SIRI 12: DEBUNGA KURMA, IKHTIAR MENDAPAT ZURIAT?
Updated: 19 Mei 2019
PENGENALAN
1. Pokok kurma atau nama saintifiknya, Phoenix dactylifera merupakan ahli keluarga Arecaceae, seperti pokok kelapa sawit, pokok kelapa dan pokok buah zuriat. Arecaceae adalah keluarga palma, dan tumbuh di pelbagai iklim mengikut jenis pokok.
2. Dalam perubatan tradisi masyarakat, larutan debunga kurma digunakan bagi merawat ketidaksuburan lelaki. Butir debunga pokok kurma juga digunakan untuk meningkatkan kesuburan wanita di dalam masyarakat Mesir purba [7].

KAJIAN KE ATAS TIKUS JANTAN
3. Di dalam kajian pada tahun 2012, pemberian ekstrak debunga kurma 240 mg/kg melindungi tisu testikel tikus jantan, meningkatkan kandungan estradiol, dan normalisasi tahap testosteron dan parameter sperma [5], seperti yang dilaporkan dalam kajian pada tahun 2006 yang mencadangkan kewujudan alkaloids, saponins, atau/dan flavonoids bertanggungjawab kepada aktiviti tersebut memandangkan phytonutrients ini bersifat meningkatkan androgen[7].
4. Dalam satu kajian ke atas tikus di Pakistan pada tahun 2014, larutan air mengandungi debunga kurma pada kepekatan 120 mg bagi setiap kg berat tikus, sekali sehari, selama 35 hari. Pemberian larutan debunga kurma boleh meningkatkan aktiviti reproduktif dan kandungan serum testosterone dan intra testicular testosterone [1]
5. Di dalam satu kajian di Iran pada tahun 2014, pemberian 140 mg bagi setiap kg berat tikus, didapati mempunyai kesan androgenic iaitu meningkatkan kadar ketegangan penis dan dikaitkan dengan penggunaan tradisi debunga kurma untuk mengelakkan ejakulasi pramatang. Kesan debunga kurma ini adalah kerana ia bertindak sebagai dopamine agonist dalam merawat ketidaksuburan lelaki [2]. Di dalam kajian terdahulu oleh kumpulan yang sama [7] pada tahun 2013, debunga kurma didapati bersifat aphrodisiac (perangsang seksual lelaki) dalam kajian ke atas tikus [8] pada dos 35 mg-140 mg bagi setiap kg berat tikus.
6. Di dalam satu kajian terhadap 48 ekor tikus jantan yang belum matang organ seksual, debunga kurma pada 120 mg bagi setiap kg berat tikus selama 35 hari didapati memberi kesan positif terhadap proses menghasilkan sperma dan meningkatkan nilai Johnson’s score [10]. Kajian lain pada tahun 2011, pemberian debunga kurma memberikan kesan protektif terhadap ‘atypical prostatic hyperplasia’ yang merupakan mimic kepada prostate adenocarcinoma [6] melalui modulasi cytokine expression dan/atau reseptor ‘upregulation’ autocrine/paracrine.
KAJIAN KLINIKAL KE ATAS MANUSIA (LELAKI)
7. Di dalam satu kajian ke atas 25 subjek manusia lelaki yang tidak subur pada tahun 2005, pengambilan 500mg serbuk debunga kurma sebanyak dua kali sehari selama 3 bulan, didapati meningkatkan serum LH, FSH dan tingkat testosterone [3]. Ia juga meningkatkan mobility sperma dan bilangan sperma selain meningkatkan keinginan seksual. Dua daripada isteri subjek kajian telah hamil ketika proses percubaan.
KAJIAN KE ATAS SUBJEK TIKUS BETINA
8. Kajian terbaru terhadap tikus mendapati pemberian 400mg debunga kurma bagi setiap kg berat tikus meningkatkan hormon seksual dan meningkatkan folikel sekunder dan antral tikus betina [4]. Ekstrak debunga kurma meningkatkan kesuburan tikus betina dengan merangsang proses folikulogenesis.
9. Kajian ini disokong oleh kajian lain terhadap 48 tikus, di mana kumpulan penyelidik ini mendapati pemberian 400 mg bagi setiap kg berat tikus menyeimbang hormone wanita dan mengurangkan simptoms berkaitan PCOS [9].
10. Selain itu, kajian pada tahun 2016 ke atas tikus jantan dan betina, pemberian debunga kurma pada kepekata 100 mg dan 200 mg bagi setiap kg berat tikus didapati meningkatkan kualiti sperma tikus jantan dan meningkatkan kesuburan tikus betina [11].
