SIRI 16: BENARKAH POKOK ULAM RAJA MENCUCI DARAH?
Updated: 17 Jan 2021
PENGENALAN
1. Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, merupakan ahli keluarga Asteraceae. Ia berasal dari Amerika Latin dan telah dibawa ke Asia Tenggara oleh Sepanyol terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia digunakan secara tradisi bagi meningkatkan pengaliran darah, menguatkan tulang, menyejukkan badan, melewatkan penuaan dan merawat penyakit berjangkit [1].
2. Terdapat dakwaan bahawa pokok ulam raja boleh mencuci darah. Mencuci darah di sini bermaksud, menggantikan fungsi mesin dialisis yang bertujuan memastikan kandungan beberapa bahan kimia seperti kreatinin, urea, garam potassium dan lain-lain berada dalam paras stabil dan selamat di dalam darah pesakit. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang memerlukan dialisis kerana buah pinggang mereka gagal menapis dan meregulasi kandungan bahan-bahan tersebut di dalam darah.

AKTIVITI BIOLOGI
3. Ekstrak ulam raja menunjukkan sifat antioksidan dengan pelbagai kaedah pengujian dan mekanisme [2-11], dengan ulam raja yang matang pada usia 8 minggu dan dikutip musim panas menunjukkan kandungan sebatian fenolik yang tinggi serta memberikan sifat antioksidan yang tinggi [8, 11-13]. Selain itu, kaedah pengekstrakan menggunakan 50% dan 70% ethanol menunjukkan kandungan sebatian fenolik yang tinggi seterusnya menunjukkan sifat antioksidan yang tinggi [14-15].
4. Ekstrak ulam raja kaya dengan kandungan sebatian fenolik [3, 6-7, 16] yang dikatakan menyumbang kepada aktiviti antioksidan. Kandungan fenolik ini merujuk kepada kandungan sebatian kimia semulajadi dari kelas flavonoid dan flavonoids glycosides seperti quercetin-3-rhamnosides, catechin dan rutin dan asid klorigenik [8-11, 17].
5. Di dalam kajian ke atas sekumpulan tikus, tikus yang diberi diet kaya lemak diberi ekstrak ulam raja pada dos 175 mg/kg dan 350 mg/kg. Tikus yang diberi ekstrak ulam raja berjaya mengekalkan berat seperti tikus yang diberi makanan diet biasa dan tidak menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang [18].
6. Selain itu, ekstrak ulam raja juga disaring terhadap aktiviti merencatkan enzim alpha-glucosidase dan alpha-amilase, enzim yang menguraikan makanan kepada glukosa di dalam system pencernaan manusia. Ekstrak ulam raja didapati berpotensi merencatkan aktiviti enzim tersebut [19]. Di dalam kajian ke atas sekumpulan tikus, tikus yang diberi ekstrak ulam raja menunjukkan pengurangan kandungan glukosa dalam plasma darah [20].
7. Selain penyakit metabolik, ekstrak ulam raja disaring untuk aktiviti hypertension [21-22], antimicrobial [23], osteoporosis [24-26], mencegah stress oksidatif [27] dan meningkatkan fungsi reproduktif tikus jantan [28-31].
KESAN TOKSIK AKUT PENGAMBILAN ULAM RAJA
8. Dalam satu saringan kajian kesan toksik akut pengambilan ekstrak ulam raja ke atas sekumpulan tikus, kesan toksik akut terhadap organ hati diperhatikan pada dos 500 mg bagi setiap 1 kg berat tikus. Kesan dilihat pada beberapa parameter dalam fungsi hati (liver function test) [32].
9. Di dalam satu kajian lain terhadap sekumpulan tikus, pemberian ekstrak pada dos 500 mg bagi setiap kg berat tikus menyebabkan pengurangan berat organ hati, kemungkinan menunjukan indikasi gejala toksititi subakut [33].
