top of page
  • Gambar pengarangDr Che Puteh Osman

SIRI 12: ESSENTIAL OIL CATNIP (Nepeta cataria) MENGHALAU NYAMUK

Catnip, atau nama saintifiknya Nepeta cataria adalah dari keluarga Lamiaceae atau keluarga mint. Pokok ini dipanggil catnip kerana kucing yang makan daun pokok ini akan mengalami halusinasi dan berkelakuan seperti mabuk dan hiperaktif. Kesannya hanya sementara dan kucing menyukainya! Menariknya ia hanya mempengaruhi kucing yang sudah akil baligh iaitu selepas usia enam bulan.


Asyik sungguh


Nepetalactone

Halusinasi yang dialami kucing ini adalah disebabkan kehadiran sebatian kimia nepetalactone. Ia menyebabkan halusinasi dalam 5-10 minit. Nepetalactone adalah sebatian kimia utama di dalam essential oil pokok catnip ini.


Terdapat beberapa isomer nepetalactone dalam variasi pokok catnip. Isomer merujuk kepada sebatian kimia yang mempunyai struktur kimia yang sama, tetapi mempunyai konfigurasi dalam satah tiga dimensi yang berbeza.


Selain mengkhayalkan kucing, catnip mempunyai satu kegunaan yang penting, iaitu menghalau nyamuk!



Menariknya, serangga mempunyai kecenderungan mengenalpasti isomer sebatian kimia yang berbeza. Maksudnya, walaupun struktur kimianya sama, konfigurasi dalam satah tiga dimensi yang berbeza boleh memberikan kesan menghalau serangga yang berbeza.


Kajian pada tahun 2019 mengkaji keberkesanan catnip jenis CR9 dan CR3 dan sebatian kimianya iaitu Z,E-nepetalactone dan E,Z-nepetalactone. Essential catnip dan bahan aktifnya pada kepekatan 1 % berkesan menghalau nyamuk nyamuk Aedes (Aedes aegypti), dan menunjukkan keberkesanan sama seperti penghalau serangga komersil DEET (N,N-Diethyl-3-methylbenzamide) dalam masa dua jam pertama selepas aplikasi essential oil catnip. Keberkesanan essential oil catnip berkurang selepas dua jam aplikasi.


Malah kajian terdahulu menunjukkan potensi essential oil catnip sebagai penghalau beberapa jenis lalat.


Essential oil catnip secara relatifnya selamat untuk penggunaan dan boleh menyebabkan iritasi ringan pada kulit.


Kucing menyukainya, tetapi nyamuk membencinya! Itulah catnip.


Rujukan:


Reichert, W., Ejercito, J., Guda, T., Dong, X., Wu, Q., Ray, A., & Simon, J. E. (2019). Repellency Assessment of Nepeta cataria Essential Oils and Isolated Nepetalactones on Aedes aegypti. Scientific Reports, 9(1), 1524. doi:10.1038/s41598-018-36814-1


ZHU, J. J., ZENG, X.-P., BERKEBILE, D., DU, H.-J., TONG, Y., & QIAN, K. (2009). Efficacy and safety of catnip (Nepeta cataria) as a novel filth fly repellent*. Medical and Veterinary Entomology, 23(3), 209-216. doi:10.1111/j.1365-2915.2009.00809.x


1,525 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page