• Dr Che Puteh Osman

SIRI 14: BUAH MARKISAH (PASSION FRUIT), RAWATAN ALTERNATIF BAGI SAKIT SARAF?

Updated: May 19, 2019

PENGENALAN


1. Merujuk Kamusi Dewan Bahasa dan pustaka, saraf bermaksud urat (tisu atau saraf) yg menghubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan. Secara biologi, ia merujuk kepada fibers yang menggunakan signal elektrik atau kimia untuk menghantar maklumat motor dan sensori dari satu bahagian badan ke satu bahagian badan yang lain.


2. Terdapat sekitar 300 kertas penyelidikan terhadap buah markisah hasil carian di pengkalan data jurnal penyelidikan berkaitan sebatian kimia semulajadi di dalam buah markisah dan aktiviti biologinya.


BUAH MARKISAH


3. Buah markisa atau Passiflora edulis, merupakan ahli keluarga Passifloraceae. Pokok dari genus Passiflora digunakan secara meluas secara tradisi bagi merawat masalah lebimbangan (anxiety disorder), insomnia, epilepsy, kekejangan, dan rasa sakit [1]. Terdapat pelbagai dakwaan mengatakan tepung dari kulit buah markisah berpotensi mengurangkan kandungan gula dalam darah.


4. Bagi setiap 100g buah markisa ungu ia mempunyai 348 mg potassium, 29 mg magnesium, 68 mg fosforus, 30 mg vitamin C, 2.2 g protein, 72.93 g air, 10.4 g fiber dan 11.2 g gula dan beberapa peratusan kecil mikronutrien. Bagi buah markisa kuning, ia mempunyai nutrient yang hampir sama dengan buah markisa ungu kecuali ia mempunyai kandungan minerals seperti potassium, fosforus dan vitamin C yang lebih rendah.



Imej dari Pixabay

5. Buah markisa mempunyai nilai nutrisi yang hamper sama dengan pisang. Bagi setiap 100g pisang ia mempunyai 358 mg potassium, 27 mg magnesium, 22 mg phosphorus, 8.7 mg vitamin C, 5 mg kalsium. 1.09 g protein, 74.91g air, 2.6g fiber dan 12.23 g. Dari segi garam utama, buah markisa menyamai pisang kecuali kandungan vitamins dan micronutrient yang lain [2].


6. Bagi pesakit buah pinggang, mereka perlu mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan perubatan sama ada boleh atau tidak mengambil buah markisa kerana kandungan garam potassiumnya yang tinggi sama seperti buah pisang.


SEBATIAN KIMIA SEMULAJADI DALAM BUAH MARKISA DAN BIOAKTIVITNYA


4. Bagi setiap 100g buah markisa ungu ia mempunyai 348 mg potassium, 29 mg magnesium, 68 mg fosforus, 30 mg vitamin C, 2.2 g protein, 72.93 g air, 10.4 g fiber dan 11.2 g gula dan beberapa peratusan kecil mikronutrien. Bagi buah markisa kuning, ia mempunyai nutrient yang hampir sama dengan buah markisa ungu kecuali ia mempunyai kandungan minerals seperti potassium, fosforus dan vitamin C yang lebih rendah.


8. Sebatian kimia yang banyak didapati di dalam buah markisah iaitu piceatannol, sejenis sebatian kimia jenis stilbene di dalam buah markisah didapati menurunkan gula dalam darah [8] dan mengurangkan kesan abnormal pembesaran sel jantung [9]. Selain itu, picetannol didapati melindungi keratinocytes dari kesan UV radiation [10], meningkatkan fungsi vascular [11]. Kesemua kajian ini masih di peringkat piring petri dan ke atas tikus makmal.


BUAH MARKISAH DAN PENYAKIT METABOLIK


9. Dalam kajian ke atas tikus dan piring petri, ekstrak buah markisah di dapati bersifat anticoagulant [12], memberi kesan baik terhadap tahap kolesterol [13, 14], mengurangkan tekanan darah [15, 16, 17], anti-inflammatori [18], antikanser [19], antibakteria [20].