PENGUJIAN KLINIKAL ULAM RAJA TERHADAP PESAKIT DIABETES
10. Dalam satu kajian klinikal 100 pesakit diabetes oleh Institute of Medical Research (IMR) di Malaysia, 50 pesakit diberi rawatan ubat diabetes sahaja manakala 50 pesakit lagi di beri ubat diabetes dan pengambilan ulam raja segar sebanyak 15g dua kali sehari selama 8 minggu dan pemantauan diteruskan sehingga minggu ke 12. Tiada perbezaan signifikan dalam kawalan gula di dalam darah (Hba1c) dan profil lipid di antara kedua-dua kumpulan. Walaubagaimanapun, penyelidik mendapati pengambilan ulam raja mengurangkan rintangan insulin [34-35]. Tiada kesan toksik akut diperhatikan pada kadar pengambilan daun ulam raja sebanyak 30 g sehari.
KESIMPULAN
11. Sepanjang pencarian artikel penyelidikan, tiada satu laporan menunjukkan pengambilan daun ulam raja boleh mengurangkan kandungan kreatinin, urea dan lain-lain dari darah subjek kajian tikus mahupun manusia. Oleh kerana tumbuhan hijau kaya dengan garam potassium dan mineral lain seperti aluminium dan fosforus, pengambilan daun ulam raja hendaklah dengan nasihat pakar perubatan dan pakar pemakanan. Kandungan garam potasium yang tinggi boleh mengganggu ritma jantung dan menjejaskan kesihatan pesakit.
12. Kajian secara in vitro dalam piring petri dan in vivo ke atas tikus menunjukkan potensi daun ulam raja sebagai makanan tambahan bagi merawat diabetes. Tambahan pula, ia kaya antioksidan dan sebatian fenolik.
13. Namun begitu, kajian klinikal ke atas sekumpulan manusia menunjukkan pengambilan ulam raja tidak menunjukkan kesan signifikan kawalan gula dalam darah untuk jangka masa panjang. Oleh itu, pesakit diabetes dan hypertension dinasihatkan untuk tidak meninggalkan pelan rawatan sedia ada kerana ingin mencuba daun ulam raja.
14. Penggunaan ulam raja secara umumnya selamat, dan berkhasiat, namun pengambilan ekstrem untuk tujuan merawat seperti beberapa ratus gram sehari hendaklah dipantau memandangkan belum ada data keselamatan yang lengkap. Kajian sedia ada menunjukkan terdapat potensi kesan toksik akut terhadap hati tikus.
Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)
Gambar di ambil dari laman sesawang Nparks Flora & Fauna Web.
Rujukan:
[1] Gerard B; Salleh H; SC., S., Health and Beauty from the Rainforest: Malaysian Traditions of Ramuan. Singapore: Editions Didier Millet: 2009.
[2] Abas, F.; Lajis, N. H.; Israf, D. A.; Khozirah, S.; Kalsom, Y. U., Antioxidant and nitric oxide inhibition activities of selected Malay traditional vegetables. Food Chemistry 2006, 95 (4), 566-573.
[3] Sumazian, Y.; Syahida, A.; Hakiman, M.; Maziah, M., Antioxidant activities, flavonoids, ascorbic acid and phenolic contents of Malaysian vegetables. Journal of Medicinal Plants Research 2010, 4 (10), 881-890.
[4] Huda-Faujan, N.; Noriham, A.; Norrakiah, A. S.; Babji, A. S., Antioxidant activity of plants methanolic extracts containing phenolic compounds. African Journal of Biotechnology 2009, 8 (3), 484-489.
[5] Lee, T. K.; Vairappan, C. S., Antioxidant, antibacterial and cytotoxic activities of essential oils and ethanol extracts of selected South East Asian herbs. Journal of Medicinal Plant Research 2011, 5 (21), 5284-5290.
[6] Reihani, S. F. S.; Azhar, M. E., Antioxidant activity and total phenolic content in aqueous extracts of selected traditional mlay salads (Ulam). International Food Research Journal 2012, 19 (4), 1439-1444.
[7] Rafat, A.; Philip, K.; Muniandy, S., Antioxidant properties of indigenous raw and fermented salad plants. International Journal of Food Properties 2011, 14 (3), 599-608.
[8] Abdul Rahman, H.; Saari, N.; Abas, F.; Ismail, A.; Mumtaz, M. W.; Abdul Hamid, A., Anti-obesity and antioxidant activities of selected medicinal plants and phytochemical profiling of bioactive compounds. International Journal of Food Properties 2017, 20 (11), 2616-2629.
