top of page

SIRI 15: BAGAIMANA STRUKTUR SEBATIAN KIMIA SEMULAJADI DITENTUKAN?

Updated: 19 Mei 2019

Korang pernah tak dengar orang cakap, mana sama sebatian kimia semulajadi yang diektrak dari tumbuhan dan sebatian kimia yang dihasilkan secara sintetik.


Sebenarnya tuan puan, kita boleh tahu sama ada sebatian kimia yang dihasilkan secara sintetik sama atau tidak dengan sebatian kimia semulajadi. Tanpa kaedah kimia sintetik, kita tidak dapat menikmati ubat pada harga murah.


Kimia sintetik adalah satu kaedah menghasilkan semula sebatian kimia semulajadi di dalam makmal. Adakah ia bahaya? Asid salisilik misalannya di ekstrak dari kulit batang pokok Willow (Salix alba). Ia boleh dihasilkan secara sintetik. Sifat, rupa, kesan positif dan negatif sama sahaja dengan asid salisilik dari pokok Willow. Asid salisilik adalah salah satu ubat yang digunakan hari ini. Acetylsalicylic acid, sebatian kimia terbitan salicylic acid, hari ini dikenali sebagai aspirin.



Sebatian kimia yang diekstrak dari pokok atau sumber alam yang lain lazimnya sesuatu yang tidak kita ketahui struktur kimianya. Maka satu alat telah dicipta lama dahulu bagi membolehkan ahli kimia menentukan struktur kimia secara tepat. Alat ini dikenali dengan nama Nuclear Magnetic Resonance (NMR). Tahukah anda Magnetic Resonance Imaging (MRI) juga menggunakan konsep yang sama.


Konsep NMR adalah apabila molekul diletakkan di kawasan magnet kuat (>300 MHz) nuclei molekul akan mengambil posisi mengikut atau bertentang arah medan magnet. Kemudian apabila gelombang radio dipancarkan, nuclei akan mengalami keadaan ‘excitation’ atau tenaga tinggi. Apabila sumber gelombang radio dihentikan, nuclei akan mengalami ‘relaxation’ iaitu ia akan kembali kepada keadaan yang asal. Perbezaan pada nilai gelombang ini direkod oleh pengesan dan menghasilkan signal yang dapat dianalisis.



Setiap kumpulan fungsi kimia molekul menghasilkan signal berbeza maka dengan penelitian ini ahli kimia mampu menentukan struktur kimia dengan tepat. NMR memberikan lebih 90% maklumat mengenai struktur kimia. Maklumat lain diperoleh dari alat lain. Ibarat bermain jigsaw puzzle, maklumat ini dicantumkan bagi mendapatkan struktur kimia.


Sebatian kimia semulajadi yang diekstrak dari sumber alam sangat sedikit (kadang-kadang bawah 10 mg). Disebabkan jumlah sebatian semulajadi yang sedikit, kami tidak dapat mengkaji potensi perubatan. Maka ahli kimia sintetik akan menghasilkan sebatian kimia ini di dalam makmal supaya lebih pengujian potensi perubatan dapat dijalankan.


Sebab itu dalam semua tulisan saya, saya sering menekankan, natural tidak semestinya selamat. Sintetik tidak semestinya bahaya.

86 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page