top of page

SIRI 23: BENARKAH VANILLA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI?

Updated: 3 Feb 2021


Baru-baru ini tular mengenai petua menghilangkan sakit gigi menggunakan perasa vanilla. Perasa vanila ini dihasilkan secara sintetik.


Perasa vanilla disebabkan oleh sebatian kimia vanillin. Vanillin adalah sebatian kimia utama yang memberikan bau dan rasa vanila pada biji vanilla atau vanilla seeds. Biji vanilla ini dituai dari pokok Vanilla planifolia.


Imej dari Wikimedia Commons

Secara sifat kimianya, vanillin yang diekstrak dari biji vanila dengan vanillin yang dihasilkan secara sintetik mempunyai sifat, warna, bau dan aktiviti yang sama dengan vanilla yang diekstrak dari biji vanilla.


Disebabkan vanillin mempunyai struktur kimia yang ringkas, ia dapat dihasilkan dengan kaedah sintetik pada harga yang murah dan banyak.


Benarkah vanilla merawat sakit gigi? Sakit gigi disebabkan pelbagai masalah. Vanillin di dalam ekstrak vanilla tidak merawat masalah gigi.


Tetapi terdapat beberapa kajian menunjukkan vanillin mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada model haiwan.


Kajian klinikal yang dijalankan di Iraq pada tahun 2020 menunjukkan vanilla mengurangkan rasa sakit gigi.


Kemungkinan hilang rasa sakit tersebut disebabkan oleh vanillin. Namun harus diingatkan ia hanya bersifat sementara dan anda harus mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan masalah gigi anda melarat.


Semua benda dalam dunia ini terdiri dari bahan kimia. Makanan, minuman, pokok, haiwan, kamu dan saya.


Rujukan:

Al-Sandook (2020). Vanillin soothing effect in treating certain oral disease entities. Al-Rafidain Dental Journal, 1(2), 143-147. doi: 10.33899/rden.2020.166034


Boiko, Y.A., Nesterkina, M.V., Shandra, A.A. et al. Analgesic and Anti-Inflammatory Activity of Vanillin Derivatives. Pharm Chem J53, 650–654 (2019). https://doi-org.ezaccess.library.uitm.edu.my/10.1007/s11094-019-02056-2


Jung, H.-J., Song, Y. S., Kim, K., Lim, C.-J., & Park, E.-H. (2010). Assessment of the anti-angiogenic, anti-inflammatory and antinociceptive properties of ethyl vanillin. Archives of Pharmacal Research, 33(2), 309-316. doi:10.1007/s12272-010-0217-2


de Cássia da Silveira e Sá, R., Lima, T., da Nóbrega, F., de Brito, A., & de Sousa, D. (2017). Analgesic-Like Activity of Essential Oil Constituents: An Update. International Journal of Molecular Sciences, 18(12), 2392.


Niazi, J., Kaur, N., Sachdeva, R., Bansal, Y., & Gupta, V. (2014). Anti-inflammatory and antinociceptive activity of vanillin. Drug Development and Therapeutics, 5(2), 145-147.


Ueno, H., Shimada, A., Suemitsu, S., Murakami, S., Kitamura, N., Wani, K., Takahashi, Y., Matsumoto, Y., Okamoto, M., Fujiwara, Y., & Ishihara, T.. (2019). Comprehensive behavioral study of the effects of vanillin inhalation in mice. Biomedicine & Pharmacotherapy, 115, 108879. https://doi.org/10.1016/j.biopha.2019.108879

210 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page