10. Dalam satu kajian klinikal terhadap 36 pesakit HIV yang menunjukkan sindrom lipodistrofi dan menerima rawatan HAART di Brazil. Penggunaan 30g tepung kulit buah markisah sebanyak 30g sehar selama 30 hari menurunkan kolesterol dan gliseride manakala penggunaan sehingga 90 hari menunjukkan kesan baik terhadap sindrom lipodistrofi [21]. Terdapat beberapa kajian terhadap manusia menunjukkan penggunaan tepung dari kulit buah markisah menurunkan kandungan kolesterol dalam darah [22-23]


11. Selain itu, terdapat laporan mengatakan buah markisah bersifat hypoglycemik iaitu mengurangkan kandungan glukosa dalam darah. Dalam kajian tahun 2011 [28] 200 mg/kg menurunkan kandungan gula dalam tikus, Di kajian lain terhadap tepung dibuat dari kulit buah markisah menurunkan kandungan glukosa dan trigliseride di dalam darah [29]. Pernyataan ini disokong dalam beberapa kajian lain ke atas tikus dan 30 subjek manusia. Pengambilan ekstrak buah markisah sebanyak 200 mg sebanyak dua kali didapati menurunkan tekanan darah sekitar 30 mm Hg. Ia dikaitkan dengan kesan sebatian flavonoid semulajadi di dalam buah markisah [30].


BUAH MARKISAH DAN KESAN KEPADA SARAF OTAK


12. Ia bersifat antixiolytic, iaitu menghalang kebimbangan (anxiety) tanpa berkompromi dengan aktiviti motor pada kepekatan 230 mg/kg berat tikus dalam kajian tahun 2016 [24], memberikan kesan sedative pada dos 600 mg/kg dan 1200 mg/kg tikus menggunakan ekstrak etanol kulit buah markisah pada kajian 2013 [25].


13. Penemuan ini disokong beberapa kajian lain [26] yang menyatakan sebatian kimia cycloartane triterpenoid menyumbang kepada kesan antidepresan buah markisah. Dalam kajian terkini terhadap sekumpulan tikus pada tahun 2017 [27], ekstrak daun markisah didapati bersifat antidepresan melalui penghantaran neuroaminergik. Aktiviti antidepressen daun markisah ini bergantung kepada penghantaran noradrenaline dan dopamine.


KESIMPULAN.


14. Buah markisah berkhasiat dan kaya dengan mineral dan vitamin. Bagi pesakit buah pinggang, mereka harus berhati-hati dengan pengambilan buah markisah dan hendaklah mendapatkan nasihat dari doctor yang merawat. Ini kerana ia mengandungi garam potassium yang tinggi.


15. Buah markisah digunakan secara tradisi untuk merawat masalah kardiovaskular, metabolic, mengatasi masalah kebimbangan, kemurungan dan sebagai sedatif. Beberapa kajian ke atas tikus menunjukkan ia mengubati kemurungan.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry).


Rujukan:


[1] S.L. Guzman Gutiérrez, R.R. Chilpa, H.B. Jaime, Medicinal plants for the treatment of nervios anxiety, and depression in Mexican traditional medicine, Rev. Bras. Farmacogn. 24 (2014) 591–608.


[2] Passion fruit (2017) Retrieved from https://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/2308 on December, 18, 2017.


[3] Xu, F., Wang, C., Yang, L., Luo, H., Fan, W., Zi, C., . . . Zhou, J. (2013). C-dideoxyhexosyl flavones from the stems and leaves of Passiflora edulis Sims. Food Chemistry, 136(1), 94-99. doi:10.1016/j.foodchem.2012.07.101


[4] Yoshikawa, K., Katsuta, S., Mizumori, J., & Arihara, S. (2000). Four cycloartane triterpenoids and six related saponins from Passiflora edulis. Journal of Natural Products, 63(9), 1229-1234. doi:10.1021/np000126+


[5] Soto-Vásquez, M. R., & Alvarado-García, P. A. A. (2017). Effect of fluid extract of Passiflora edulis and emotional freedom techniques EFT on test anxiety treatment. Medicina Naturista, 11(2), 85-90.


[5] Xu, F. Q., Wang, N., Fan, W. W., Zi, C. T., Zhao, H. S., Hu, J. M., & Zhou, J. (2016). Protective effects of cycloartane triterpenoides from Passiflora edulis Sims against glutamate-induced neurotoxicity in PC12 cell. Fitoterapia, 115, 1. doi:10.1016/j.fitote.2016.09.013


[6] Silva, D. C., Freitas, A. L. P., Barros, F. C. N., Lins, K. O. A. L., Alves, A. P. N. N., Alencar, N. M. N., . . . de Paula, R. C. M. (2012). Polysaccharide isolated from Passiflora edulis: Characterization and antitumor properties. Carbohydrate Polymers, 87(1), 139-145. doi:https://doi.org/10.1016/j.carbpol.2011.07.029


[7] Zucolotto, S. M., Goulart, S., Montanher, A. B., Reginatto, F. H., Schenkel, E. P., & Fröde, T. S. (2009). Bioassay-Guided Isolation of Anti-Inflammatory C-Glucosylflavones from Passiflora edulis. Planta Med, 75(11), 1221-1226. doi:10.1055/s-0029-1185536


