top of page

SIRI 2: MENGAPAKAH PAKAR PERUBATAN TIDAK BERI HERBA DI HOSPITAL?

Updated: 20 Mei 2019

1. Sebarang petua kekal sebagai petua dan ia tidak boleh menggantikan perubatan moden yang telah terbukti melalui kajian klinikal berpuluh tahun.


2. Sebarang pengujian in vitro atau piring petri dan ujian in vivo, ke atas haiwan, tidak boleh merasionalkan penggunaan sebagai ubat. Sebagai seorang natural product chemist, maklumat penggunaan tradisi memberikan maklumat kepada saya untuk mengkaji dan melihat potensi. Kalau betul-betul berpotensi ia akan dibawa ke peringkat penyelidikan seterusnya iaitu pra klinikal dan klinikal.


3. Untuk makluman tuan puan, proses menghasilkan ubat ada tiga peringkat A. Discovery (penemuan) B. Pra klinikal C. Klinikal


4. Pada peringkat discovery terdapat berjuta calon herba dan sebatian kimia yang boleh dikaji untuk ubat. Setelah masuk fasa pra klinikal jumlah ini berkurang kepada beberapa ribu calon sahaja. Pada peringkat klinikal, hanya beberapa ratus sahaja yang layak diuji ke atas manusia. Selepas itu sekitar beberapa peratus yang berjaya dan akan didaftarkan dan dikomersilkan.


5. Jadi kenapa ia tak jadi ubat, kerana ia telah gagal pada pengujian dan pada peringkat discovery dan pra klinikal.


6. Janganlah kita meninggalkan rawatan hospital kerana cuba jaya rawatan herba. Jika berjaya boleh melambatkan perkembangan penyakit. Jika gagal, nyawa galang gantinya.


Serahkan sesuatu urusan itu kepada ahlinya.


Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)




216 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page