top of page

SIRI 34: POKOK MULBERI (Morus alba) MERAWAT DIABETES DAN KOLESTEROL TINGGI?

Updated: 19 Mei 2019

1. Pokok mulberi atau nama saintifiknya Morus alba, merupakan ahli keluarga Moraceae. Morus alba merujuk kepada mulberi putih, berbeza dengan mulberi hitam (nama saintifik Morus nigra) atau mulberi merah (nama saintifik Morus rubra).


Mulberi Putih (Morus alba)

2. Semua bahagian pokok Mulberi putih atau Morus alba digunakan dalam Traditional Chinese Medicine dan direkodkan dalam Chinese Pharmacopeia untuk pelbagai masalah kesihatan. Daun pokok mulberi digunakan dalam pelbagai tradisi bagi merawat diabetes.


3. Pokok mulberi kaya dengan sebatian kimia termasuk alkaloid, flavonoids, stilbenes dan polisakarida. Antara sebatian kimia yang dimurnikan dari ekstrak pokok mulberi yang menunjukkan potensi merawat diabetes di dalam piring petri dan model haiwan adalah 1-deoxynorjirimycin yang banyak didapati dalam daun mulberi. 1-Deoxynorjirimycin mengurangkan paras gula dalam darah dengan menghalang aktiviti enzim alpha-glucosidase, sejenis enzim mencerna yang disakarida kepada glukosa di dalam usus kecil.


Struktur kimia 1-deoxynorjirimycin

4. 1-Deoxynojirimycin mengurangkan paras gula dalam darah dengan menghalang aktiviti enzim alpha-glucosidase, sejenis enzim mencerna disakarida kepada glukosa di dalam usus kecil. Struktur kimia 1-deoxynojirimycin seakan-akan glukosa, menyebabkan sebatian ini mengikat enzim alpha glucosidase di usus kecil dan tidak mencerna karbohidrat di usus kecil. Ubat yang merencat alpha glucosidase boleh menyebabkan gangguan gastrointestinal.


5. Menurut satu kajian analisa kandungan 1-deoxynojirimycin dalam pelbagai jenis pokok mulberi, kandungan 1-deoxynorijimycin dalam daun mulberi adalah 0.1341-1.46 mg bagi setiap g berat daun mulberi.


6.Nilai IC50 bagi 1-deoxynojirimycin menghalang aktiviti enzim alpha-glucosidase adalah sekitar 0.7 µM. Bagi seorang dewasa yang mempunya darah 5L, sebanyak 0.6 g 1-deoxynorjirimycin diperlukan. Ini bermaksud sekitar 6-12 g daun mulberi diperlukan.4. Menurut satu kajian analisa kandungan 1-deoxynorjirimycin dalam pelbagai jenis pokok mulberi, kandungan 1-deoxynorijimycin dalam daun mulberi adalah 0.1341-1.46 mg bagi setiap g berat daun mulberi. Nilai IC50 bagi 1-deoxynojirimycin menghalang aktiviti enzim alpha-glucosidase adalah sekitar 0.7 µM.


7. Dalam kajian terbaru pada tahun 2018 terhadap model tikus, tiada kesan toksik diperhatikan pada pemberian ekstrak daun mulberi pada dos tertinggi iaitu masing-masing pada 15g bagi setiap kg berat tikus dalam kajian kesan toksik akut dan 7.5 g bagi setiap kg berat tikus dalam kajian kesan toksik subkronik. Tiada kesan genotoksik diperhatikan dalam kajian tersebut.


8. Dalam satu kajian meta analysis terhadap 13 kajian klinikal ke atas manusia membabitkan 436 subjek manusia mendapati, pengambilan ekstrak daun mulberi tidak memberikan kesan signifikan terhadap fasting blood sugar (FBS) dan HbA1c berbanding kumpulan yang tidak mengambil daun mulberi.


