top of page

SIRI 13: AIR SELUSUH DARI AKAR FATIMAH (Anastatica hierochuntica): PERLU KE TIDAK?

Updated: 19 Mei 2019

PENGENALAN


1. Terdapat beberapa kaedah menyediakan air selusuh mengikut kaedah perubatan tradisional dan perubatan Islam. Di dalam kaedah perubatan Islam, air selusuh disediakan dengan bacaan tertentu dari ayat-ayat al-Quran.


2. Dalam artikel ini, saya akan membincangkan penyediaan air selusuh menggunakan akar Fatimah, yang disediakan dengan menggunakan minyak kelapa, atau minyak lain atau hasil rendaman air akar Fatimah.


3. Akar Fatimah atau nama saintifiknya Anastatica hierochuntica, merupakah ahli keluarga Brassicaceae. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Rose of Jericho, Kaff Maryam dan Mary’s flower.


4. Akar Fatimah tidak berasal dari Malaysia, dan pokok ini banyak didapati di Arab Saudi, Mesir, Jordan, Oman, Libya, Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Iran, Kuwait dan Afrika Utara. Akar Fatimah banyak digunakan dalam perubatan tradisi masyarakat Asia Tenggara dan di negara-negara Arab [5]. Ia digunakan secara tradisi untuk memudahkan proses kelahiran, melegakan masalah Peranakan wanita dan pendarahan selepas bersalin. Ia juga digunakan bagi merawat masalah metabolik seperti diabetes.


5. Menurut kajian terhadap 465 responden di Kelantan, 63.9 % responden mengambil air akar Fatimah kerana mempercayai akar Fatimah akan memudahkan proses kelahiran [1]



SEBATIAN KIMIA SEMULAJADI DALAM AKAR FATIMAH DAN BIOKTIVITI


6. Akar Fatimah mengandungi sebatian kimia dari kumpulan neolignans [2], flavonoids dengan gelang benzofuran [3], flavonoids glycosides dan sterol tumbuhan [4].


7. Dalam satu laporan meta-analisis, akar Fatimah dilaporkan bersifat antioksidan, antimikrobia, menurunkan kandungan gula dan kolesterol di dalam kajian ke atas tikus, melindungi sel hati dari kesan toksik dalam sel kultur dengan mengurangkan kesan kecederaan hati oleh D-Galactosamine, anti-keradangan, anti-malagonesis, melindungi sel gastrik dari kecederaan dan aktiviti immustimulatori [5].


8. Quercetin, kaempferol, luteolin glycosides dan apigenin glycosides di dalam akar Fatimah [5] bersifat mengurangkan kesan pengecutan rahim untuk mengelakkan kelahiran pra-matang dan juga rawatan bagi pendarahan post-menopausal [8-12].


PENGGUNAAN AKAR FATIMAH KETIKA KEHAMILAN DAN KELAHIRAN


9. Dalam satu kajian terhadap tikus, pemberian ekstrak akar Fatimah boleh mencacatkan janin seperti excencephaly pada dos 0.25 g/kg, 1g/kg dan 4g/kg pada hari gestational 12-14 masing-masing dengan 1%, 2% dan 6.5% insiden kecacatan. Manakala insiden resorption pada dos 4g/kg pada hari gestational 8-10 sebanyak 11 kes bagi 100 kelahiran [6].


10. Penggunaan akar Fatimah yang bertujuan untuk menghasilkan pengecutan rahim atau contraction ketika proses kelahiran boleh mengakibatkan hiperstimulasi uterus (uterine hyperstimulation), terlebih induksi kelahiran (over induction of birth), atau hipoglisemia kepada ibu dan janin. Oleh itu, herba patut digunakan dengan pemantauan dan kebenaran pakar perubatan yang merawat. Sehingga kini tiada kajian keselamatan terhadap penggunaan akar Fatimah dan keberkesanannya [7].



KESIMPULAN:


11. Carian di pangkalan data artikel berindeks menunjukkan hanya 49 artikel di scopus.com dan world of science. Namun, tiada satu kajian dijalankan bagi melihat kesan penggunaan akar Fatimah terhadap pengecutan rahim (uterine contraction) ketika proses kelahiran.


12. Terdapat satu kajian mengatakan penggunaan ekstrak akar Fatimah pada awal kehamilan tikus boleh mengakibatkan kecacatan janin dan hendaklah di elakkan.


