top of page

SIRI 34: CURCULIN DARI POKOK LEMBA (Curculigo latifolia) MENGUBAH RASA MASAM KEPADA MANIS

Updated: 19 Mei 2019

Pokok pinang puyuh atau lemba, dikenali secara saintifik sebagai Molineria latifolia (Dryand. ex W.T.Aiton) Herb. ex Kurz atau dahulunya dikenali sebagai Curculigo latifolia. Ia mengandungi sejenis protein bernama curculin, yang mengikat membrane reseptor rasa manis, dan mengubahsuai rasa yang kita rasai.



Curculin merupakan pemanis yang sangat kuat, beberapa ratus kali ganda lebih kuat dari rasa manis gula putih atau sukrosa.


Apabila curculin diletakkan di lidah, jika dimakan bersama air kosong atau buah masam, kita akan rasa manis disebabkan curculin mengikat reseptor rasa.


Rasa manis akan berkekalan selama 5 min jika diambil dengan air masak dan 10 minit jika diambil bersama makanan berasid.


Namun, keberkesanan curculin berkurang dengan kehadiran garam kalsium (kalsium klorida) atau garam dapur (natrium klorida) dalam pH normal contohnya air kosong.


Menariknya, kehadiran garam ini tidak menjejaskan keberkesanan curculin jika dimakan bersama makanan dengan pH rendah contohnya buah oren yang mengandungi asid sitrik.


Selain curculin, penyelidik juga menemui peptida neoculin, yang mempunyai aktiviti mengubah rasa, sama seperti curculin dari buah pinang puyuh.


Bagaimana pula dengan penggunaan tradisional pokok lemba bagi merawat penyakit?


Sehingga kini kajian mengenai potensi perubatan pokok pinang puyuh hanyalah pada peringkat piring petri dan ke atas tikus sahaja. Masih belum ada ekstrak standard ataupun bahan aktif dari pokok pinang puyuh yang melalui kajian klinikal ke atas manusia.


Manusia bukan tikus.


Jangan tinggalkan rawatan semata-mata hendak mencuba rawatan herba.


PS: Tahukah anda buah ajaib (Synsepalum dulcificum) juga mengandungi glikoprotein, yang dikenali sebagai miraculin, yang mengubahsuai rasa masam kepada manis. Tetapi, berbeza dengan curculin, miraculin tidak rasa manis, dan tidak menyebabkan rasa manis jika diambil bersama makanan atau minuman pada pH 7 atau neutral. Kesannya lebih lama sehingga sejam, atau sehingga air liur anda berjaya menyingkirkan miraculin.



Rujukan :


1. Yamashita H, Akabane T, Kurihara Y (April 1995). "Activity and stability of a new sweet protein with taste-modifying action, curculin". Chemical Senses. 20 (2): 239–43. doi:10.1093/chemse/20.2.239. PMID 7583017.


2. Kurihara Y (1992). "Characteristics of antisweet substances, sweet proteins, and sweetness-inducing proteins". Critical Reviews in Food Science and Nutrition. 32 (3): 231–52. doi:10.1080/10408399209527598. PMID 1418601.

372 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page