top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 2: BENARKAH HERBA BEBAS BAHAN KIMIA? BAHAGIAN 2

Updated: 18 Mei 2019

Dalam bahagian pertama dahulu saya ada menceritakan proses metabolisme yang di alami oleh tumbuh-tumbuhan.


Tumbuh-tumbuhan mengalami metabolisme primer (primary metabolism) dan metabolisme sekunder (secondary metabolism). Metabolisme primer merupakan proses asas dalam semua hidupan seperti proses respiratori dan fotosintesis. Metabolisma primer ini akan menghasilkan sebatian yang akan digunakan sebagai bahan pemula (starting material) dalam metabolisme sekunder. Hasil daripada metabolism sekunder dikenali sebagai metabolit sekunder (secondary metabolites) atau lebih dikenal sebagai natural products (kimia hasilan semula jadi).



Proses metabolisme sekunder adalah berbeza-beza mengikut keluarga, genus dan spesies. Spesies yang sama, contoh pokok mangga harum manis yang ditanam di dua lokasi berbeza, berpotensi menghasilkan metabolit sekunder yang berbeza. Kebiasaannya metabolit sekunder yang dominan relatifnya sama, tetapi metabolit sekunder yang minoriti akan berubah bergantung kepada factor persekitaran. Contoh faktor persekitaran yang berbeza adalah jumlah air yang diterima, jumlah cahaya matahari, jenis tanah, dan jangkitan kulat atau bakteria.


Metabolisme sekunder melibatkan beberapa proses biokimia. Setiap metabolit sekunder yang berlainan akan melalui proses biokimia yang berbeza. Contoh proses biokimia adalah mevalonate pathway, acetate pathway, shikimic acid pathway, phenylpropanoid pathway dan polyketide pathway. Contoh metabolit sekunder dari jenis flavonoid yang sering ditemui dalam buah-buahan, dihasilkan melalui phenylpropanoid pathway.


Terdapat beberapa kaedah pengkelasan sebatian semula jadi (natural products) atau secondary metabolites. Secara umumnya pengkelasan sebatian semula jadi adalah berdasarkan kriteria struktur kimia yang sama. Contoh pengkelasan adalah seperti di bawah:


1. Alkaloid

2. Flavonoids

3. Terpenes

4. Quinones

5. Phenolic acids


Pengkelasan ini boleh diperhalusi dengan melihat kepada jenis-jenis substituent (cabang) dan substruktur. Contohnya pengkelasan yang lebih terperinci bagi alkaloid adalah indole alkaloids, quinolone alkaloids, isoquinoline alkaloids, dan lain-lain.

Di dalam gambar 1, 2, 3 dan 4 menunjukkan contoh-contoh sebatian semula jadi mengikut kelas dan sumber semula jadi.



Kesimpulan awal di sini adalah proses biosintesis metabolit sekunder dalam tumbuh-tumbuhan adalah berbeza, dan tertakluk kepada keluarga, genus dan spesies.


Adakah tumbuhan herba bebas kimia? Sudah tentu tidak.


Adakah makanan bebas kimia? Sudah tentu tidak.


Kerana tumbuhan sendiri mengalami proses biokimia dan metabolit sekunder dalam makanan adalah hasil biosintesis kimia dalam tumbuh-tumbuhan.


Che Puteh Osman

PhD in Natural Product Chemistry


Rujukan

Leland J. Cseke, Ara Kirakosyan, Peter B. Kaufman, Sara Warber, James A. Duke, Harry L. Brielmann (2006), Natural Products from Plants, 2nd edition, CRC Press, Taylor and Francis Group


127 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page