SIRI 18: JIKA HERBA TIDAK SELAMAT, MENGAPA ORANG DULU HIDUP LAMA DENGAN MENGAMALKAN HERBA?
Updated: 19 Mei 2019
1. Kita kena bezakan herba yang terproses dan herba segar. Herba segar macam pucuk mengkudu, halia kunyit dan lain-lain yang di makan sebagai ulam-ulaman. Kandungan sebatian kimia di dalam pokok-pokok ini adalah sangat kecil dan memberi kesan kesihatan secara umum ie cukup zat, serat dan cukup makan.

2. Herba terproses perlu diteliti kandungan sebatian kimia. Ini kerana proses penghasilan herba mungkin melibatkan pemekatan sebatian kimia semulajadi melebihi 10%.
3. Apabila pemekatan berlaku, kita sepatutnya mendapatkan data keberkesanan dan keselamatan. Sebatian kimia utama perlu dikenalpasti untuk memastikan dos berkesan dan dos selamat.
4. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2016 adalah 74.7 tahun. Manakala pada tahun 1990an jangka hayat rakyat Malaysia adalah pada 65 tahun. Manakala pada tahun 1950an jangka hayat rakyat Malaysia adalah 48.5 tahun.
5. Sekiranya hipotesis mengatakan orang dahulu sihat kerana makan herba, atau baik-baik saja walaupun bersalin di rumah, statistik itu sepatutnya menunjukkan trend penurunan kerana masyarakat telah meninggalkan rawatan tradisi sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan perubatan moden.
6. Penggunaan herba yang tiada data kajian lengkap, tidak boleh menggantikan ubat hospital. Petua akan tinggal petua tanpa bukti kajian yang konklusif.
7. Ubatan hospital telah melalui kajian berpuluh tahun, dan telah dibuktikan dengan data klinikal. Inilah yang dinamakan evidence based medicine.
8. Untuk penggunaan produk herba untuk kesihatan umum, ia hendaklah
Lulus ujian toksik kepada hati, buah pinggang, neuron dan tetaragonik.
Sebatian kimia di dalam setiap batch produk herba hendaklah distandardkan
Protokol piawai dari penanaman, penuaian, pengeringan dan pemperosesan.
Bebas logam berat berbahaya, mikroorganisme, dan campuran ubat berjadual
Maklumat interaksi ubat
Tidak bertentangan dengan nasihat perubatan.
9. Untuk sesuatu pokok herba menjadi ubat, ia mengambil masa yang panjang (20-30 tahun) dan kos yang besar (20-30 billion).
10. Malaysia adalah negara ke 12 paling kaya biodiversiti di dunia. Penggunaan tumbuhan dengan potensi perubatan sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Oleh itu, langkah memastikan keselamatan herba adalah sangat penting.
11. Lebih 55% ubat preskripsi ditemui dari tumbuh-tumbuhan. Kandungan sebatian kimia aktif di dalam tumbuhan sama ada tidak cukup untuk mengubati penyakit sasaran, atau kepekatan rendah yang cukup meracuni manusia
12. Sebatian kimia aktif didalam pokok boleh dimurnikan dan dihasilkan semula secara skala besar untuk kajian lanjutan seperti dos berkesan, dos selamat, metabolisma ubat, mekanisme dan lain-lain
13. Makanlah secara sederhana, dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah dan beretika ketika sakit.
Sekian, semoga bermanfaat
Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)