top of page

SIRI 18: FLAVONOIDS MERAWAT DAN MENCEGAH KANSER?

Updated: 19 Mei 2019

Flavonoids adalah satu kumpulan besar sebatian kimia semulajadi. Di bawah flavonoids, ada 9 kumpulan utama iaitu


1. Flavonones

2. Flavonols

3. Flavones

4. Flavanonols

5. Flavanols

6. Anthocyanidins

7. Isoflavones

8. Neoflavonoids

9. Chalcones


Flavonoids dihasilkan melalui proses metabolisme sekunder dalam tumbuhan yang dikenali sebagai phenylpropanoid pathway. Flavonoids ada dalam hampir 2/3 makanan kita. Tetapi jenis-jenis flavonoids ini berbeza-beza ikut jenis keluarga dan genus pokok.



Misalannya isoflavones. Ia adalah sejenis phytoestrogen. Ia banyak dalam soya dan didapati dalam pokok-pokok yang sering digunakan untuk merawat masalah kewanitaan. Masalah penggunaan berlebihan secara berterusan pokok yang ada isoflavones boleh mengganggu keseimbangan hormon dan meningkatkan risiko penyakit tertentu.


Contoh lain apigenin dan naringenin. Antara flavonoids yang banyak dalam limau gedang (grapefruit). Sebatian kimia ini didapati mengganggu enzim hati yang bertanggungjawab metabolisme ubat. Dalam penggunaan biasa sebagai makanan ia tidak bermasalah, tetapi apabila di ambil jumlah besar ia boleh menyebabkan interaksi ubat. Apigenin dan naringenin juga banyak didapati di dalam tumbuhan herba.


Banyak kajian dilakukan terhadap potensi flavonoids sebagai mencegah dan merawat kanser. Namun kajian masih pada peringkat penemuan dan pra-klinikal. Walaubagaimanapun, mengambil makanan segar yang mengandungi flavonoids dalam diet seharian baik untuk kesihatan secara umumnya.


Ramai orang bertanya apakah makanan yang mencegah dan merawat kanser. Jawapannya makanlah makanan segar dan sihat disekeliling kita dan kurangkan makanan terproses. Ia dapat mengurangkan salah satu risiko kanser.


Namun kanser bersifat multifaktorial. Bukan satu sebab sahaja. Antaranya genetik, obesity, jangkitan virus seperti hepatitis B dan HPV, tidak cergas, pendedahan kepada pencemaran, dan banyak lagi. Mengambil makanan yang katanya bersifat antikanser tidak akan mengurangkan risiko kanser kalau tidak mengamalkan gaya hidup sihat.


Jangan anda mengambil makanan tambahan tertentu kononnya ingin mengelak kanser, tetapi meningkatkan risiko penyakit lain kerana dos menentukan ia racun atau ubat.


Jika anda tanya saya apa makanan antikanser? Makanlah secara sihat dan suku-suku separuh.



196 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page