top of page

SIRI 16: BAGAIMANA SODA BIKARBONAT DAN CUKA MEMBANTU MENGATASI SINGKI TERSUMBAT?

Updated: 20 Mei 2019


Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut bagaimana soda bikarbonat boleh membantu mengatasi singki tersumbat, mari saya ceritakan kimia disebalik masalah singki tersumbat.


Imej dari pixabay

Kita selalu menggunakan singki dapur untuk pelbagai urusan harian. Antaranya membasuh ayam, daging, dan sisa makanan berminyak. Tahukah anda, benda hidup terutamanya manusia dan haiwan terbina daripada molekul lipid atau lemak. Apakah itu lipid? Lipid adalah sejenis sebatian kimia ester antara fatty acid (asid lemak) dan fatty alcohol (alkohol lemak). Lipid juga dikenali dengan nama trigliserida. Trigliserida terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak.


Imej dari expii

Contohnya minyak kelapa sawit. Minyak kelapa sawit kaya dengan asid palmitik. Terdapat hampir 50% asid palmitik dalam minyak sawit. Selain asid palmitik, minyak sawit juga kaya dengan asid lemak tidak tepu seperti asid oleik iaitu sekitar 30-40% Jadi, trigliserida dalam minyak sawit mengandungi satu molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak sama ada asid palmitik, asid oleik dan asid yang lain.


Mari kita lihat apa itu soda bikarbonat. Soda bikarbonat atau formula kimianya NaHCO3 merupakan sejenis garam. Apabila dilarutkan dalam air ia akan membentuk ion Na+ dan HCO3-. Proses deprotonasi boleh menghasilkan radikal bebas dianion karbonat yang mempunyai cas 2-. Konsep yang sama juga apabila kita mencampurkan soda bikarbonat dan air. Apabila soda bikarbonat bertindak balas dengan asid lemah seperti cuka, ia akan bertindakbalas dengan satu atom hidrogen dari cuka dan membentuk asid karbonik. Asid karbonik apabila bertemu air, akan mengion membentuk ion bikarbonat.



Imej dari http://www.techefy.com/baking-soda-versus-baking-powder/


Apabila radikal dianion karbonat bertindakbalas dengan lipid, ia akan memulakan tindak balas kimia radikal bebas atau lebih dikenali dengan pengoksidaan lipid. Proses ini akan meruntuhkan integriti lipid. Mekanisme pada peringkat molekul digambarkan pada gambar di bawah.



Imej dari Wikipedia.

Jadi, fenomena mengapa singki yang tersumbat boleh diatasi dengan menggunakan soda bikarbonat boleh dijelaskan oleh tindakbalas kimia ini. Pada masa akan datang saya akan menceritakan bagaiman sabun dan serbuk pencuci membantu kerja mencuci menggunakan konsep hampir sama tetapi sedikit berbeza.


Rujukan:


Bühl, M., DaBell, P., Manley, D. W., McCaughan, R. P., & Walton, J. C. (2015). Bicarbonate and Alkyl Carbonate Radicals: Structural Integrity and Reactions with Lipid Components. Journal of the American Chemical Society, 137(51), 16153-16162. doi:10.1021/jacs.5b10693




792 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page