[9] Andarwulan, N.; Batari, R.; Sandrasari, D. A.; Bolling, B.; Wijaya, H., Flavonoid content and antioxidant activity of vegetables from Indonesia. Food Chemistry 2010, 121 (4), 1231-1235.
[10] Shui, G.; Leong, L. P.; Shih, P. W., Rapid screening and characterisation of antioxidants of Cosmos caudatus using liquid chromatography coupled with mass spectrometry. Journal of Chromatography B: Analytical Technologies in the Biomedical and Life Sciences 2005, 827 (1), 127-138.
[11] Mustafa, R. A.; Hamid, A. A.; Mohamed, S.; Bakar, F. A., Total phenolic compounds, flavonoids, and radical scavenging activity of 21 selected tropical plants. Journal of Food Science 2010, 75 (1), C28-C35.
[12] Mediani, A.; Abas, F.; Ping, T. C.; Khatib, A.; Lajis, N. H., Influence of Growth Stage and Season on the Antioxidant Constituents of Cosmos caudatus. Plant Foods for Human Nutrition 2012, 67 (4), 344-350.
[13] Andarwulan, N.; Kurniasih, D.; Apriady, R. A.; Rahmat, H.; Roto, A. V.; Bolling, B. W., Polyphenols, carotenoids, and ascorbic acid in underutilized medicinal vegetables. Journal of Functional Foods 2012, 4 (1), 339-347.
[14] Cheng, S. H.; Khoo, H. E.; Ismail, A.; Abdul-Hamid, A.; Barakatun-Nisak, M. Y., Influence of extraction solvents on Cosmos caudatus leaf antioxidant properties. Iranian Journal of Science and Technology, Transaction A: Science 2016, 40 (1), 51-58.
[15] Sulaiman, S. F.; Sajak, A. A. B.; Ooi, K. L.; Supriatno; Seow, E. M., Effect of solvents in extracting polyphenols and antioxidants of selected raw vegetables. Journal of Food Composition and Analysis 2011, 24 (4-5), 506-515.
[16] Seyedreihani, S. F.; Tan, T.-C.; Alkarkhi, A. F. M.; Easa, A. M., Total phenolic content and antioxidant activity of Ulam raja (Cosmos caudatus) and quantification of its selected marker compounds: Effect of extraction. International Journal of Food Properties 2017, 20 (2), 260-270.
[17] Seyedreihani, S. F.; Tan, T. C.; Alkarkhi, A. F. M.; Easa, A. M., Total phenolic content and antioxidant activity of Ulam raja (Cosmos caudatus) and quantification of its selected marker compounds: Effect of extraction. International Journal of Food Properties 2017, 20 (2), 260-270.
[18] Rahman, H. A.; Sahib, N. G.; Saari, N.; Abas, F.; Ismail, A.; Mumtaz, M. W.; Hamid, A. A., Anti-obesity effect of ethanolic extract from Cosmos caudatus Kunth leaf in lean rats fed a high fat diet. BMC Complementary and Alternative Medicine 2017, 17 (1).
[19] Loh, S. P.; Hadira, O., In vitro inhibitory potential of selected Malaysian plants against key enzymes involved in hyperglycemia and hypertension. Malaysian Journal of Nutrition 2011, 17 (1), 77-86.
[20] Perumal V; Hamid AA; Ismail A; Saari K; Abas F; IS, I., Effect of Cosmos caudatus Kunth leaves on the lipid profile of a hyperlipidemia-induced animal model. J Food Chem Nutr 2014, 2, 43-51.
[21] Amalia, L.; Anggadiredja, K.; Sukrasno; Fidrianny, I.; Inggriani, R., Antihypertensive potency of wild cosmos (cosmos caudatus kunth, asteraceae) leaf extract. Journal of Pharmacology and Toxicology 2012, 7 (8), 359-368. [22] Mohd Hadzrul Hisham, A. M.; Osman, C. B.; Ainsah, O.; Rohaya, A.; Aishah, A., The effect of cosmos caudatus on plasma corticosterone level following a chronic repetitive forced swimming stress in rats. Malaysian Applied Biology 2015, 44 (3), 121-126.
