SIRI 19: KENAPA ANDA PERLU MAKAN SAYUR HIJAU?
Kemaskini: 19 Mei 2019
Tumbuh-tumbuhan berwarna hijau disebabkan kehadiran klorofil, sejenis sebatian kimia yang memainkan fungsi penting dalam proses fotosintesis tumbuh-tumbuhan.

Kenapa anda perlu makan sayur hijau? Selain dari nutrient seperti vitamins dan serat, sayuran hijau mengandungi klorofil. Terdapat beberapa kajian klinikal menunjukkan terdapat pengurangan risiko kanser kolon dengan pengambilan klorofil. Penyelidik mendapati pengambilan daging merah yang tinggi kandungan heme iron meningkatkan risiko kanser kolon. Heme adalah monomer kepada hemoglobin. Satu molekul hemoglobin 4 unit heme yang mengandungi ion ferum (Fe2+) dalam gegelang porphyrin dengan nombor pengoksidaan +2. Apabila terurai, ion Fe2+ akan teroksida menjadi Fe3+. Heme iron (Fe3+ dalam gegelang porphyrin) adalah prooksidan, dan merupakan salah satu risiko kepada kanser kolon.

Berapa banyakkah klorofil dalam sayuran?
Salad hijau = 2.081 mg/g
Brokoli = 0.0019 mg/g
Cili hijau = 0.797 mg/g
Kobis = 1.72 mg/g
Bayam = 127mg/g
Brussels sprout = 6 mg/g
Kale = 187 mg/mg
Kajian menunjukkan terdapat sedikit pengurangan klorofil pada sayur yang dimasak namun tidak terlalu besar bezanya. Contohnya brussels sprout yang dimasak mengandungi 5 mg/g klorofil. Katakan kita makan 100g brussel sprout bagi setiap hidangan, terdapat sekurang-kurangnya 500 mg klorofil.
Kadang-kadang digembar-gemburkan makanan import tertentu berkhasiat sekian-sekian. Sebenarnya makanan dengan khasiat yang sama ada di Malaysia. Hanya kerana tiada banyak tulisan bahasa Melayu menjelaskan khasiat pokok sawi, kobis, pegaga, bayam dan lain-lain. Semua pokok hijau ada klorofil dan nutrisi lainnya.
Kita tidak memerlukan makanan tambahan terproses untuk sihat, termasuk klorofil.
Rujukan:
Balder, H. F., Vogel, J., Jansen, M. C. J. F., Weijenberg, M. P., van den Brandt, P. A., Westenbrink, S., . . . Goldbohm, R. A. (2006). Heme and Chlorophyll Intake and Risk of Colorectal Cancer in the Netherlands Cohort Study. Cancer Epidemiology Biomarkers & Prevention, 15(4), 717-725. doi:10.1158/1055-9965.epi-05-0772
Burns, J., Fraser, P. D., Bramley, P. M. (2003). Identification and quantification of carotenoids, tocopherols and chlorophylls in commonly consumed fruits and vegetables, Phytochemistry, 62 (6), 939-947.
de Vogel, J., Jonker-Termont, D. S. M. L., van Lieshout, E. M. M., Katan, M. B., & van der Meer, R. (2005). Green vegetables, red meat and colon cancer: chlorophyll prevents the cytotoxic and hyperproliferative effects of haem in rat colon. Carcinogenesis, 26(2), 387-393. doi:10.1093/carcin/bgh331
Mario G. Ferruzzi, Joshua Blakeslee (2007). Digestion, absorption, and cancer preventative activity of dietary chlorophyll derivatives. Nutrition Research 27 (1), 1-12
Turner, N. D., & Lloyd, S. K. (2017). Association between red meat consumption and colon cancer: A systematic review of experimental results. Experimental Biology and Medicine, 242(8), 813–839. http://doi.org/10.1177/1535370217693117