SIRI 21: RUMPUT BEIJING, MERAWAT KANSER DAN PSORIASIS?
Updated: 19 Mei 2019
1. Daun Beijing atau nama saintifiknya Murdania bracteata digunakan secara tradisi bagi merawat diabetes dan kanser hati di Malaysia [1]. Ia juga digunakan secara tradisi di Taiwan sebagai anti-keradangan [2]. Hasil carian di pangkalan jurnal berindeks, terdapat hanya 5 artikel kajian tehadap daun Beijing. Hanya tiga artikel yang melaporkan aktiviti biologi rumput Beijing.

Gambar diambil dari www.NatureLoveYou.sg
2. Di dalam satu kajian saringan terhadap sel kanser hati dan aktiviti alpha-glukosidase oleh penyelidik dari USM, rumput Beijing diekstrak dengan pelbagai kaedah antaranya menggunakan pelarut heksana, diklorometana, metanol, dan rebusan air.
3. Hanya ekstrak daun Beijing menggunakan pelarut organic heksana memberikan aktiviti yang baik iaitu 37.17 microgram per milliliter, dan nilainya sedikit tinggi dari nilai potong (cut-off value) iaitu 30 mikrogram per liter seperti yang ditetapkan National Cancer Institute USA [1].
4. Ekstrak menggunakan larutan heksana didapati mencetus prosess apoptosis iaitu proses kematian sel kanser terprogram melalui caspase-3 gene [1]. Aktiviti sitotoksik ke atas sel kanser hati kemungkinan disebabkan oleh kandungan sebatian kimia glycosphingolipid . Glycosphingolipid dilaporkan mempunyai sifat antkanser yang sederhana terhadap sel kanser hati di dalam kajian ke atas adik beradik rumput beijing iaitu Murdannia loriformis [3] dan Murdannia japonica [4].
5. Ekstrak heksana rumput Beijing juga menunjukkan aktiviti yang sederhana lemah terhadap enzim alpha-glucosidase [1], menunjukkan sifat antioksidan yang sederhana dan mengurangkan kerosakan sel hati pada tikus yang dicetus oleh CCl4 sekitar 40-50% pada dos 1000mg bagi setiap kg berat tikus berbanding tikus yang tidak diberi ekstrak rumput Beijing [5].
6. Satu kajian di Taiwan menunjukkan rumput Beijing mengandungi flavonoid glycosides dan asid fenolik. Sebatian kimia bracteanolide A menunjukkan potensi sebagai anti keradangan terhadap iNOS [2] dalam kajian ke atas sel tikus.
7. Di dalam satu kajian yang lain, ekstrak rumput Beijing dengan 50% larutan etanol menunjukkan aktiviti vaxorelaxation (mengurangkan tekanan di dinding salur darah) yang sederhana dalam kajian ke atas sekumpulan tikus.
8. Kesimpulannya, kajian terhadap rumput Beijing masih di peringkat penemuan (discovery), iaitu peringkat paling awal dalam pembangunan ubat-ubatan. Hasil penemuan sedia ada masih terlalu awal dan tidak kukuh untuk mengesahkan keberkesanannya. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan dan ikuti pelan rawatan yang dicadangkan.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
[1] Ooi, K. L.; Loh, S. I.; Tan, M. L.; Muhammad, T. S. T.; Sulaiman, S. F., Growth inhibition of human liver carcinoma HepG2 cells and α-glucosidase inhibitory activity of Murdannia bracteata (C.B. Clarke) Kuntze ex J.K. Morton extracts. Journal of Ethnopharmacology 2015, 162, 55-60.
[2] Wang, G. J.; Chen, S. M.; Chen, W. C.; Chang, Y. M.; Lee, T. H., Selective inducible nitric oxide synthase suppression by new bracteanolides from Murdannia bracteata. Journal of Ethnopharmacology 2007, 112 (2), 221-227.
[3] Jiratchariyakul, W.; Okabe, H.; Moongkrandi, P.; Frahm, A. W., Cytotoxic glycosphinglipid from Murdannia loriformis (Hassk. )Rolla Rao e tKammathy. Thai JournalofPhytopharmacy 1998, 10–20.
[4] Tan, M.; Muhammad, T. S. T.; Samian, R.; Najimudin, N.; Sulaiman, S., Effects of Murdannia japonica plant extracts on growth rates of certain cancer cell lines. 2003; Vol. 4, p 57-62.
[5] Yam, M. F.; Tan, C. S.; Ahmad, M.; Ruan, S., Vasorelaxant Action of the Chloroform Fraction of Orthosiphon stamineus via NO/cGMP Pathway, Potassium and Calcium Channels. The American Journal of Chinese Medicine 2016, 44 (07), 1413-1439.
e="List Table ;�P5*>