top of page

SIRI 21:BETUL KE POLIFENOL HANYA ADA PADA BUAH-BUAHAN IMPORT?

Updated: 19 Mei 2019


Buah beri, anggur dan buah sitrus adalah antara buah-buahan yang kaya polifenol. Polifenol adalah sejenis sebatian kimia yang mempunyai gegelang aromatik dan fungsi hidroksil.


Ada apa dengan polifenol? Polifenol merupakan sejenis phytonutrient yang bersifat antioksidan dan antikanser. Selain itu, pelbagai sifat lain ditunjukkan dalam kajian in vitro dan model haiwan.


Benarkah polifenol ini hanya ada dalam buah-buahan dari iklim sederhana saja? Jawapannya tidak. Antara buah tempatan yang kaya polifenol adalah cempedak atau nama saintifiknya Artocarpus integer syn Artocarpus chempeden.


Imej dari Wikimedia Commons

Dalam 100 g cempedak, ada 3.5-7 g protein, 0.5-2 g lemak, 84-87 g karbohidrat, dan 5-6 g fiber. Cempedak kaya dengan gula seperti fruktosa dan glukosa.


Bau cempedak disebabkan kehadiran esters 3-methylbutanoate dan aldehyde, 3-methylbutanal.


Dalam 100g cempedak, terdapat 6.2 mg asid askorbik (vitamin C) dan kandungan sebatian fenolik adalah 3840 mg GAE/g. GAE adalah ‘gallic acid equivalent’ menunjukkan kehadiran sebatian kimia dari kumpulan yang sama iaitu sebatian fenolik.


Cempedak juga mengandungi mineral yang tinggi antaranya potassium.


Musim cempedak kita makan cempedak gorenglah pulak.


PS Kita tidak perlu sampai nak makan suplemen tertentu sebab tidak cukup pengambilan polifenol atau nutrisi tertentu.


Rujukan:


Mônica M. de Almeida Lopes, Kellina O. de Souza, Ebenezer de Oliveira Silva, Cempedak—Artocarpus champeden (2018), Eds,Sueli Rodrigues, Ebenezer de Oliveira Silva, Edy Sousa de Brito,Exotic Fruits, Academic Press, pp 121-127.


104 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page