top of page

SIRI 11: UBAT HIV DARI SARAWAK

Updated: 19 Mei 2019

Calanolide A merupakan sebatian kimia yang ditemui dari pokok Calophyllum lanigerum. Ia diesktrak dari daun dan batang pokok Calophyllum lanigerum pada tahun 1988. Ketika saintis National Cancer Institute USA mencari semula pokok ini di Sarawak, mereka tidak menemui pokok asal. Mereka mencuba mengekstrak sebatian kimia ini dari getah pokok Calophyllum teysmanii. Calophyllum teysmanii mengandungi calanolide B yang juga menunjukkan aktiviti anti-HIV yang kuat.




Kajian terhadap pokok-pokok dari genus Calophyllum (Bintagor) gagal memberikan calanolide A dalam kuantiti yang diperlukan untuk kajian lanjutan. Pihak NCI memberikan geran penyelidikan kepada sebuah Medichem Research Inc di Chicago bagi menghasilkan calanolide A secara sintetik sepenuhnya.


Calanolide A dan Calanolide B telah melalui kajian klinkal fasa I pada tahun 1996. Sebatian kimia ini menghalang proses replikasi virus HIV. Ia sejenis ubat NNRTI (non-neucloside reverse transcriptase inhibitors) yang mengikat dan menghalang ‘HIV reverse transcriptase’, sejenis enzim HIV. HIV menggunakan ‘reverse transcriptase’ untuk menukarkan RNA kepada DNA. Apabila enzim ini dihalang, replikasi virus HIV dapat dihalang.


Rujukan:


Cragg, G.M., Newman, D.J., 2002. Chapter 1 - Drugs from nature: past achievements, future prospects, in: Iwu, M.M., Wootton, J.C. (Eds.), Advances in Phytomedicine. Elsevier, pp. 23-37.

67 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page