top of page

SIRI 31:UBI YAKON (Smallanthus sonchifolius) PENAWAR ALTERNATIF KEPADA PENYAKIT DIABETES?

Updated: 19 Mei 2019

1. Ubi yakon atau nama saintifiknya Smallanthus sonchifolius, merupakan ahli keluarga Asteraceae. Ia juga dikenali sebagai yakun atau yacon. Ia digunakan secara tradisi di pelbagai negara sebagai rawatan alternatif kepada penyakit diabetes. Ia sering dimakan mentah kerana rasanya yang manis dan mempunyai rasa seakan-akan epal.


Imej dari Wikimedia Commons


2. Ubi yakon dengan karbohidrat, mineral, protein dan serat. Ubi yakon kaya dengan inulin dan fruktooligosakarida (FOS) yang merangsang penyerapan mineral kalsium dan magnesium.


Imej dari Wiki Commons


3. Sebatian kimia semulajadi di dalam pokok yakon:

  • Germacranolide-type sesquiterpene lactones dari bahagian aerial pokok yakon

  • Enhydrin, asid klorigenik dan sesquiterpene lactone dari daun yakon

4. Terdapat pelbagai laporan kajian potensi merawat diabetes dan kolesterol tinggi ekstrak ubi yakon di dalam piring petri dan ke atas model haiwan. Secara umumnya, ekstrak daun ubi yakon menggunakan pelbagai pelarut menunjukkan kesan penurunan gula dalam darah tikus. Antaranya:


Pemberian ekstrak ubi yakon sebanyak 200mg bagi setiap kg berat tikus yang mengidap diabetes selama 6 minggu menunjukkan kesan penurunan paras gula dalam darah yang signifikan berbanding kumpulan yang tidak diberikan rawatan.Penyelidik mendapati asid klorigenik merupakan sebatian kimia utama di dalam ekstrak tersebut.

Kajian kesan paras gula dalam tikus mengidap diabetes dilakukan dengan rawatan ekstrak daun yakon menggunakan pelarut metanol, yang kemudiannya difraksikan menggunakan butanol dan etil asetat selama 60 hari. Ekstrak metanol memberikan kesan penurunan paras gula pada dos 50 mg/kg berat badan manakala fraksi butanol memberikan kesan pada dos lebih rendah iaitu 10 mg/kg berat badan. Manakala ekstrak kloroform menurunkan paras gula pada 20 mg/kg berat badan.Pemurnian sebatin kimia dari fraksi butanol memerikan sebatian kimia asid klorogenik.

5. Di dalam satu kajian kepada 58 pesakit diabetes jenis II, separuh subjek diberikan 100g yakon sehari manakala pesakit yang lain diberikan aroid. Tiada perbezaan signifikan paras glukosa dalam darah berbanding kumpulan yang diberikan aroid.


6. Kajian kesan toksik penggunaan ubi yakon ke atas tikus:


Kajian kesan toksik akut ke atas enhydrin, bahan aktif daun yakon mendapati dos maksimum 14 g enhydrin atau 10% enhydrin dan air rebusan ubi yakon bagi setiap kg berat tikus tidak memberikan kesan toksik akut. Kajian kesan toksik subkronik selama 90 hari pada dos maksimum 8mg enhydrin bagi setiap kg berat tikus dan 0.28 g bagi 10% ekstrak air ubi yakon tidak memberikan kesan toksik subkronik.


Di dalam kajian yang lain, pemberian ekstrak air daun yakon dan ekstrak daun yakon memberikan kesan toksik kepada buah pinggang pada dos masing-masing 100 mg bagi setiap kg berat tikus. Analisa sebatian kimia menunjukkan ekstrak air ubi yakon mengandungi asid klorigenik sebagai sebatian kimia utama manakala ekstrak daun mengandungi sesquiterpene lactones sebagai sebatian kimia utama. Sesquiterpenes lactones juga hadir dalam ekstrak ubi yakon pada kuantiti yang kecil berbanding asid klorigenik.


7. Kesimpulannya, ekstrak daun yakon berpotensi merawat diabetes melalui pelbagai mekanisme bergantung cara daun tersebut diekstrak. Kaedah pengekstrakan berlainan memberikan sebatian kimia aktif yang berbeza. Antara sebatian kimia yang memberikan kesan merawat diabetes adalah enhydrin, asid klorigenik dan sesquiterpenes lactone. Walau bagaimanapun, sesquiterpenes lactone dan asid klorigenik memberikan kesan toksik pada buah pinggang.


8. Oleh itu, pesakit hendaklah berhati-hati jika ingin mencuba sebarang petua dan hendaklah mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu. Pokok yakon berpotensi untuk dikembangkan sebagai ubat diabetes namun kajian lanjutan mash diperlukan bagi menentukan dos selamat.

Sekian, semoga bermanfaat.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:


Barcellona, C. S., Cabrera, W. M., Honoré, S. M., Mercado, M. I., Sánchez, S. S., & Genta, S. B. (2012). Safety assessment of aqueous extract from leaf Smallanthus sonchifolius and its main active lactone, enhydrin. Journal of Ethnopharmacology, 144(2), 362-370. doi:10.1016/j.jep.2012.09.021


De Oliveira, R. B., De Paula, D. A. C., Rocha, B. A., Franco, J. J., Gobbo-Neto, L., Uyemura, S. A., . . . Da Costa, F. B. (2011). Renal toxicity caused by oral use of medicinal plants: The yacon example. Journal of Ethnopharmacology, 133(2), 434-441. doi:10.1016/j.jep.2010.10.019


Park, J. S., Yang, J. S., Hwang, B. Y., Yoo, B. K., & Han, K. (2009). Hypoglycemic effect of Yacon tuber extract and its constituent, chlorogenic acid, in streptozotocin-induced diabetic rats. Biomolecules and Therapeutics, 17(3), 256-262. doi:10.4062/biomolther.2009.17.3.256


Ran, X. K., Win Aung, K. K., Bai, J., Dou, P. Y., Zeng, Z., & Dou, D. Q. (2017). Two new sesquiterpene lactones from leaves of yacon, Smallanthus sonchifolius. Journal of Asian Natural Products Research, 1-7. doi:10.1080/10286020.2017.1411346


Saeed, M., Yatao, X., Rehman, Z. U., Arain, M. A., Soomro, R. N., Abd El-Hack, M. E., . . . Chao, S. (2017). Nutritional and healthical aspects of yacon (Smallanthus sonchifolius) for human, animals and poultry. International Journal of Pharmacology, 13(4), 361-369. doi:10.3923/ijp.2017.361.369


Satoh, H., Audrey Nguyen, M. T., Kudoh, A., & Watanabe, T. (2013). Yacon diet (Smallanthus sonchifolius, Asteraceae) improves hepatic insulin resistance via reducing Trb3 expression in Zucker fa/fa rats. Nutrition and Diabetes, 3(MAY). doi:10.1038/nutd.2013.11


Satoh, H., Kudoh, A., Hasegawa, K., Hirai, H., & Watanabe, T. (2013). Yacon supplementation reduces serum free fatty acids and tumor necrosis factor alpha concentrations in patients with type 2 diabetes. Diabetology International, 5(3), 165-174. doi:10.1007/s13340-013-0150-y


Ulloa, J. L., Spina, R., Casasco, A., Petray, P. B., Martino, V., Sosa, M. A., . . . Muschietti, L. V. (2017). Germacranolide-type sesquiterpene lactones from Smallanthus sonchifolius with promising activity against Leishmania mexicana and Trypanosoma cruzi. Parasites and Vectors, 10(1). doi:10.1186/s13071-017-2509-6

1,100 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page