top of page

SIRI 27: TIPS MENCUCI DAN MEMBUNUH SEBAHAGIAN VIRUS DAN BAKTERIA

Updated: 18 Jul 2019


Tahukah anda kaedah yang paling mudah membersihkan tandas dan disinfectant bakteria dan virus adalah dengan menggunakan sodium hipoklorit (NaOCl) dan asid hipoklorit (HOCl). Hampir semua peluntur di pasaran menggunakan bahan aktif ini.


Anda hanya perlu mencampurkan beberapa bahagian air dengan beberapa bahagian peluntur. Mop rumah, cuci mainan kanak-kanak malah cuci bilik air.


Sodium hipoklorit bila dilarutkan dalam air akan menghasilkan ion hipoklorit OCl-. OCl- merupakan agen pengoksidaan yang kuat dan dilaporkan bertindak terhadap pelbagai molekul biologi seperti protein, asid amino, peptide, lipids dan DNA. OCl- adalah elektrofil yang kuat, iaitu spesis ion negatif yang akan mencari sumber positif. Protein dll mempunyai ikatan berganda C=C dan mempunyai cas positif. Ion OCl- akan memusnahkan ikatan berganda dan menyebabkan integriti protein dll musnah.



Ion hipoklorit bertindak sebagai anti kuman dengan mengganggu fungsi enzim kuman, memusnahkan dinding sel dan DNA. Ada sesetengah kuman membina immunitI terhadap ion hipoklorit dengan membina dinding sel yang lebih tebal.


Keburukan menggunakan peluntur jika terkena tangan adalah iritasi pada kulit. Pada pengidap asma, menghidu bau klorin (bahan sampingan yang terhasil akibat tindakbalas antara ion hipoklorit dengan protein, kuman dll) boleh mencetus serangan asma. Jika anda alahan kepada bau pewangi, sabun pencuci yang kuat, elakkan mencuci menggunakan peluntur dalam bilik tertutup. Minta bantuan pasangan atau ahli keluarga anda.


Awas ‼️

Jika anda tidak mencairkan peluntur, mencampur peluntur dengan pelbagai jenis pencuci dan menutup pintu (tiada pengudaraan yang baik), anda berisiko mendapat keracunan gas klorin.


Rujukan


Fukuzaki, S. (2006). Mechanism of Action of Sodium Hypochlorite in Cleaning and Disinfectant Process. Biocontrol science. 11(4): 147-157

883 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page