SIRI 32: LABU KAYU PENAWAR DARAH TINGGI DAN KANSER?
Updated: 19 Mei 2019
1. Labu kayu atau nama saintifiknya Crescentia cujeta merupakan ahli keluarga Bignioceae (terima kasih kepada Dr Shamsul Khamis, ahli botani dari UPM atas pengenalpastian spesies). Ia juga dikenali sebagai tumbuhan majapahit. Pokokini berasal dari Amerika Tengah. Ia disebarkan di kawasan tropika seluruh dunia termasuk Afrika dan Asia

Crescentia cujeta (imej dari Wiki Commons)
2. Hasil pertanyaan di pak cik google saya terkeliru nama saintifik sebenar labu kayu. Antara nama yang muncul adalah Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch (Rubiaceae) dan Aegle marmelos (Rutaceae). Rupa pokok ini seakan-akan sama tetapi dari keluarga berbeza dan sebatian kimia aktif berbeza. Sudah tentu kegunaan tradisionalnya juga berbeza. Jadi, inilah pentingnya menyerahkan urusan kepada ahlinya, iaitu ahli botani/ahli taksonomi tumbuhan yang berkepakaran mengenalpasti tumbuhan.
2. Cinchona succirubra misalannya mengandungi sebatian kimia quinine, sebatian kimia pertama yang dipisahkan dari tumbuhan pada tahun 1630-an Suatu masa dahulu ia merupakan ubat penting merawat malaria. Hari ini quinine tidak lagi digunakan merawat malaria. Sebatian chloroquine, sebatian kimia yang dimodifikasi daripada quinine. Ia tidak lagi digunakan sebagai rawatan standard ke atas jangkitan malaria yang paling ganas iaitu Plasmodium falciparum.
3. Selain itu, Cinchona succirubra juga digunakan secara tradisi merawat kanser, masalah jantung, penghadaman dan lain-lain. Terdapat beberapa laporan kajian peringkat awal terhadap potensi pokok Cinchona succirubra sebagai antikanser, Pokok Cinchona kaya dengan Cinchona alkaloids.
4. Berbalik kepada pokok labu kayu, sepanjang pencarian penulis, hanya kajian terhadap sebatian kimia semulajadi dan saringan aktiviti biologi sahaja yang pernah dilakukan. Dakwaan bahawa buah labu kayu boleh mengubati penyakit darah tinggi, kanser masih belum terbukti secara saintifik.
5. Buah labu kayu mengandungi sebatian kimia dari kelas iridoids dan iridioids glycosides, kulit kayu labu kayu mengandungi furanonaohtaquinones.
6. Ektrak daun dan kulit batang pokok menunjukkam aktiviti yang baik dalam saringan antibakteria terhadap S. aureas dan E. coli. Ekstrak ini kaya dengan sebatian flavonoids dan sebatian fenolik. Ekstrak daun labu kayu menunjukkan sifat antioksidan.
7.Kesimpulannya, tiada kajian mahupun penggunaan tradisi buah labu kayu berpotensi merawat kanser mahupun darah tinggi. Dakwaan dibuat kemungkinan kekeliruan masyarakat antara spesis Crescentia cujeta dan Cinchona succirubra.
Sekian, semoga bermanfaat
Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)