top of page

SIRI 16: PEWARNA COCHINEAL HARAM?

Updated: 19 Mei 2019


Baru-baru ini tular kembali pewarna cochinea haram kerana dihasilkan dari serangga cochinea. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyebut melalui laman webnya cochineal adalah serangga yang suci kerana ia tidak berdarah.


Warna merah serangga tersebut disebabkan kehadiran anthraquinone semulajadi namanya carminic acid. Tahukah anda, carminic acid boleh dilakukan secara sintesis. Sintesis penuh carminic acid mula dilaporkan sejak tahun 1991 menggunakan tindak balas Diels Alder antara 2-chloronapthazarin dan dienes. Fungsi glukosida diperkenalkan pada langkah-langkah akhir sintesis menghasilkan carminic acid.


Skema tindakbalas sintetik di bawah sudah diringkaskan. Langkah sintetik yang dilaporkan dalam jurnal berkenaan adalah sebanyak 10 langkah. Adakah ia sama dengan carminic acid yang diekstrak dari cochineal? Ya, sama tiada beza dari sifat dan struktur kimianya. Saya telah menulis bagaimana struktur kimia dianalisis menggunakan instrumentasi NMR pada siri 17.





Kita semua adalah bahan kimia. Air, udara, tanah, tumbuhan, serangga dan manusia. 


Allevi, P., Anastasia, M., Bingham, S., Ciuffreda, P., Fiecchi, A., Cighetti, G., . . . Tyman, J. (1998). Synthesis of carminic acid, the colourant principle of cochineal. Journal of the Chemical Society, Perkin Transactions 1(3), 575-582. doi:10.1039/A705145J

927 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page