SIRI 18: BAHAN KIMIA KARSINOGEN?
Updated: 20 Mei 2019
Saya dapat banyak soalan ini. Antararanya sebatian kimia mengandungi aluminium, paraben, akrilamida dan lain-lain. Kesemua bahan ini dikumpulkan sebagai group 2B karsinogen, maksudnya "Possibly carcinogenic to humans"
Sebelum saya menceritakan maksud klasifikasi ini saya hendak menerangkan dengan apa faktor risiko kanser. Kanser bersifat multifaktorial. Maksudnya, ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya kanser. Faktor yang telah dikenalpasti adalah keturunan, obesiti, tidak cergas, merokok, pengambilan alkohol dan jangkitan virus seperti HPV dan hepatitis B dan C.

Selain itu, pendedahan kepada karsinogen, iaitu bahan yang mencetuskan pembentukan sel kanser juga antara faktor penyumbang.
Walaupun sesuatu bahan kimia atau agen itu diletakkan bawah kelas 2A dan 2B, faktor berikutnya yang perlu dipertimbangkan adalah jumlah pendedahan.
Jika kita melihat senarai karsinogen yang dikeluarkan oleh International Agency for Research on Cancer, WHO, kita celik mata saja kita terdedah kepada karsinogen. Tetapi kenapa sesetengah orang kena kanser dan sestengah orang tidak?
Selain dari faktor utama di atas, apa yang penting BERAPA BANYAK JUMLAH PENDEDAHAN. Sesetengah karsinogen hanya akan mencetuskan pembentukan kanser pada jumlah yang banyak, setiap hari, dan untuk tempoh yang lama.
Karsinogen dikelaskan kepada beberapa kelas seperti di bawah:
Group 1: Carcinogenic to humans
Sesuatu agen itu dikatakan secara pasti sejenis karsinogen kalau dia gred 1. Untuk membolehkan bahan-bahan itu diletakkan bawah gred 1, ada maklumat lengkap menunjukkan ia memberikan kesan karsinogen pada manusia.
Group 2A: Probably carcinogenic to humans
Ada maklumat lengkap ke atas haiwan agen ini bersifat karsinogen tetapi kurang maklumat ke atas manusia.
Group 2B: Possibly carcinogenic to humans
Agen yang dikatakan karsinogen di bawah kumpulan kurang maklumat ke atas manusia dan haiwan.
Group 3: Not classifiable as to its carcinogenicity to humans
Maklumat kesan karsinogen agen tidak sesuai atau tiada data ke atas manusia dan haiwan.
Group 4: Probably not carcinogenic to humans
Agen diletakkan bawah kategori ini apabila bukti saintifik menunjukkan 'lack of carcinogenicity' atau kekurangan bukti ia menyebabkan kanser.
Tahukah anda apa karsinogen kumpulan 1?
Tembakau, hepatitis B dan C, HPV virus dan alkohol.
Jauhi asap rokok, jangan minum arak dan vaksinkan anak-anak anda!
Boleh rujuk klasifikasi ini di laman web IARC sendiri.
