top of page

SIRI 38: INAI DAN KHASIAT PERUBATAN: ANTARA MITOS DAN REALITI

Updated: 19 Mei 2019

1. Inai atau nama saintifiknya Lawsonia inermis, merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga Lythraceae. Daun inai atau henna, sering digunakan sebagai pewarna kuku dan hiasan di tangan. Warna merah daun inai disebabkan kehadiran sebatian kimia asid hennotannik.


Imej dari Wikimedia Commons

2. Pokok inai kaya dengan sebatian kimia dari jenis flavonoids [1] flavonoids glycosides [7] benzonoid [8], sebatian fenolik, xanthones, napthalenes, naphtaquinones, lignans, terpenes, sterols, tannins dan alkaloids [9].


3. Ia digunakan secara tradisi untuk merawat masalah rambut dan kulit kepala [6], digunakan sebagai teh pahit untuk masalah perut dan usus, untuk sakit kepala dan demam, disediakan dalam bentuk pes untuk merawat kurap atau kurap kuku, melegakan geseran kulit, melegakan kulit kering dan menghalang pembentukan lepuh kulit [9]


4. Di dalam kosmetik, ia digunakan untuk melebatkan rambut, pewarna kuku, dan perapi, dan untuk hiasan di kulit. Ia juga digunakan sebagai pewarna coklat untuk kapas, bulu, dan sutera [9]. Terdapat pelbagai kegunaan henna mengikut negara.



Imrj dari Badoni Semwal, R., Semwal, D. K., Combrinck, S., Cartwright-Jones, C., & Viljoen, A. (2014). Lawsonia inermis L. (henna): Ethnobotanical, phytochemical and pharmacological aspects. Journal of Ethnopharmacology, 155(1), 80-103

KEBAIKAN DAUN INAI


5. Ekstrak daun inai di dapati merencat pertumbuhan parasit malaria [2], anti-inflammatory [1], penyembuhan luka di dalam ujian ke atas tikus [3], peningkatan memori dengan meningkatkan neuro transmisi kolinergik ke atas tikus [4], antileishmania [5], antioksidan, antikanser, antibakteria, antidiabetic, dan lain-lain [9] di dalam kajian piring petri dan haiwan.


6. Penggunaan tradisi masyarakat melayu menggunakan daun inai terhadap luka kecil dapat dilihat dari hasil kajian kemampuan daun inai menyembuhkan luka [3]. Namun begitu, kajian menunjukkan kandungan sebatian kimia dalam inai boleh memberikan kesan alergik kepada kulit kepada sesetengah individu [20].


7. Formulasi ekstrak inai dan herba lain didapati membantu beberapa masalah kulit. Di dalam satu kajian klinikal terhadap 45 pesakit, formulasi ekstrak inai dan dua herba lain didapati melegakan simpton pesakit cervical erosion dengan cervicitis [19]. Cervival erosion adalah keadaan dimana sebahagian serviks terkeluar dan kelihatan dari luar. Ia adalah peringkat awal vaginal prolapse.


8. Di dalam satu kajian terhadap 82 kanak-kanak di Iran, penggunaan produk herba berasaskan inai atau henna didapati memberi kesan yang baik terhadap ruam lampin sama seperti hydrocortisone (1%) [18]


9. Selain itu, penggunaan pencuci oral berasaskan ekstrak etanol daun inai didapati lebih berkesan sebagai antifungal berbanding pencuci oral komersil [17] di dalam satu kajian klinikal ke atas 60 subjek manusia.


KEBURUKAN DAUN INAI


10. Akar inai digunakan secara tradisi di Afrika bagi menggugurkan kandungan [10]. Kajian menunjukkan pada dos 3-300 mg ekstrak akar inai bagi setiap kg tikus merendahkan kadar mengandung sebanyak 40-60%. [11]. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan tiada kandungan digugurkan pada dos 40-1000 mg bagi setiap kg berat tikus.


11. Di dalam kajian yang lain, pada dos 134 mg bagi setiap kg berat tikus, ekstrak daun inai menghalang implantasi embrio di dalam uterus wanita. [12]. Dalam erti kata lain, ia menghalang benih yang sudah disenyawakan dari menempel di dinding rahim wanita.


12. Di samping itu, ekstrak akar inai dikatakan bertindak sebagai ubat pengguguran kandungan, dan memberikan kesan toksik kepada ibu dan fetus dalam kandungan mencit, tikus dan tikus belanda [13]. Dalam kajian lain, ekstrak akar henna pada berat 800-1600 mg bagi setiap kg berat tikus, ia mendorong keguguran kandungan (induction of abortion) pada trimester pertama [14]


GARIS PANDUAN KESELAMATAN PENGGUNAAN INAI/HENNA


13. Di dalam satu kajian yang lain, penggunaan daun henna pada berat 100mg bagi setiap kg berat tikus boleh menyebabkan kesan tetragonik iaitu memberi kesan kepada pembentukan janin dan boleh mengakibatkan kecacatan janin [16]. Oleh itu penggunaan ektrak inai ketika mengandung dan menyusu badan hendaklah dilakukan dengan hati-hati.