[23] Rasdi, N. H. M.; Samah, O. A.; Sule, A.; Ahmed, Q. U., Antimicrobial studies of Cosmos caudatus Kunth. (Compositae). Journal of Medicinal Plants Research 2010, 4 (8), 669-673.
[24] Mohamed, N.; Sahhugi, Z.; Ramli, E. S. M.; Muhammad, N., The effects of Cosmos caudatus (ulam raja) on dynamic and cellular bone histomorphometry in ovariectomized rats. BMC Research Notes 2013, 6 (1).
[25] Mohamed, N.; Anverdeen, M. Z.; Rahim, N. A.; Wen, C. J.; Hee, C. W.; Abas, N. H.; Aziz, M. A., The effects of cosmos caudatus (Ulam Raja) supplementation on serum and bone minerals levels in ovariectomized rats. International Journal of Applied Research in Natural Products 2016, 9 (4), 1-7.
[26] Mohamed, N.; Gwee Sian Khee, S.; Shuid, A. N.; Muhammad, N.; Suhaimi, F.; Othman, F.; Babji, A. S.; Soelaiman, I. N., The Effects of Cosmos caudatus on structural bone histomorphometry in ovariectomized rats. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine 2012, 2012.
[27] Abdullah, A.; Dhaliwal, K. K.; Roslan, N. N. F.; Lee, C. H.; Kalaiselvam, M.; Radman, H. M.; Saad, Q. H. M.; Yusof, K.; Jaarin, K., The effects of Cosmos caudatus (Ulam Raja) on detoxifying enzymes in extrahepatic organs in mice. Journal of Applied Pharmaceutical Science 2015, 5 (1), 082-088.
[28] Daud, D.; Mohd Fekery, N. F.; Hashim, N., Reproductive health of rats with benign prostatic hyperplasia following Cosmos caudatus ethanolic extract consumption. Journal of Applied Pharmaceutical Science 2017, 7 (6), 202-205.
[29] Daud, D.; Azahar, A.; Zainal Abidin, S. S. F.; Tawang, A., The effects of Cosmos caudatus and Piper sarmentosum aqueous extracts on male mice fertility. International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences 2015, 7 (12), 296-298.
[30] Booh, M. J.; Hashim, N.; Ismail, N. H.; Daud, D.; Samsulrizal, N.; Raja Yahya, M. F. Z., Effects of Cosmos caudatus on sperm quality of mice, Mus musculus. Malaysian Applied Biology 2015, 44 (1), 89-93.
[31] Booh, M. J.; Hashim, N.; Daud, D.; Ismail, N. H., Histological changes on testes of mice administered with different concentrations of cosmos caudatus ethanolic extract. Malaysian Applied Biology 2015, 44 (3), 33-36.
[32] Norazlina, M.; Ehsan, S. Z.; Noor 'Adilah, K.; Lee, C. P.; Farhana, E.; Derick, P.; Ima-Nirwana, S.; Nazrun, A. S.; Norliza, M., Acute toxicity study of Cosmos caudatus on biochemical parameters in male rats. Sains Malaysiana 2013, 42 (9), 1247-1251.
[33] Amna, O. F.; Nooraain, H.; Noriham, A.; Azizah, A. H.; Husna, R. N., Acute and oral subacute toxicity study of ethanolic extract of Cosmos caudatus leaf in sprague dawley rats. nternational Journal of Bioscience, Biochemistry and Bioinformatics 2013, 3 (4), 301-305.
[34] Cheng, S. H.; Ismail, A.; Anthony, J.; Ng, O. C.; Hamid, A. A.; Barakatun-Nisak, M. Y., Eight Weeks of Cosmos caudatus (Ulam Raja) Supplementation Improves Glycemic Status in Patients with Type 2 Diabetes: A Randomized Controlled Trial. Evidence-based Complementary and Alternative Medicine 2015, 2015.
[35] Cheng, S. H.; Ismail, A.; Anthony, J.; Ng, O. C.; Hamid, A. A.; Yusof, B. N. M., Effect of Cosmos caudatus (Ulam raja) supplementation in patients with type 2 diabetes: Study protocol for a randomized controlled trial. BMC Complementary and Alternative Medicine 2016, 16 (1).