top of page

SIRI 13: BAHAYA KE FORMALDEHYDE DALAM VAKSIN?

Updated: 20 Mei 2019

Formaldehyde adalah sejenis sebatian organik dari kumpulan aldehyde. Ia dihasilkan secara komersil melalui pengoksidaan methanol. Ia meruap pada suhu 101 darjah selsius.


Formaldehyde juga banyak didapati di dalam makanan antaranya buah pear iaitu sekitar 60 000 mikrogram. Badan manusia juga menghasilkan formaldehyde sebahagian dari proses biokimia dan metabolisme. Secara purata kandungan formaldehyde di dalam darah adalah 2.74 mg dalam setiap liter darah.



Seorang perempuan atau lelaki dewasa mempunyai darah sekitar 5 liter secara purata, maknanya pada sesuatu masa terdapat 15 mg atau 15 000 mikrogram formaldehyde dalam darah manusia sebelum formaldehyde dikeluarkan dari badan manusia. Di dalam darah bayi berusia dua bulan terdapat sekitar 1.1-1.2 mg formaldehyde di dalam darah iaitu bersamaan 1200 mikrogram.


Mengikut data MSDS (material and safety datasheet) untuk mengakibatkan kesan toksik, formaldehyde perlu masuk dalam badan manusia sebanyak 300 mg untuk setiap kg berat badan. Untuk bayi yang mempunyai berat badan 3 kg, sebanyak 900 mg diperlukan untuk memberi kesan membahayakan kepada bayi iaitu bersamaan 900 000 mikrogram.


Sebagai contoh dalam dTaP vaksin yang diberi pada usia 2,3,5 dan 24 bulan, terdapat sekitar 0.1mg formaldehyde, iaitu sekitar 100 mikrogram. Nilai ni jauh dari nilai yang boleh memberi kesan membahayakan kepada bayi.


Sebaliknya jumlah formaldehyde yang dilepaskan oleh perabot, lacquer, simen dan lain-lain adalah beribu kali ganda jauh lebih tinggi dari formaldehyde di dalam vaksin


Sintetik dan natural formaldehyde mempunyai struktur yang sama tiada beza. Jika anda kata berbeza berikan bukti dalam bentuk spektrum NMR sejenis alat yang digunakan untuk mengenalpasti struktur sebatian kimia organik.


Jangan takut dengan nama kimia dalam ubatan dan vaksin. Setiap bahan kimia ada dos berkesan, dos selamat dan dos bahaya.


Vaksinkan anak-anak anda. Ia adalah tanggungjawab sosial.



132 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page