9. Terdapat kesan berbeza-beza terhadap kandungan gula postpradial, PPG iaitu selepas 60, 90 dan 120 minit pengambilan ekstrak daun mulberi. Kesan berbeza ini mungkin disebabkan dos yang berbeza yang digunakan dalam kajian tersebut.


10. Selain itu, penyelidik mendapati pengambilan daun mulberi TIDAK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL di dalam darah secara signifikan berbanding kumpulan yang tidak mengambil ekstrak daun mulberi.


11. Kesimpulannya, daun mulberi berpotensi menurunkan bacaan gula postprandial dan ia didapati tidak memberikan kesan toksik kepada subjek kajian tikus. Namun begitu, penulis ingin mengingatkan pembaca supaya tidak meninggalkan rawatan sedia ada. Ini kerana 1-deoxynorjirimycin dalam daun mulberi mengurangkan gula dengan menghambat aktiviti enzim alpha-glukosidase.


12. Gejala penyakit diabetes boleh disebabkan pelbagai faktor, terutama kerintangan insulin di kalangan pesakit diabetes jenis kedua. Antara rawatan bagi kerintangan insulin adalah metformin.


13. Pesakit diabetes hendaklah mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum bercadang mengambil makanan terproses berasaskan daun mulberi. Ini bagi mengelakkan gelaja hypoglycemia iaitu kandungan gula dalam darah yang sangat rendah yang boleh mengakibat kesan kesihatan yang serius.


Sekian sahaja, semoga bermanfaat.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan.


He, X., Fang, J., Ruan, Y., Wang, X., Sun, Y., Wu, N., . . . Huang, L. (2018). Structures, bioactivities and future prospective of polysaccharides from Morus alba (white mulberry): A review. Food Chemistry, 245, 899-910. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2017.11.084


Hunyadi, A., Veres, K., Danko, B., Kele, Z., Weber, E., Hetenyi, A., . . . Hsieh, T. J. (2013). In vitro Anti‐diabetic Activity and Chemical Characterization of an Apolar Fraction of Morus alba Leaf Water Extract. Phytotherapy Research, 27(6), 847-851. doi:doi:10.1002/ptr.4803


Hussain, F., Rana, Z., Shafique, H., Malik, A., & Hussain, Z. (2017). Phytopharmacological potential of different species of Morus alba and their bioactive phytochemicals: A review. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine, 7(10), 950-956. doi:https://doi.org/10.1016/j.apjtb.2017.09.015


Hu, X.-Q., Jiang, L., Zhang, J.-G., Deng, W., Wang, H.-L., & Wei, Z.-J. (2013). Quantitative determination of 1-deoxynojirimycin in mulberry leaves from 132 varieties. Industrial Crops and Products, 49, 782-784. doi:https://doi.org/10.1016/j.indcrop.2013.06.030


Li, Y., Zhang, X., Liang, C., Hu, J., & Yu, Z. (2018). Safety evaluation of mulberry leaf extract: Acute, subacute toxicity and genotoxicity studies. Regulatory Toxicology and Pharmacology, 95, 220-226. doi:10.1016/j.yrtph.2018.03.007


Matsumoto, K., Takemata, K., Takayama, K., Abesundara, K. J. M., Matsui, T., & Katayama, H. (2002). A Novel Method for the Assay of <i>&alpha;</i>-Glucosidase Inhibitory Activity Using a Multi-channel Oxygen Sensor. Analytical Sciences, 18(12), 1315-1319. doi:10.2116/analsci.18.1315


Yoshihashi, T., Do, H. T. T., Tungtrakul, P., Boonbumrung, S., & Yamaki, K. (2010). Simple, selective, and rapid quantification of 1-deoxynojirimycin in mulberry leaf products by high-performance anion-exchange chromatography with pulsed amperometric detection. Journal of Food Science, 75(3), C246-C250. doi:10.1111/j.1750-3841.2010.01528.x

431 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page