top of page

SIRI 26: KAEDAH TERBAIK MENCUCI BUAH DAN SAYURAN DARI RACUN

Updated: 20 Mei 2019

Yang mana satu, pilihan hati,

Air paip, cuka, garam atau soda?


Ketika saya kongsikan berkenaan satu kaedah berkesan membersihkan sisa racun pada sayuran dan buah, ada yang bertanya kaedah apakah yang paling berkesan membersihkan sisa racun.


Ada banyak kajian yang dilakukan terhadap penggunaan sabun pencuci sayuran, garam, air paip, cuka dan soda bikarbonat untuk mencuci sisa racun pada buah dan sayur.


Ada banyak kajian menunjukkan mencuci dengan air bersih diikuti dengan memberus buah dan membersihkan daun dengan teliti selama beberapa minit berjaya membersihkan kebanyakan jenis racun contohnya racun organoklorin dan organofosfat.


Tidak ada perbezaan yang signifikan antara penggunaan garam, larutan alkali, cuka dan sabun dari segi keberkesanan mencuci racun. Kebanyakan racun boleh dicuci dengan kaedah ini.


Kajian terbaru menunjukkan penggunaan soda bikarbonat membersihkan sisa racun dengan lebih baik berbanding air paip. Caranya, campur 1 sudu soda bikarbonat dalam 1 liter air, dan rendam selama 12 minit sebelum bilas sehingga bersih.



Racun ini dia ada tempoh half life, atau jangka hayatnya. Kebanyakan racun akan mula hilang selepas 14 hari. Sebab itu pentingnya amalan perladangan yang baik dan mengelakkan menyembur racun beberapa ketika sebelum hasil dituai. Saya tak tahu berapa lama tempohnya, mungkin rakan-rakan boleh komen di bawah.


Sumber: Radwan et al. (2005)

Adakah terdapat perbezaan antara sayur organik dan tidak organik? Tanaman organik tidak menggunakan kebanyakan racun sintetik dan baja sintetik. Mereka mesti mematuhi amalan perladangan organik. Perladangan organik mesti ada persijilan organik.


Adakah sayur organik bebas racun? Kajian terkini menunjukkan sayur organik yang ditanam di salah satu Tanah Tinggi di Malaysia mengandungi sedikit sisa racun. Ini kerana racun dari tanah ladang tak organik di sekitar ladang organik meresap ke tanah ladang organik tersebut.


Organik atau tidak, sila cuci sayur dan buah anda sebaiknya. Dan pelbagaikan sumber makanan anda.


PS: Air beralkali tidak menghilangkan sepenuhnya racun, tidak signifikan jika dibandingkan dengan air paip diikuti memberus. Sila lihat jadual dibawah. Sodium hydroxide (1%) - sejenis larutan alkali.


Rujukan:


Farina, Y., Munawar, N., Abdullah, M. P., Yaqoob, M., & Nabi, A. (2018). Fate, distribution, and bioconcentration of pesticides impact on the organic farms of Cameron Highlands, Malaysia. Environmental Monitoring and Assessment, 190(7), 386. doi:10.1007/s10661-018-6762-8


Radwan, M. A., Abu-Elamayem, M. M., Shiboob, M. H., & Abdel-Aal, A. (2005). Residual behaviour of profenofos on some field-grown vegetables and its removal using various washing solutions and household processing. Food and Chemical Toxicology, 43(4), 553-557. doi:https://doi.org/10.1016/j.fct.2004.12.009


https://portal.ct.gov/…/Removal-of-Trace-Pesticide-Residues…



2,819 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page