randomized, double-blind, placebo-controlled, crossover study. Neurological Sciences 2018, 1-9.
[11] Shin, E. S.; Seo, K. H.; Lee, S. H.; Jang, J. E.; Jung, Y. M.; Kim, M. J.; Yeon, J. Y., Massage with or without aromatherapy for symptom relief in people with cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, 2016 (6).
[13] Hawkins, J., Hires, C., Dunne, E., & Keenan, L. (2022). Prevalence of endocrine disorders among children exposed to Lavender Essential Oil and Tea Tree Essential Oils. International Journal of Pediatrics and Adolescent Medicine, 9(2), 117-124. doi:https://doi.org/10.1016/j.ijpam.2021.10.001