SIRI 32: THEOPHYLLINE, UBAT ASMA DARI DAUN TEH.
Updated: 11 Feb 2020
Tahukah anda daun teh dan biji koko mengandungi antara 1-2 mg theophylline bagi setiap gram daun teh dan serbuk koko?
Theophylline adalah antara agen bronkodilator yang paling awal digunakan. Hari ini theophylline tidak lagi digunakan sebagai rawatan pertama untuk asma.

Boleh ke minum teh saja bagi menggantikan rawatan asma? Dalam setiap pil theophylline mengandungi 250 mg theophylline. Untuk membolehkan kesan yang sama seperti pil theophylline anda perlu memakan 250g serbuk teh. Ibarat anda perlu makan satu pek besar serbuk teh hitam yang dijual di kedai setiap kali anda memerlukan theophylline.

Tahukah anda badan kita menukar sebahagian caffeine yang kita ambil kepada theophylline? Ini kerana theophylline dan caffeine mempunyai struktur kimia yang sama dan hanya berbeza pada kumpulan penukarganti metil. Kedua-dua bahan kimia ini berada dalam kumpulan metilxanthines.
Sebab itu sesetengah orang yang sedang mengalami simptom asma terasa lebih selesa setelah minum secangkir kopi.
Kopi pun ada sains, beb.
PS: Teh hitam mengandungi theophylline dan caffeine yang lebih tinggi berbanding jenis teh lain.
Rujukan:
Horžić, D., Komes, D., Belščak, A., Ganić, K. K., Iveković, D., & Karlović, D. (2009). The composition of polyphenols and methylxanthines in teas and herbal infusions. Food Chemistry, 115(2), 441-448. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2008.12.022
May, C. D. (1974), History of the introduction of theophylline into the treatment of asthma. Clinical & Experimental Allergy, 4: 211-217. doi:10.1111/j.1365-2222.1974.tb01377.x