KESIMPULAN
11. Kesimpulannya, pasangan yang mempunyai masalah kesuburan hendaklah mendapat pemeriksaan bagi mengetahui punca masalah kesuburan bagi lelaki dan perempuan. Ikhtiar untuk mendapat zuriat hendaklah mengikut cadangan pakar perubatan. Terdapat pelbagai punca masalah kesuburan yang tidak boleh diatasi dengan hanya mengambil debunga kurma.
12. Penggunaan debunga kurma belum diuji melalui ‘double blind randomized control trial’ ke atas manusia, tetapi pada pendapat peribadi saya ia adalah ikhtiar yang tidak memudaratkan dan mempunyai asas kajian saintifik. Namun pergantungan hanya kepada debunga kurma untuk mendapatkan zuriat adalah tidak wajar kerana tiada bukti kajian klinikal ke atas manusia yang konkrit.
Che Puteh Osman PhD (Natural Poduct Chemistry)
Rujukan:
[1] Yasir Arfat, Nasir Mahmood, Munazza Ahmad, Muhammad Tayyab, Fan Zhao, Di-Jie Li, Chen Zhihao 1, Chong Yin1, Peng Shang1 and Ai-Rong Qian1 (2014) Effect of date palm pollen on serum testosterone and intra-testicular environment in male albino rats, African Journal of Pharmacy and Pharmacology, 8(31), 793-800
[2] Abedi, A., Karimian, S.M., Parviz, M., Mohammadi, P. and Roudsari, H.R.S. (2014) Effect of Aqueous Extract of Phoenix dactylifera Pollen on Dopamine System of Nucleus Accumbens in Male Rats. Neuroscience & Medicine, 5, 49-59. http://dx.doi.org/10.4236/nm.2014.51008
[3] Marah I. Marbeen, Ali E. Al-Snafi, Mossa M. Marbut, Ismat Y. Allahwerdy (2005), The probable therapeutic effects of date palm poller in the treatment of male infertility, Tikrit Journal of Pharmaceutical Sciences, 1(1), 30-35
[4] Moshfegh F, Baharara J, Namvar F, Zafar-Balanezhad S, Amini E, Jafarzadeh L (2016) Effects of date palm pollen on fertility and development of reproductive system in female Balb/C mice. Journal of Herbmed Pharmacology.;5(1):23-8.
[5] Wafaa A. Hassan; Akram M. El-kashlan and Noha A. Ehssan (2012), Egyptian Date Palm Pollen Ameliorates Testicular Dysfunction Induced by Cadmium Chloride in Adult Male Rats, Journal of American Science,8(4), 659-669
[6] Ahmed A Elberry, Shagufta T Mufti, Jaudah A Al-Maghrabi, Essam A Abdel-Sattar, Osama M Ashour, Salah A Ghareib and Hisham A Mosli, Anti-inflammatory and antiproliferative activities of date palm pollen (Phoenix dactylifera) on experimentally-induced atypical prostatic hyperplasia in rats, Journal of Inflammation 2011, 8:40
[7] S. Bahmanpour, T. Talaei, Z. Vojdani, M.R. Panjehshahin,1 A. Poostpasand, S. Zareei, M. GhaeminiaIran (2006), Effect of Phoenix Dactylifera Pollen on Sperm Parameters and Reproductive system of Adult Male Rats, Iran J Med Sci, 31 (4), 208-212
[8] ] Abedi, A., Karimian, S.M., Parviz, M., Mohammadi, P. and Roudsari, H.R.S. (2013), Aphrodisiac Activity of Aqueous Extract of Phoenix dactylifera Pollen in Male Rats, Advances in Sexual Medicine, 2013, 3, 28-34
[9] Hojatollah Karimi Jashni, Hossein Kargar Jahromi and Zahra Bagheri [2016] The Effect of Palm Pollen Extract on Polycystic Ovary Syndrome (POS) in Rats, International Journal of Medical Research & Health Sciences, 2016, 5, 5(S):317-321
[10] Salman Iftikhar, Munazza Ahmad, Hina Muhammad Aslam, Tahir Saeed, Yasir Arfat and Gul-E- Nazish (2014), Evaluation of spermatogenesis in prepubertal albino rats with date palm pollen supplement, African Journal of Pharmacy and Pharmacology, 8(2), pp. 59-65
[11] Fazeleh Moshfegh, Javad Baharara, Farideh Namvar, Saeedeh Zafar-Balanezhad, Elaheh Amini, Lobat Jafarzadeh (2016), Effects of date palm pollen on fertility and development of reproductive system in female Balb/C mice, J HerbMed Pharmacol. 2016; 5(1): 23-28.