top of page

SIRI 26: PENGGUNAAN UBAT, JAMU, HERBA DAN PERSEDIAAN TRADISIONAL BERASASKAN TUMBUHAN SELAMAT?

Updated: 19 Mei 2019

1. Tumbuhan menghasilkan bahan kimia tersendiri, sebagai satu kaedah kelangsungan dan survival spesis.


2. Terdapat dua jenis sebatian kimia utama dari tumbuhan iaitu metabolit primer dan metabolit sekunder.


3. Metabolit primer terhasil daripada proses asas yang ada pada semua tumbuhan seperti respirasi dan fotosintesis. Contoh metabolit primer adalah asid amino dan karbohidrat.


4. Metabolit sekunder terhasil daripada proses adaptasi dan survival tumbuh-tumbuhan. Ia dihasilkan diripada proses metabolisme sekunder dan berbeza-beza mengikut spesis tumbuhan.


5. Contoh laluan metabolisme sekunder adalah shikimic acid pathway, acetate pathway, dan polyketide pathway.


6. Metabolit sekunder lebih dikenali sebagai sebatian kimia semulajadi. Terdapat beberapa kelas besar sebatian ini seperti flavonoid, asid fenolik, alkaloid, triterpene, steroid dan quinone.



7. Kumpulan besar sebatian kimia semula jadi ini boleh dikelaskan kepada pelbagai jenis kelas lagi mengikut sub struktur sebatian kimia tersebut.


8. Sebatian kimia semulajadi ini berbeza mengikut spesies dan keluarga tumbuhan. Ada sebatian kimia didapati dalam banyak tumbuhan manakala sesetengah sebatian kimia terhad pada spesis tertentu sahaja.


9. Contohnya tumbuhan dari keluarga Lauraceae terkenal dengan jenis alkaloid dari subkelas aporphine. Manakala tumbuhan dari keluarga Rubiaceae terkenal dengan alkaloids dari subkelas quinolines.


10. Sebatian kimia semulajadi atau metabolit sekunder ini yang memberikan kesan pengubatan jika diuji di dalam makmal.


11. Kepekatan sebatian kimia ini di dalam sumber asal boleh jadi terlalu sedikit untuk memberikan kesan seperti dalam kajian makmal atau boleh jadi cukup tinggi dan memberikan kesan sampingan yang buruk jika tidak dipantau.


12. Persediaan tradisional kebiasaannya melibatkan campuran beberapa jenis tumbuhan. Dalam hal ini, selain kandungan sebatian kimia, interaksi antara bahan kimia dari pelbagai jenis tumbuhan juga patut diperhatikan.


13. Botanical drug, atau ubat berasaskan ekstrak tumbuhan telah diiktiraf US FDA sebagai satu kelas ubatan.


14. Untuk mendapat kelulusan US FDA, selain dari data keselamatan kesan toksik dan data keberkesanan dalam kajian ke afas manusia, standardisasi sebatian kimia dalam persediaan tersebut perlu dilakukan.


15. Standardisasi melibatkan protokol kawalan kualiti bermula dari penanaman, penuaian, penyimpanan dan pemprosesan bagi menjamin kandungan sebatian kimia aktif yang konsisten dan dan stabil.


16. Di Malaysia saya biasa membeli dan diberi preskripsi beberapa jenis ubat sediaan tradisional antaranya cofcare dan esberitox.


17. Herba bebas kimia? Fikir dahulu dan semak sebelum beli.


Che Puteh Osman PhD (Natural Product Chemistry)

312 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page