Dr Che Puteh Osman
SIRI 4: KESAN SAMPINGAN HERBA?
Updated: 18 Mei 2019
BENARKAH PENGGUNAAN HERBA TIDAK MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN ?
1. Tidak benar, kerana tumbuhan juga menghasilkan bahan kimia sebagai salah satu cara hidup, dan penyesuaian dan adaptasi alam sekitar.
2. Sebatian kimia semulajadi, berbeza mengikut jenis tumbuhan, bergantung kepada family, genus dan spesies tumbuhan.
Rujuk tulisan saya mengenai sebatian semula jadi di sini.
3. Kandungan bahan kimia di dalam pokok berbeza-beza, ada yang banyak sehingga melebihi 20% dan ada yang sedikit (1-2%).
4. Kandungan seperti ini boleh memberi kesan kepada sesiapa yang memakannya, sama ada positif atau negatif.
5. Ubat berasaskan herba juga perlu dikaji keberkesanan dan kesan sampingan penggunaannya, kerana kewujudan sebatian kimia itu.

6. Pengambilan berterusan pastinya akan memberi kesan sampingan, seperti ubatan moden.
7. Malangnya penggunaan ubatan herba sering di anggap selamat tanpa menyedari tanpa maklumat keselamatan dan keberkesanan, penggunaan herba memberi kesan sampingan yang berbahaya.
8. Penggunaan ubatan moden adalah dengan pemantauan pengamal perubatan, setiap kesan sampingan sudah ada pelan tindakan.
9. Ini belum termasuk produk herba yang sengaja di campur dengan ubat berjadual seperti silbultramine, steroid dan sildenafil, seperti yang dilaporkan di media.
"Walaupun bersumberkan tumbuhan, penggunaan herba dalam tempoh yang lama dan dos yang besar boleh menjejaskan kesihatan.."
11. Keselamatan penggunaan bukan kerana ia bukan bahan kimia (semua benda dalam dunia ini adalah terdiri dari sebatian kimia), tetapi DOS PENGGUNAAN yang menentukan keselamatan.

Che Puteh Osman PhD in Natural Product Chemistry