14. Laporan European Commision yang diformulasi oleh Scientific Committee on Consumer Products and Consumer Safety menggariskan rumusan kesan toksik henna untuk tujuan pendaftaran product [15].


15. Daun inai tidak menunjukkan kesan toksisiti dermal iaitu ke atas kulit. Kajian menunjukkan daun inai boleh memberikan kesan toksik pada dos 2000 mg per kg berat tikus jika diberikan secara oral. Ia juga memberikan kesan mutagenic dan menyebabkan kecacatan janin tikus pada dos 1000 mg bg setiap kg berat badan setiap hari [15].


16. Tetapi penggunaan inai terproses perlu digunakan dengan berhati-hati bimbang campuran bahan seperti PPD (p-phenylenediamine) yang mangakibatkan tindak balas alergik yang teruk. PPD selalu dicampur dengan ekstrak inai untuk memberikan warna hitam [20, 21].


Imej dari Panfili, E., Esposito, S., & Di Cara, G. (2017). Temporary Black Henna Tattoos and Sensitization to para-Phenylenediamine (PPD): Two Paediatric Case Reports and a Review of the Literature. International Journal of Environmental Research and Public Health, 14(4), 421


17. Namun bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan enzim g6pD, penggunaan daun inai boleh mengakibat haemolysis dan mengancam nyawa [20]


KESIMPULAN


18. Terdapat beberapa paten melibatkan formulasi ekstrak beberapa herba termasuk inai untuk kegunaan topikal dan oral. Namun, untuk penyediaan di rumah, pengambilan berterusan secara oral adalah tidak digalakkan tanpa pengetahuan tentang dos yang selamat.


19. Secara umumnya pengguna henna asli untuk kegunaan luaran adalah selamat. Namun sekitar 2.5 % manusia menunjukkan kesan alergi pada daun inai seperti urticaria (gegata), rhinitis, bengkak muka, conjunctivitis (mata merah, gatal dan berair), kesukaran bernafas dan selsema [20].


12. Sebarang pengambilan henna secara oral hendaklah disemak dahulu keselamatannya berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh European Commision.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product chemistry)


Rujukan:


[1] Chang-Syun Yang, Jih-Jung Chen, Hui-Chi Huang, Guan-Jhong Huang, Sheng-Yang Wang, Louise-Kuoping Chao, Chin Hsu, Yueh-Hsiung Kuo, New flavone and eudesmane derivatives from Lawsonia inermis and their inhibitory activity against NO production, In Phytochemistry Letters, Volume 21, 2017, Pages 123-127, ISSN 1874-3900, https://doi.org/10.1016/j.phytol.2017.06.012.


[2] Dhananjay Kumar Singh, Harveer Singh Cheema, Archana Saxena, Jyotshana, Shilpi Singh, Mahendra P Darokar, Dnyaneshwar U Bawankule, Karuna Shanker, Suaib Luqman, Fraxetin and ethyl acetate extract from Lawsonia inermis L. ameliorate oxidative stress in P. berghei infected mice by augmenting antioxidant defence system, In Phytomedicine, Volume 36, 2017, Pages 262-272, ISSN 0944-7113, https://doi.org/10.1016/j.phymed.2017.09.012

.

[3] Abdulwahid M. Salih, Fahmi H. Kakamad, Rawezh Q. Salih, Dahat A. Hussein, Hunar A. Hassan, Tomas M. Mekail, Jeza M. Abdul Aziz, Han Aube, Effect of Lawsonia inermis (Henna) on wound healing in Sprague-Dawley rats: A pilot study, In Wound Medicine, Volume 18, 2017, Pages 41-42, ISSN 2213-9095, https://doi.org/10.1016/j.wndm.2017.07.004.


[4] Rajesh, V., Riju, T., Venkatesh, S., & Babu, G. (2017). Memory enhancing activity of Lawsonia inermis Linn. leaves against scopolamine induced memory impairment in Swiss albino mice. Oriental Pharmacy and Experimental Medicine, 17(2), 127-142. doi:10.1007/s13596-017-0268-8


[5] Motazedian, M. H., Mikaeili, F., Mohebali, M., Miri, R., Habibi, P., & Kamarloie, S. (2017). The antileishmanial effects of Lowsonia inermis and Cedrus libani on Leishmania major promastigotes: an in vitro study. Journal of Parasitic Diseases, 41(2), 375-379. doi:10.1007/s12639-016-0809-y


