top of page

SIRI 14: KENAPA SESETENGAH BUAH RASA MASAM DAN ADA SESETENGAH BUAH RASA MANIS?

Updated: 19 Mei 2019

Jawapannya ringkas sahaja, kerana ada asid organik yang banyak dalam buah-buahan yang rasanya masam. Contohnya lemon, orange dan limau nipis mengandungi asid sitrik yang banyak. Dianggarkan bagi setiap 30 ml jus lemon dan limau nipis, dianggarkan terdapat sekitar 1.44g dan 1.38 g asid sitrik. Manakala dalam limau gedang (grapefruit) dan oren terdapat sekitar 0.75 dan 0.27g asid sitrik dalam 30 ml jus. Selain asid sitrik, buah oren juga kaya dengan asid askorbik. Bahaya ke? Asid askorbik adalah vitamin C.



Mengapa sesetengah buah rasanya manis? Kebanyakan buah tropika rasanya manis. Ini disebabkan kandungan asid organik seperti asid sitrik dan asid malik yang menyusut apabila buah masak, dan kandungan gula meningkat. Saya pernah menjelaskan bagaimana buah mempelam masam ketika muda, dan manis ketika masak dalam siri 9 yang lepas.





Bahaya ke makan asid ini? Tidak, malah kita memerlukan asid askorbik dalam pemakanan kita. Apa yang penting adalah kesederhanaan. Asid dalam makanan kebanyakannya adalah asid organik yang lemah. Jika merujuk kepada definisi asid Arrhenius, mereka mengion dengan lemah dalam air, berbeza dengan asid kuat yang mengion sepenuhnya. Asid askorbik misalannya, merupakan agen memerangkap radikal bebas yang baik disebabkan proses pengionan tersebut. Namun awas, pengambilan asid askorbik pada kuantiti terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.


Makanan bebas kimia? Tidak tuan puan. Badan kita pun terdiri dari sebatian kimia organik dan sebatian kimia tak organik.

437 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page