SIRI 24: DAUN KELOR/MERUNGGAI (Moringa oleifera), SUPERFOOD DAN RAWATAN KANSER?
Updated: 19 Mei 2019
1. Daun merunggai atau daun kelor dikenali sebagai Moringa oleifera, dari genus Moringa dan keluarga Moringaceae. Ia digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai masalah kesihatan.
2. Carian di pangkalan data jurnal berindeks menggunakan kata kunci Moringa oleifera memberikan lebih 2500 kertas kajian. Perincian pencarian menggunakan kata kunci 'meta analysis' tidak memberikan hasil carian. Pengubahsuaian pencarian menggunakan kata kunci 'clinical trial' dan 'review' memberikan beberapa kertas kajian.

3. Daun merunggai dan kacangnya kaya dengan nutrient dan phytonutrient antaranya kalsium, potassium, magnesium, zat besi, protein asid amino penting dan lain-lain. Pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang dan masalah jantung harus berhati-hati dengan pengambilan daun merunggai atau produk berasaskan daun merunggai. Dianggarkan ia mempunyai 120-1845mg garam potassium dalam daun merunggai bergantung cara penyediaan dan pengekstrakan.
4. Terdapat lebih 300 sebatian kimia yang dilaporkan dari ekstrak daun dan minyak pati daun merunggai. Kebanyakan sebatian ni dari kelas asid fenolik dan monoterpene, sesquiterpenes dan diterpenes, fatty acids dan lain-lain.
5. Sebatian kimia utama di dalam hamper kesemua bahagian pokok merunggai dari jenis glucosinolates yang merupakan kelas sebatian kimia yang mencegah perkembangan kanser. Namun, maklumat kajian sebatian kimia ini masih terhad para pra-klinikal dan masih belum melalui fasa pengujian klinikal ke atas manusia.
6. Terdapat beribu artikel membincangkan kajian pra-klinikal secara in vitro (piring petri) dan in vivo (tikus) antaranya kajian terhadap penyakit diabetes, keradangan, jangkitan bakteria dan kanser. Terdapat beberapa kajian klinikal berskala kecil untuk beberapa isu kesihatan kecuali rawatan kanser.
7. Terdapat beberapa kajian ke atas manusia dalam saiz sampel kecil
Kajian yang dilakukan bagi menyiasat potensi ekstrak daun merunggai untuk masalah anemia, mendapati pemberian ekstrak daun merunggai meningkatkan parameter darah.
Pemberian ekstrak daun merunggai kepada orang sihat meningkatkan insulin 2-4µU/ml bagi dos 1-4g ekstrak daun merunggai.
Kajian daun merunggai sebagai makanan tambahan untuk atlet dan pesakit HIV yang mengikuti terapi antiretroviral meningkatkan serum albumin dan BMI pesakit.
Pemberian ekstrak biji buah merunggai sebanyak 3 g selama 3 minggu meningkatkan kualiti hidup pesakit bronchial asthma dan mengurangkan simptom berkaitan asthma.
Dalam satu kajian klinikal mengkaji kesan ekstrak daun merunggai terhadap paras lipid dalam darah, pemberian 350 mg ekstrak daun sebanyak 3 kali sehari selama sebanyak 30 hari tiada kesan signifikan penurunan paras hyperlipidemia berbanding kumpulan yang tidak diberi ekstrak.
8. Selain dari kajian klinikal menggunakan ekstrak daun merunggai sahaja, terdapat beberapa kajian klinikal berskala kecil menggunakan beberapa campuran herba termasuk daun merunggai untuk beberapa isu kesihatan antaranya sebagai makanan tambahan atlet.
9. Kesimpulannya, daun merunggai adalah berkhasiat tinggi dan baik untuk diet pemakanan yang sihat. Namun begitu pesakit buah pinggang dan jantung harus mengelak dari mengambil pemakanan berasaskan daun merunggai kerana kandungan potassiumnya yang tinggi. Daun merunggai kaya dengan zat besi, dan sesuai dimasukkan dalam diet pemakanan pesakit anemia. Sehingga kini, masih belum ada satu kajian klinikal daun merunggai untuk rawatan kanser. Sila dapatkan rawatan dari ahli perubatan bertauliah.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
Agrawal, B., & Mehta, A. (2008). Antiasthmatic activity of Moringa oleifera Lam: A clinical study. Indian Journal of Pharmacology, 40(1), 28–31. http://doi.org/10.4103/0253-7613.40486
Anthanont, P., Lumlerdkij, N., Akarasereenont, P., Vannasaeng, S., & Sriwijitkamol, A. (2016). Moringa oleifera leaf increases insulin secretion after single dose administration: A preliminary study in healthy subjects (Vol. 99).
Fahey, J. W. (2017) Moringa oleifera: A review of the medicinal potential. In: Vol. 1158. Acta Horticulturae (pp. 209-224).
Falowo, A. B., Mukumbo, F. E., Idamokoro, E. M., Lorenzo, J. M., Afolayan, A. J., & Muchenje, V. (2018). Multi-functional application of Moringa oleifera Lam. in nutrition and animal food products: A review. Food Research International, 106, 317-334. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodres.2017.12.079
Jacob, J., Gopi, S., & Divya, C. (2017). A Randomized Single Dose Parallel Study on Enhancement of Nitric Oxide in Serum and Saliva with the Use of Natural Sports Supplement in Healthy Adults (Vol. 15).
Marcu, M. G. (2017) Moringa oleifera - From plant to (simple) medicine. In: Vol. 1158. Acta Horticulturae (pp. 225-234).
Ray, S. J., Wolf, T. J., & Mowa, C. N. (2017) Moringa oleifera and inflammation: A mini-review of its effects and mechanisms. In: Vol. 1158. Acta Horticulturae (pp. 317-330).
Sandoval, M. A. S., & Jimeno, C. (2013). Effect of malunggay (Moringa oleifera) capsules on lipid and glucose levels (Vol. 47).
Tshingani, K., Donnen, P., Mukumbi, H., Duez, P., & Dramaix-Wilmet, M. (2017). Impact of Moringa oleifera lam. Leaf powder supplementation versus nutritional counseling on the body mass index and immune response of HIV patients on antiretroviral therapy: a single-blind randomized control trial. BMC Complementary and Alternative Medicine, 17, 420. http://doi.org/10.1186/s12906-017-1920-z