SIRI 4: PENGGUNAAN AROMATERAPI MERAWAT LOYA DAN MUNTAH?
Kemaskini: 19 Mei 2019
Siapa yang tidak suka kepada wangi-wangian? Memakai wangian itu sendiri merupakan sunnah junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Wangian daripada ekstrak tumbuhan ini dikenali sebagai volatile compounds atau sebatian mudah meruap. Sebatian kimia ini terdiri dari kelas terpenes, esters, aldehydes, ketones dan alcohol. Setiap tumbuhan berbau mengandungi sekurangnya 2-3 sebatian kimia mudah meruap yang dominan, yang memberikan bau yang unik kepada tumbuhan berkenaan. Sesetengah pokok mengandungi berpuluh sebatian kimia di mana gabungan mereka menghasilkan bauan yang unik. Sebatian kimia ini yang diekstrak menggunakan kaedah penyulingan dipanggil essential oil.

Essential oil dihasilkan dengan pelbagai kaedah penyulingan. Paling mudah menggunakan teknik penyulingan stim. Pada masa akan datang saya akan menceritakan bagaimana essential oil boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Pada masa kini ada kaedah terapi menggunakan minyak pati (essential oil) iaitu aromaterapi. Aromaterapi memberikan rasa tenang dan relaks kepada penggunanya. Selain itu terdapat beberapa dakwaan ia mengurangkan gejala kesihatan antaranya muntah, kemurungan dan mengurangkan sakit ketika bersalin dan sejurus selepas pembedahan.
Hasil carian di pangkalan jurnal berindeks, menggunakan kata kunci aromatherapy dan randomized clinical trial, terdapat sekitar 30 kertas kajian membincangkan hasil rawatan menggunakan aromaterapi. Saya akan membincangkan secara bersiri.
Pada ini saya akan membincangkan kajian klinikal terhadap penggunaan aromaterapi untuk mengurangkan loya dan muntah.
Ada beberapa kajian klinikal terhadap kegunaan essential oil bagi mengurangkan symptom muntah-muntah.
Kajian kesan essential oil mint terhadap 60 wanita hamil sama ada mengurangkan loya dan muntah selama 7 malam [1]– Kajian randomized double blind control trial (RCT)
a. Air yang di campur mint diletak atas lantai berhampiran katil 30 wanita (kumpulan menerima rawatan)
b. Air yang dicampur larutan garam diletak atas lantai berhampiran katil 30 wanita (kumpulan kawalan)
c. Hasil kajian: pada malam keempat, ibu yang guna mint kurang muntah berbanding ibu yang guna larutan garam. Tetapi selepas malam ketujuh kdua-dua kumpulan menunjukkan penurunan munta dan mabuk
d. Kesimpulan: Penemuan tidak signifikan.
e. Kelemahan: Sampel saiz yang kecil, data tidak signifikan secara statistic.
Kajian Aromatherapy untuk rawatan mabuk dan muntah selepas pembedahan [2] - systemic review
a. 5 RCT, 2 CCT, 663 subjek kajian manusia.
b. Peppermint oil tidak memberi kesan kepada rasa loya selepas 5 minit rawatan.
c. Aromatherapy menggunakan kaedah sedut wap isopropyl alcohol memberikan kelegaan sebentar dari loya dan mengurangkan pengambilan ubat tahan muntah.
d. Pesakit mungkin tidak hilang rasa loya sebaik sahaja rawatan berakhir tetapi mengurangkan permintaan terhadap ubat tahan muntah.
e. Tahap kepuasan pesakit menerima aromatherapy lebih tinggi.
3. Di dalam minyak peppermint, kandungan sebatian kimia utama adalah methol dan methone [3-5] sekitar 50-60% di dalam minyak peppermint. Jangan guna produk mengandungi menthol ke atas bayi tanpa nasihat dari doctor.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
[1] Pasha, H.; Behmanesh, F.; Mohsenzadeh, F.; Hajahmadi, M.; Moghadamnia, A. A., Study of the effect of mint oil on nausea and vomiting during pregnancy. Iranian Red Crescent Medical Journal 2012, 14 (11), 744-747.
[2] Hines, S.; Steels, E.; Chang, A.; Gibbons, K., Aromatherapy for treatment of postoperative nausea and vomiting. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, 2018 (3).
[3] Schmidt, E.; Bail, S.; Buchbauer, G.; Stoilova, I.; Atanasova, T.; Stoyanova, A.; Krastanov, A.; Jirovetz, L., Chemical composition, olfactory evaluation and antioxidant effects of essential oil from Mentha x piperita. Natural Product Communications 2009, 4 (8), 1107-1112.
[4] Aziz, E. E.; Craker, L. E., Essential Oil Constituents of Peppermint, Pennyroyal, and Apple Mint Grown in a Desert Agrosystem. Journal of Herbs, Spices & Medicinal Plants 2010, 15 (4), 361-367.
[5] Desam, N. R.; Al-Rajab, A. J.; Sharma, M.; Mylabathula, M. M.; Gowkanapalli, R. R.; Albratty, M., Chemical constituents, in vitro antibacterial and antifungal activity of Mentha×Piperita L. (peppermint) essential oils. Journal of King Saud University - Science 2017.