top of page
  • Writer's pictureDr Che Puteh Osman

SIRI 35: NIKOTIN DALAM TOMATO, KENTANG DAN TERUNG

Nikotin wujud secara semulajadi dalam daun tembakau (Nicotiana tabacum) dari keluarga Solanaceae. Daun tembakau menghasilkan nikotin sekitar 1-3% bergantung jenis tembakau. Tumbuhan dalam keluarga Solanaceae atau nightshades family contohnya terung, tomato dan kentang juga menghasilkan nikotin.



Nikotin adalah sejenis alkaloid, dimana tumbuhan menghasilkannya untuk menghalang haiwan herbivor dari mendekati tumbuhan. Disebabkan ini, nikotin pernah digunakan sebagai racun serangga perosak.


Wajarkah kita menguatkuasakan Akta Kawalan Tembakau ke atas terung, tomato dan kentang kerana sayur ini juga mengandungi nikotin? Mari kita lihat kandungan nikotin dalam sayuran ini.


Dalam terung terdapat sekitar 0.01 mg

nikotin per kg. Dalam tomato ada sekitar 0.008 mg nikotin per kg. Dalam kentang terdapat sekitar 0.01 mg nikotin per kg.



Berapa banyak nikotin dalam daun tembakau?


Terdapat sekitar 1-2% nikotin bagi dalam daun tembakau, iaitu sekitar 10,000-20,000 miligram bagi setiap kilogram daun tembakau.


Pada kepekatan berapakah nikotin boleh menyebabkan ketagihan?


Kajian terdahulu melaporkan kandungan nikotin dalam darah seorang perokok tegar adalah sekitar 0.3 mikrogram per mililiter (berdasarkan bahan bacaan cotinine, produk metabolisme nikotin di hati). Darah manusia dewasa adalah sekitar 5.5 liter bersamaan dengan 5500 mililiter. Jumlah kandungan nikotin dalam darah perokok tegar adalah sekitar 1.65 mg mikrogram cotinine pada satu-satu masa.


Kandungan nikotin melebihi 5 mg boleh menyebabkan ketagihan. Mengambil kira faktor bioavailbiliti nikotin adalah 12%, dan sebatang rokok mengandungi 8-9 mg nikotin, pengambilan melebihi 4-5 batang rokok menyebabkan ketagihan.


Katakan sebiji tomato dan kentang beratnya adalah 200 g, maka dalam sebiji tomato terdapat 0.016-0.02 mg nikotin. Bioavailabiliti nikotin adalah 12%, maka dari pemakanan sebiji buah tomato, terdapat sekitar 0.002 mg nikotin dalam darah.


Jadi, dari nikotin dari sumber manakah yang boleh menyebabkan ketagihan?


Rujukan:


Barbara Siegmund, Erich Leitner, Werner Pfannhauser (1999). Development of a simple sample preparation technique for gas chromatographic–mass spectrometric determination of nicotine in edible nightshades (Solanaceae), Journal of Chromatography A,840 (2), 249-260.


Benowitz N.L., Hukkanen J., Jacob P. (2009) Nicotine Chemistry, Metabolism, Kinetics and Biomarkers. In: Henningfield J.E., London E.D., Pogun S. (eds) Nicotine Psychopharmacology. Handbook of Experimental Pharmacology, vol 192. Springer, Berlin, Heidelberg


Neal L. Benowitz, and Jack E. Henningfield (1994). Establishing a Nicotine Threshold for Addiction - The Implications for Tobacco Regulation. The New England J of Med., 331, 123-125

412 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page