top of page

SIRI 33: POKOK RERAMA (Christia vespertilionis), PENAWAR KANSER?

Updated: 19 Mei 2019

1. Pokok rerama atau nama saintifiknya Christia vespertilionis, merupakan ahli keluarga Fabaceae. Terdapat dua variasi warna pokok rerama, variasi berwarna hijau dan merah. Ia digunakan secara tradisi bagi merawat patah tulang dan jangkitan tuberculosis. Ia juga digunakan bagi merawat bronchitis dan bengkak tonsil, sakit badan dan membaiki perjalanan darah.


Imej Pokok Rerama Merah dari Wiki Commons

2. Pencarian jurnal penyelidikan asal menggunakan kata kunci Christia vespertilionis memberikan kurang dari 10 artikel penyelidikan. Kajian terhadap pokok rerama terlalu sedikit dan masih di peringkat penemuan.


3. Pokok rerama mengandungi sebatian kimia semulajadi seperti isoquinoline alkaloids, terpenes, fatty acids dan asid fenolik.


4. Potensi ekstrak rerama terhadap kanser disaring terhadap tumor menggunakan model tikus. Selain itu, ia juga disaring terhadap sel kanser thyroid dan sel tumor neuroendocrine di usus kecil. Ekstrak pokok rerama menggunakan pelarut organik menunjukkan potensi untuk kajian lebih mendalam.


5. Ekstrak pokok rerama menggunakan pelarut etil asetat menunjukkan aktiviti antiproliferatif dan mencetus kematian sel kanser di dalam kajian piring petri. Selain itu, ia menunjukkan selektiviti yang tinggi, iaitu kecenderungan ekstrak membunuh sel kanser banding sel normal.


6. Selain itu, ekstrak rerama juga diuji akan potensinya membunuh Plasmodium falciparum, iaitu sejenis protozoa yang menyebabkan jangkitan malaria. Ekstrak air daun rerama menunjukkan aktiviti sederhana, dan pemurnian sebatian kimia dari ekstrak air tersebut menghasilkan sebatian kimia naphthalene dan fatty acid ester yang menunjukkan aktiviti yang sederhana terhadap Plasmodium falciparum.


7. Kesimpulannya, masih terlalu awal untuk menyimpulkan daun rerama mampu merawat kanser. Sehingga kini, kajian masih terlalu sedikit dan terlalu awal untuk mencapai kata putus ia mampu menggantikan rawatan sedia ada. Di samping itu, masih belum ada kajian kesan toksik pokok rerama. Kajian ini penting bagi menentukan dos selamat di samping mengkaji kesan penggunaan ekstrak rerama terhadap hati, buah pinggang, kesan ke bayi dalam kandungan di samping kesan toksik kepada sel neuron.


Ubat kemoterapi yang penting ditemui dalam Cantharanthus roseus

8. Pembangunan ekstrak rerama atau sebatian kimia aktif di dalamnya kepada kemoterapi akan memakan masa yang panjang. Ini bagi menjamin keselamatan dan keberkesanan penggunaannya. Ubat kemoterapi sedia ada seperti vinca alkaloid, vincristine, vinblastine dan vindesine, telah melalui tempoh kajian yang panjang dari pokok (Catharanthus roseus) sampailah kepada pesakit.


9. Jangan pula bila ia menjadi ubat kemoterapi, ia dianggap agenda yahudi pulak ye!


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan


Bunawan, H.; Bunawan, S. N.; Baharum, S. N., The red butterfly wing (Christia vespertilionis): A promising cancer cure in Malaysia. International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences, 2015, 7, 5.


Dash, G. K., An appraisal of Christia vespertilionis (L. F.) bakh. F.: A promising medicinal plant. International Journal of Pharmacognosy and Phytochemical Research, 2016, 8, 1037-1039.


Hofer, D.; Schwach, G.; Tabrizi-Wizsy, N. G.; Sadjak, A.; Sturm, S.; Stuppner, H.; Pfragner, R., Christia vespertilionis plant extracts as novel antiproliferative agent against human neuroendocrine tumor cells. Oncology Reports, 2013, 29, 2219-2226.


Upadhyay, H. C.; Sisodia, B. S.; Cheema, H. S.; Agrawal, J.; Pal, A.; Darokar, M. P.; Srivastava, S. K., Novel antiplasmodial agents from christia vespertilionis. Natural Product Communications, 2013, 8, 1591-1594.





393 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page