• Dr Che Puteh Osman

SIRI 4: BENARKAH RESVERATROL MEMPUNYAI BANYAK KHASIAT?

Kemaskini: 19 Mei 2019

1. Resveratrol merupakah sebatian kimia semula jadi yang boleh didapati anggur, blueberry, kacang tanah dan wines.


2. Ia adalah sejenis asid fenolik, dan merupakan monomer kepada oligomers stilbenes, yang merupakan sejenis sebatian kimia yang besar, terdiri daripada beberapa unit resveratrol. Oligomers stilbenes banyak didapati dari tumbuhan dari keluarga Dipterocarpaceae.


3. Terdapat pelbagai dakwaan kesihatan resveratrol dapat mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit.


4. Menurut kajian, resveratrol mempunyai sifat chemoprevention, iaitu mencegah pembentukan sel kanser apabila digunakan pada kepekatan 10-40mM iaitu bersamaan dengan 2.25g-9.14g dalam setiap liter larutan resveratrol.


5. Disamping itu, resveratrol juga mempunyai sifat cardioprotection pada kepekatan 5-20 micromolar, iaitu bersamaan dengan 0.011-0.046g dalam setiap liter larutan resveratrol.


6. Namun begitu, pengambilan resveratrol sebanyak 1000-3000 mg bagi setiap kg berat badan boleh mengakibatkan nefrotoksisiti, iaitu kesan toksik ke atas buah pinggang dan menyebabkan peningkatan urea dan kreatinin dalam darah.


7. Disamping itu, pengambilan resveratrol yang tinggi (>3000mg/kg) boleh menyebabkan resveratrol menjadi prooksidan, dan meningkatkan risiko penyakit atherosclerosis.


8. Dalam setiap biji anggur (anggaran 5g), dianggarkan sekitar 0.8- 17.7 microgram resveratrol. Sepuluh biji anggur terdapat sekitar 0.0177g resveratrol dan sudah cukup untuk mendapat khasiat tersebut.




9. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat phytonutrients (sejenis nutrisi dari sebatian kimia semula jadi), sudah cukup mendapatkan daripada anggur segar dan bukan yang sudah diproses.


10. Sila rujuk jadual seperti gambar 3. Jadual diambil dari : Mukherjee, S., Dudley, J. I., & Das, D. K. (2010). Dose-Dependency of Resveratrol in Providing Health Benefits. Dose-Response, 8(4), 478–500.


11. Kajian ke atas manusia mendapati pada dos 0.5g/kg, resveratrol menunjukkan aktiviti anti-oksidan dan anti-keradangan dan meningkatkan metabolism lipid dan glukosa dan mengubahsuai proses karsinogenesis.


12. Namun begitu, resveratrol tidak berada lama dalam sistem biokimia tubuh kerana ia mudah termetabolisasi (easily metabolised).


13. Sehingga kini masih tiada jawapan pasti tentang potensi resveratrol ke atas manusia. Kajian demi kajian masih dilakukan. Sehingga ke saat ini masih banyak kajian sedang dilakukan. Sehingga ada jawapan yang pasti, maka data sekarang digunapakai.



Che Puteh Osman PhD in Natural Product Discovery


Rujukan Cottart, C.-H., Nivet-Antoine, V. and Beaudeux, J.-L. (2014), Review of recent data on the metabolism, biological effects, and toxicity of resveratrol in humans. Mol. Nutr. Food Res., 58: 7–21.


James A. Crowell, Peter J. Korytko, Robert L. Morrissey, Tristan D. Booth, Barry S. Levine; Resveratrol-Associated Renal Toxicity, Toxicological Sciences, Volume 82, Issue 2, 1 December 2004, Pages 614–619, https://doi.org/10.1093/toxsci/kfh263


Mukherjee, S., Dudley, J. I., & Das, D. K. (2010). Dose-Dependency of Resveratrol in Providing Health Benefits. Dose-Response, 8(4), 478–500.http://doi.org/10.2203/dose-response.09-015.Mukherjee

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.