[6] Zaid, A. N., Jaradat, N. A., Eid, A. M., Al Zabadi, H., Alkaiyat, A., & Darwish, S. A. (2017). Ethnopharmacological survey of home remedies used for treatment of hair and scalp and their methods of preparation in the West Bank-Palestine. BMC Complementary and Alternative Medicine, 17(1), 355. doi:10.1186/s12906-017-1858-1


[7] Iqbal, K., Iqbal, J., Staerk, D., & Kongstad, K. T. (2017). Characterization of Antileishmanial Compounds from Lawsonia inermis L. Leaves Using Semi-High Resolution Antileishmanial Profiling Combined with HPLC-HRMS-SPE-NMR. Frontiers in Pharmacology, 8(337). doi:10.3389/fphar.2017.00337


[8] Yang, C.-S., Chen, J.-J., Huang, H.-C., Huang, G.-J., Wang, S.-Y., Sung, P.-J., . . . Kuo, Y.-H. (2017). New Benzenoid Derivatives and Other Constituents from Lawsonia inermis with Inhibitory Activity against NO Production. Molecules, 22(6), 936.


[9] Badoni Semwal, R., Semwal, D. K., Combrinck, S., Cartwright-Jones, C., & Viljoen, A. (2014). Lawsonia inermis L. (henna): Ethnobotanical, phytochemical and pharmacological aspects. Journal of Ethnopharmacology, 155(1), 80-103. doi:https://doi.org/10.1016/j.jep.2014.05.042


[10] Agunu, A.,Samagoro,C.,Nuhu,H.,2011. Evaluation of antifertility of Lawsonia inermis L. (Lythraceae) roots found in Kaduna State, Nigeria. PlantaMedica 77,PF30


[11] Munshi, S.R., Shetye ,T.A., Nair, R.K., 1977.Antifertility activity of three indigenousplant preparations. Planta Medica, 31,73–75.


[12] Maurya,R., Srivastava,S., Kulshreshta,D.K., Gupta, C.M., 2004.Traditional remedies for fertility regulation. Current Medicinal Chemistry, 11, 1431–1450.


[13] Aguwa,C.N.,1988.Toxic effects of the methanolic extract of Lawsonia inermis roots. International Journal of Crude Drug Research, 25, 241–245.


[14] Mudi, S.Y., Ibrahim, H.,Bala, M.S.,2011. Acute toxicity studies of the aqueous root extract of Lawsonia inermis Linn. In rats. Journal of Medicinal Plants Research 5, 5123–5126.


[15] SCCS (Scientific Committee on Consumer Safety), 2013.Opinionon Lawsonia inermis (henna). European Commission(EU). Available online at: 〈http://ec. europa.eu/health/scientific_committees/consumer_safety〉.


[16] Jafarzadeh, L., Seifi, N., Shahinfard, N., Sedighi, M., Kheiri, S., Shirzad, H., & Rafieian-Kopaei, M. (2015). Antioxidant Activity and Teratogenicity Evaluation of Lawsonia Inermis in BALB/c Mice. Journal of Clinical and Diagnostic Research : JCDR, 9(5), FF01–FF04. http://doi.org/10.7860/JCDR/2015/12290.5911


[17] Sujanamulk, B., Chintamaneni, R., Chennupati, A., Nahar, P., Chaluvadi, R. S., Vemugunta, R., & Prabhat, M. V. P. (2016). Evaluation of Antifungal Efficacy of Ethanolic Crude Lawsone and Listerine Mouthwash in Uncontrolled Diabetics and Denture Wearers - A Randomized Clinical Trial. Journal of Clinical and Diagnostic Research : JCDR, 10(6), ZC90–ZC95. http://doi.org/10.7860/JCDR/2016/19463.8036


[18] Keshavarz, A., Zeinaloo, A. A., Mahram, M., Mohammadi, N., Sadeghpour, O., & Maleki, M. R. (2016). Efficacy of Traditional Medicine Product Henna and Hydrocortisone on Diaper Dermatitis in Infants. Iranian Red Crescent Medical Journal, 18(5), e24809. http://doi.org/10.5812/ircmj.24809


[19] Shabana Hashmi, Wajeeha Begum, Arshiya Sultana, Efficacy of Sphaeranthus indicus and cream of Lawsonia inermis in cervical erosion with cervicitis, In European Journal of Integrative Medicine, Volume 3, Issue 3, 2011, Pages e183-e188, ISSN 1876-3820, https://doi.org/10.1016/j.eujim.2011.08.002.


[20] de Groot, A. C. (2013), Side-effects of henna and semi-permanent ‘black henna’ tattoos: a full review. Contact Dermatitis, 69: 1–25. doi:10.1111/cod.12074


[21] Panfili, E., Esposito, S., & Di Cara, G. (2017). Temporary Black Henna Tattoos and Sensitization to para-Phenylenediamine (PPD): Two Paediatric Case Reports and a Review of the Literature. International Journal of Environmental Research and Public Health, 14(4), 421.http://doi.org/10.3390/ijerph14040421

1,260 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page