top of page

SIRI 35: BAWANG DAYAK (Eleutherine bulbosa), MEMPUNYAI KHASIAT PERUBATAN?

Updated: 19 Mei 2019

1. Bawang Dayak atau nama saintifiknya Eleutherine bulbosa merupakah ahli keluarga Iridaceae. Ia tumbuh di kawasan tropika. Ia digunakan secara tradisi untuk mengubati kanser payudara, tekanan darah tinggi, merendahkan paras gula dan kolesterol dalam darah, angin ahmar dan sakit abdomen selepas bersalin.


Imej dari Wiki Commons

2. Daun bawang Dayak mengandungi sebagtian kimia dari kelas xanthones seperti mangiferin manakala bawangnya mengandungi naphthoquinones seperti eleutherinone, eleutherol, eleutherine dan isoeletherin.


3. Setakat pencarian penulis, tidak banyak laporan kajian tentang bawang Dayak. Terdapat beberapa kajian saringan potensi bawang Dayak sebagai antibacterial dan antifungal. Ekstrak pelarut organic bawang Dayak menunjukkan antiviti antibakteria dan antifungi yang baik.


Imej dari Wiki Commons

4. Selain itu, terdapat dua kajian terhadap model tikus akan kesan penggunaan bawang dayak terhadap tikus yang menopause. Pemberian bawang dayang tidak menunjukkan kesan ameliorative symptom menopause. Di dalam kajian yang lain, pemberian bawang Dayak meningkatkan kandungan kalsium dan ketumpatan tulang tikus.


5. Kesimpulannya, dakwaan perubatan bawang Dayak masih belum dikaji sepenuhnya. Ia masih dikaji pada peringkat penemuan dan tidak boleh digunakan menggantikan perubatan moden untuk apa sahaja tujuan perubatan.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemisrty)

Rujukan


Alves, T. M. A., Kloos, H., & Zani, C. L. (2003). Eleutherinone, a Novel Fungitoxic Naphthoquinone from Eleutherine bulbosa (Iridaceae). Memorias do Instituto Oswaldo Cruz, 98(5), 709-712. doi:10.1590/S0074-02762003000500021


Bianchi, C., & Ceriotti, G. (1975). Chemical and pharmacological investigations of constituents of Eleutherine bulbosa (Miller) Urb. (Iridaceae). Journal of Pharmaceutical Sciences, 64(8), 1305-1308. doi:10.1002/jps.2600640809


Gallo, F. R., Palazzino, G., Federici, E., Iurilli, R., Galeffi, C., Chifundera, K., & Nicoletti, M. (2010). Polyketides from Eleutherine bulbosa. Natural Product Research, 24(16), 1578-1586. doi:10.1080/14786419.2010.500007


Ha, L. M., Huyen, D. T. T., Kiem, P. V., Minh, C. V., Van, N. T. H., Nhiem, N. X., . . . Kim, Y. H. (2013). Chemical constituents of the rhizome of eleutherine bulbosa and their inhibitory effect on the pro-inflammatory cytokines production in lipopolysaccharide -stimulated bone marrow-derived dendritic cells. Bulletin of the Korean Chemical Society, 34(2), 633-636. doi:10.5012/bkcs.2013.34.2


Padhi, L., & Panda, S. K. (2015). Antibacterial activity of Eleutherine bulbosa against multidrug-resistant bacteria. Journal of Acute Medicine, 5(3), 53-61. doi:10.1016/j.jacme.2015.05.004


Purnamasari, A., & Bahtiar, A. (2018). Effect of dayak onion (Eleutherine bulbosa (mill.) urb) on uterine wall and lipid profiles of ovariectomized rat. OnLine Journal of Biological Sciences, 18(1), 1-6. doi:10.3844/ojbsci.2018.1.6

181 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page