[8] Uchida-Maruki, H., Inagaki, H., Ito, R., Kurita, I., Sai, M., & Ito, T. (2015). Piceatannol Lowers the Blood Glucose Level in Diabetic Mice. Biological and Pharmaceutical Bulletin, 38(4), 629-633. doi:10.1248/bpb.b15-00009


[9] Kee Hae Jin,Park Sangha,Kang Wanseok,Lim Kyung Seob,Kim Jung Ha,Ahn Youngkeun and Jeong Myung Ho(2014), Piceatannol attenuates cardiac hypertrophy in an animal model through regulation of the expression and binding of the transcription factor GATA binding factor 6, FEBS Letters, 588, doi: 10.1016/j.febslet.2014.03.027


[10] Maruki-Uchida, H., Kurita, I., Sugiyama, K., Sai, M., Maeda, K., & Ito, T. (2013). The Protective Effects of Piceatannol from Passion Fruit (Passiflora edulis) Seeds in UVB-Irradiated Keratinocytes. Biological and Pharmaceutical Bulletin, 36(5), 845-849. doi:10.1248/bpb.b12-00708


[11] Kinoshita, Y., Kawakami, S., Yanae, K., Sano, S., Uchida, H., Inagaki, H., & Ito, T. (2013). Effect of long-term piceatannol treatment on eNOS levels in cultured endothelial cells. Biochemical and Biophysical Research Communications, 430(3), 1164-1168. doi:https://doi.org/10.1016/j.bbrc.2012.12.017


[12] Ana Claudia, S., Sonia, A. A., Marlon, V. B., Antonio, M., Misako Uemura, S., Francisco Humberto de Abreu, M., & Maria Luiza Vilela, O. (2012). Effects of Compounds from Passiflora edulis Sims f. flavicarpa Juice on Blood Coagulation and on Proteolytic Enzymes. Protein & Peptide Letters, 19(5), 501-508. doi:http://dx.doi.org/10.2174/092986612800191053


[13] de Souza Mda S1, Barbalho SM, Damasceno DC, Rudge MV, de Campos KE, Madi AC, Coelho BR, Oliveira RC, de Melo RC, Donda VC. (2012) Effects of Passiflora edulis (yellow passion) on serum lipids and oxidative stress status of Wistar rats. J Med Food.;15(1):78-82. doi: 10.1089/jmf.2011.0056.

[14] Maricelma da Silva Soares de Souza, Sandra Maria Barbalho, Débora Cristina Damasceno, Marilza Vieira Cunha Rudge, Kleber Eduardo de Campos, Ana Carolina Goyos Madi, Bruno Ribeiro Coelho, Rodrigo César Oliveira, Rodrigo Cartaxo de Melo, and Vinícius Castrequini Donda. Journal of Medicinal Food. January 2012, 15(1): 78-82. https://doi.org/10.1089/jmf.2011.0056


[15] Konta, E. M., Almeida, M. R., Amaral, C. L. d., Darin, J. D. C., de Rosso, V. V., Mercadante, A. Z., Antunes, L. M. G. and Bianchi, M. L. P. (2014), Evaluation of the Antihypertensive Properties of Yellow Passion Fruit Pulp (Passiflora edulisSims f. flavicarpa Deg.) in Spontaneously Hypertensive Rats. Phytother. Res., 28: 28–32. doi:10.1002/ptr.4949


[16] Lewis, B. J., Herrlinger, K. A., Craig, T. A., Mehring-Franklin, C. E., DeFreitas, Z., & Hinojosa-Laborde, C. (2013). Antihypertensive effect of passion fruit peel extract and its major bioactive components following acute supplementation in spontaneously hypertensive rats. The Journal of Nutritional Biochemistry, 24(7), 1359-1366. doi:https://doi.org/10.1016/j.jnutbio.2012.11.003


[17] Zibadi, S., Farid, R., Moriguchi, S., Lu, Y., Foo, L. Y., Tehrani, P. M., . . . Watson, R. R. (2007). Oral administration of purple passion fruit peel extract attenuates blood pressure in female spontaneously hypertensive rats and humans. Nutrition Research, 27(7), 408-416. doi:https://doi.org/10.1016/j.nutres.2007.05.004


[18] Silva, R. O., Damasceno, S. R. B., Brito, T. V., Dias, J. M., Fontenele, A. M., Braúna, I. S., Júnior, J. S. C., Maciel, J. S., de Paula, R. C. M., Ribeiro, R. A., Souza, M. H. L. P., Freitas, A. L. P., Medeiros, J.-V. R., Silva, D. C. and Barbosa, A. L. R. (2015), Polysaccharide fraction isolated from Passiflora edulis inhibits the inflammatory response and the oxidative stress in mice. J Pharm Pharmacol, 67: 1017–1027. doi:10.1111/jphp.12399


