top of page

SIRI 12: BAGAIMANAKAH KANDUNGAN MERKURI DIUJI DARI SAMPEL KOSMETIK (DAN LAIN-LAIN)?

Updated: 20 Mei 2019


Isu merkuri dalam kosmetik sering menjadi topik-topik penting dalam perbualan media sosial. Kenapa kehadiran merkuri dalam kosmetik ini merupakan isu penting? Saya pernah ulas mengenai jenis-jenis merkuri dan isu berkaitan pendedahan merkuri di sini.




Dalam mana-mana analisis logam di dalam di dalam sebarang sampel, ia melibatkan 3 peringkat.


Peringkat pertama adalah penyediaan sampel. Kaedah penyediaan sampel mesti sesuai dengan jenis sampel supaya elemen yang ingin diuji tidak rosak atau tidak diekstrak dari sampel. Antara kedah yang digunakan untuk menyediakan sampel adalah menggunakan pencernaan menggunakan gelombang mikro dan pembakaran menggunakan kelalang oksigen. Kaedah pencernaan ini melibatkan penggunaan asid kuat seperti asid hidroklorik dan asid nitrik.


Peringkat kedua adalah penyediaan larutan standard. Cecair merkuri akan disediakan pada sekurang-kurangnya 5 kepekatan bagi membentuk graf kalibrasi standard. Paksi x graf ini adalah kepekatan, manakala paksi y adalah nilai serapan gelombang dari instrumen. Graf ini penting bagi menentukan komposisi merkuri dalam sampel.


Macam ini punya telitilah hendak sediakan larutan standard.

Peringkat ketiga adalah analisis sampel dan larutan standard menggunakan instrumen khas. Instrumen yang digunakan bagi menganalisis kandungan logam adalah Atomic Fluorescence Spectroscopy, Atomic Absorption Spectroscopy dan Inductively Coupled Plasma. Hasil analisis adalah berbentuk bacaan serapan (absorption) gelombang.


Atomic Absorption Spectroscopy - Imej Dari Wikipedia

Dari 5 kepekatan standard dari rendah ke tinggi, graf linear menunjukkan korelasi antara kepekatan dan serapan gelombang. Konsep ini dikenali dengan nama Beer's Law. Lagi tinggi kepekatan, maka lagi tinggi serapan gelombang. Apabila kita menganalisis sampel, bacaan gelompangnya akan dilukis pada paksi y, dan akan diekstrapolasi ke paksi x, bagi menentukan kandungan merkuri dalam sampel. Ini adalah kaedah manual, kebiasaannya kita mengira komposisi merkuri secara langsung dari perisian intrumen berkaitan.


Walaupun kelihatan mudah, mana-mana ahli kimia dengan kepakaran kimia analisis akan mengatakan ia mencabar untuk mencapai ketepatan dan mendapat graf dengan kejituan seperti di bawah.




Kandungan mercury di dalam sampel selalu dilaporkan dalam ppm atau 'parts per million' contohnya 1 mikrogram/g bersamaan dengan 1 ppm. Ia juga boleh dilaporkan dalam ppb atau 'parts per billion' bersamaan dengan 1 nanogram/g dan ppt atau parts per thousand' bersamaan dengan 1 mg/g . Selain dari melihat nilai kandungan merkuri, penting untuk diperhatikan unit laporan tersebut. 1 ppt adalah tinggi berbanding 1 ppm.


Mengikut spesifikasi keselamatan kosmetik, kandungan garam merkuri mestilah kurang dari 1 ppm atau 1 mikrogram bagi setiap gram.


Jadi, jangan tertipu dengan pendapat mengatakan guna sudu atau emas untuk mengenalpasti kehadiran merkuri. Kita bukan bercakap kehadiran merkuri seperti yang kita nampak dalam dalam termometer sebaliknya merkuri yang sangat rendah kandungannya.


Rujukan:


Gao, Y., Shi, Z., Long, Z., Wu, P., Zheng, C., & Hou, X. (2012). Determination and speciation of mercury in environmental and biological samples by analytical atomic spectrometry. Microchemical Journal, 103, 1-14.


Prasertboonyai, K., Liawraungrath, B., Pojanakaroon, T., & Liawraungrath, S. (2016). Mercury(II) determination in commercial cosmetics and local Thai traditional medicines by flow injection spectrophotometry. International Journal of Cosmetic Science, 38(1), 68-76. doi:doi:10.1111/ics.12259



315 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page