top of page

SIRI 17: BAGAIMANA SABUN PENCUCI BOLEH MEMBERSIHKAN KOTORAN DAN KUMAN?

Updated: 14 Mac 2020


Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut, bagaimana sabun dan serbuk pencuci boleh membersihkan kotoran dan mikroorganisme, mari saya jelaskan serba sedikit tentang penghasilan sabun dan serbuk pencuci.





Sabun dihasilkan melalui proses saponification iaitu tindakbalas kimia antara trigliserida seperti minyak sawit dan alkali seperti natrium hidroksida (lye) atau kalium hidroksida. Tindakbalas ini menghasilkan sabun.



Imej dari https://bcachemistry.wordpress.com/tag/soap-production/

Manakala untuk serbuk pencuci pula, antara bahan aktif dalam serbuk pencuci adalah sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sulfate. SLS dihasilkan dari tindakbalas ethoxylation terhadap dodekanol yang diperoleh dari isirong sawit.




Bagaimana sabun dan serbuk pencuci boleh membersihkan kotoran dan mikroorganisme?


Dalam prinsip asas kimia, terdapat satu asas 'like dissolve like'. Maksudnya, hanya sebatian kimia yang mempunyai ciri kepolaran yang sama akan larut antara satu sama lain.


Sebatian kimia yang larut minyak dikenali dengan mana hidrofobik/lipofilik atau takut air manakala sebatian kimia larut air dikenali hidrofilik/lipofobik.


Satu perkara yang unik tentang sabun dan serbuk pencuci adalah, ia mempunyai kepala atau 'head' yang mempunyai cas positif dan ekor atau 'tail' yang berasal dari minyak sayuran atau lemak haiwan.

Molekul sebegini dikenali dengan nama amfifilik. Kepalanya yang bercas positif larut air manakala ekornya yang panjang larut minyak. Ini membolehkan ekor molekul sabun ini melarutkan minyak dengan sedikit gosokan. Kepala molekul yang bercas positif akan larut dalam air dan membolehkan minyak yang melekat pada ekornya dibawa air mengalir.


Contohnya mikroorganisme yang memiliki membrane luaran yang terbina dari lipid. Lipid ini larut minyak. Hanya sebatian kimia lain yang mempunyai ciri lipofilik/hidrofobik boleh meruntuhkan integriti membrane ini.


Imej dari http://www.substech.com/dokuwiki/doku.php?id=surfactants

Sebab itu, pencuci tangan atau hand sanitizer berasaskan alkohol tidak dapat menandingi kelebihan mencuci tangan menggunakan sabun. Tidak perlu sabun khas untuk mengelakkan diri dari jangkitan patogen, cukup sekadar sabun biasa. Melainkan anda bekerja di hospital, anda memerlukan sabun khas bagi membunuh sesetengah patogen.


Bagaimana pula serbuk pencuci dengan kekuatan cucian yang berbeza? Asas pencucian menggunakan serbuk pencuci berdasarkan konsep suka air (hidrofilik) dan benci air (hidrofobik) disebabkan serbuk pencuci boleh mengubah tekanan permukaan air.

Sifat serbuk pencuci sebegini mengurangkan tekanan permukaan air dan membolehkan air 'membasahkan' permukaan yang berminyak dan kotor. Serbuk pencuci juga dikenali dengan nama surfactant atau 'surface active agents'.


Jadi keberkesanan serbuk pencuci disebabkan berapa kemampuan ia mengurangkan tekanan permukaan dan meningkat kebersihan cucian dengan penggunaan bantuan mekanikal yang paling sedikit.


Kehabisan pembersih tangan (hand sanitizer) di pasaran? Jangan bimbanh, sentiasalah mencuci tangan dan elakkan menyentuh muka sekiranya masih belum mencuci tangan dengan sempurna.





2,108 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page