[19] Kuete, V., Dzotam, J. K., Voukeng, I. K., Fankam, A. G., & Efferth, T. (2016). Cytotoxicity of methanol extracts of Annona muricata, Passiflora edulis and nine other Cameroonian medicinal plants towards multi-factorial drug-resistant cancer cell lines. SpringerPlus, 5(1), 1666. http://doi.org/10.1186/s40064-016-3361-4


[20] Dzotam, J. K., Touani, F. K., & Kuete, V. (2016). Antibacterial and antibiotic-modifying activities of three food plants (Xanthosoma mafaffa Lam., Moringa oleifera (L.) Schott and Passiflora edulis Sims) against multidrug-resistant (MDR) Gram-negative bacteria. BMC Complementary and Alternative Medicine, 16, 9. http://doi.org/10.1186/s12906-016-0990-7


[21] do Socorro Fernandes Marques, S., Libonati, R. M. F., Sabaa-Srur, A. U. O., Luo, R., Shejwalkar, P., Hara, K., . . . Smith, R. E. (2016). Evaluation of the effects of passion fruit peel flour (Passiflora edulis fo. flavicarpa) on metabolic changes in HIV patients with lipodystrophy syndrome secondary to antiretroviral therapy. Revista Brasileira de Farmacognosia, 26(4), 420-426. doi:https://doi.org/10.1016/j.bjp.2016.03.002


[22] Ramos, A.T., Cunha, M.A.L., Sabaa-Srur, A.U.O., Pires, V.C.F., Cardoso, A.A., Diniz, M.F.,2007. Use of Passiflora edulis f. flavicarpa on cholesterol reduction. Braz. J. Phar-macogn. 17, 592–597


[23] Medeiros, J.S., Diniiz, M.F.M., Sabaa-Srur, A.U.O., Pessoa, M.B., 2009. Avaliac¸ ãodas atividades hipoglicemiantes e hipolipemiantes da casca do maracujá-amarelo (Passiflora edulis, f. flavicarpa). Rev. Bras. Adolesc. Conflitualidade 41,99–101.


[24] Coleta, M., Batista, M. T., Campos, M. G., Carvalho, R., Cotrim, M. D., Lima, T. C. M. d. and Cunha, A. P. d. (2006), Neuropharmacological evaluation of the putative anxiolytic effects of Passiflora edulis Sims, its sub-fractions and flavonoid constituents. Phytother. Res., 20: 1067–1073. doi:10.1002/ptr.1997


[25] Klein, N., Gazola, A. C., de Lima, T. C. M., Schenkel, E., Nieber, K. and Butterweck, V. (2014), Assessment of Sedative Effects of Passiflora edulis f. flavicarpa and Passiflora alata Extracts in Mice, Measured by Telemetry. Phytother. Res., 28: 706–713. doi:10.1002/ptr.5043


[26] Wang, C., Xu, F.-Q., Shang, J.-H., Xiao, H., Fan, W.-W., Dong, F.-W., . . . Zhou, J. (2013). Cycloartane triterpenoid saponins from water soluble of Passiflora edulis Sims and their antidepressant-like effects. Journal of Ethnopharmacology, 148(3), 812-817. doi:https://doi.org/10.1016/j.jep.2013.05.010


[27] Ayres, A. S. F. S. J., Santos, W. B., Junqueira-Ayres, D. D., Costa, G. M., Ramos, F. A., Castellanos, L., . . . Gavioli, E. C. (2017). Monoaminergic neurotransmission is mediating the antidepressant-like effects of Passiflora edulis Sims fo. edulis. Neuroscience Letters, 660, 79-85. doi:10.1016/j.neulet.2017.09.010


[28] Kanakasabapathi Devaki, Uthamaraj Beulah, Govindraj Akila, Martin Sunitha, Velliyur Kanniappan Gopalakrishnan(2011) Hypoglycemic Activity Of Passiflora Edulis Sims Leaf Extract In Wistar Albino Rats, international journal research of pharmacy, 2 (9)


[29] Draulio C. Silva, Ana L.P. Freitas, Carla D.S. Pessoa, Regina C.M. Paula, Jacilane X. Mesquita, Luzia K.A.M. Leal, Gerly A.C. Brito, Danilo O. Gonçalves, and Glauce S.B. Viana. Journal of Medicinal Food. October 2011, 14(10): 1118-1126. https://doi.org/10.1089/jmf.2010.0220


[30] Kandandapani, S., Balaraman, A. K., & Ahamed, H. N. (2015). Extracts of passion fruit peel and seed of Passiflora edulis (Passifloraceae) attenuate oxidative stress in diabetic rats. Chinese Journal of Natural Medicines, 13(9), 680-686. doi:https://doi.org/10.1016/S1875-5364(15)30066-2

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.