13. Memandangkan pada zaman dahulu di mana kemudahan hospital tidak tersedia, akar Fatimah digunakan bagi kelahiran bermasalah. Hari ini dengan kemudahan rawatan moden, penggunaan akar Fatimah adalah tidak perlu malah sekiranya ibu-ibu perlu diberi induksi kelahiran (induction of labor), pengambilan air akar Fatimah yang tidak diketahui dos selamat boleh membahayakan nyawa ibu dan anak.


Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:

[1] Kim Sooi, L., & Lean Keng, S. (2013). Herbal medicines: Malaysian women's knowledge and practice. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine, 2013. doi:10.1155/2013/438139


[2] Yoshikawa, M., Morikawa, T., Xu, F., Ando, S., & Matsuda, H. (2003). (7R,8S) and (7S,8R) 8-5′ linked neolignans from Egyptian herbal medicine Anastatica hierochuntica and inhibitory activities of lignans on nitric oxide production. Heterocycles, 60(8), 1787-1792.


[3] Yoshikawa, M., Xu, F., Morikawa, T., Ninomiya, K., & Matsuda, H. (2003). Anastatins A and B, new skeletal flavonoids with hepatoprotective activities from the desert plant Anastatica hierochuntica. Bioorganic and Medicinal Chemistry Letters, 13(6), 1045-1049. doi:10.1016/S0960-894X(03)00088-X


[4] Rizk, A. M., Hammouda, F. M., Ismail, S. I., Hassan, N. M., & Ahmed, F. A. (1993). Constituents of plants growing in Qatar XX. Phytochemical investigation of Anastatica Hierochuntica. International Journal of Pharmacognosy, 31(4), 327-329.


[5] Zin, S. R. M., Kassim, N. M., Alshawsh, M. A., Hashim, N. E., & Mohamed, Z. (2017). Biological activities of Anastatica hierochuntica L.: A systematic review. Biomedicine & Pharmacotherapy, 91(Supplement C), 611-620. doi:https://doi.org/10.1016/j.biopha.2017.05.011


[6] Rasheed, R. A., Bashir, A. K., & Ali, B. H. (1997). Fetal toxicity of Anastatica hierochuntica L. in mice. FASEB Journal, 11(3).43


[7] Saleh, J., & Machado, L. (2012). Rose of Jericho: A word of caution. Oman Medical Journal, 27(4), 338. doi:10. 5001/omj.2012.86


[8] Rezaeizadeh, G., Hantoushzadeh, S., Ghiasi, S., Nikfar, S., & Abdollahi, M. (2016). A systematic review of the uterine relaxant effect of herbal sources. Current Pharmaceutical Biotechnology, 17(11), 934-948. doi:10.2174/1389201017666160425114840


[9] Wall, C., Lim, R., Poljak, M., & Lappas, M. (2013). Dietary flavonoids as therapeutics for preterm birth: Luteolin and kaempferol suppress inflammation in human gestational tissues in vitro. Oxidative Medicine and Cellular Longevity. doi:10.1155/2013/485201


[10] Afifi, F. U., Khalil, E., & Abdalla, S. (1999). Effect of isoorientin isolated from Arum palaestinum on uterine smooth muscle of rats and guinea pigs. Journal of Ethnopharmacology, 65(2), 173-177. doi:10.1016/S0378-8741(98)00147-0


[11] Revuelta, M. P., Hidalgo, A., & Cantabrana, B. (1999). Involvement of cAMP and β-adrenoceptors in the relaxing effect elicited by flavonoids on rat uterine smooth muscle. Journal of Autonomic Pharmacology, 19(6), 353-358.


[12] Revuelta, M. P., Hidalgo, A., & Cantabrana, B. (1999). Involvement of cAMP and β-adrenoceptors in the relaxing effect elicited by flavonoids on rat uterine smooth muscle. Journal of Autonomic Pharmacology, 19(6), 353-358


[13] Liu, J., Peng, C., Zhou, Q. M., Guo, L., Liu, Z. H., & Xiong, L. (2018). Alkaloids and flavonoid glycosides from the aerial parts of Leonurus japonicus and their opposite effects on uterine smooth muscle. Phytochemistry, 145, 128-136. doi:10.1016/j.phytochem.2017.11.003

465 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page