SIRI 42: POKOK TUNJUK LANGIT, BENARKAH IA MERAWAT KERADANGAN DAN KEROSAKAN HATI?
Updated: 19 Mei 2019
1. Saya pada awalnya menganggap buah tunjuk langit adalah dari pokok tunjuk langit. Rupa buah tunjuk langit adalah Swietenia macrophylla dari keluarga Meliaceae. Pada waktu lain saya akan menceritakan mengenai buah tunjuk langit.

2. Pokok tujuh langit atau nama saintifiknya Helminthostachys zeylanica (L) Hook. dari keluarga Ophioglossaceae. Akar pokok tujuh langit dikenali sebagai “Daodi-Ugon” di dalam perubatan herba Cina (Cao et al., 2016) dan digunakan secara tradisi bagi merawat masalah keradangan dan hati (Huang et al., 2009) selain sebagai antipiretik (menyejukkan badan atau mengurangkan simptom demam).

3. Selain itu, ia juga digunakan secara tradisi bagi merawat keradangan, merawat demam dan sebagai agen hepaprotektif di Sri Lanka, India, China, Filipina dan Taiwan (Huang et al., 2010).
4. Rizom pokok ini mengandungi sebatian kimia dari jenis cyclic geranyl stilbene prenylated flavonoids (Cheng et al., 2003; Huang et al., 2003; Su et al., 2016).
5. Dalam kajian kesan toksik subkronik ke atas tikus albino, pemberian ekstrak etanol rizom pokok tunjuk langit sehingga 554 mg/kg berat tikus selama sekali sehari selama 12 hari tidak memberikan kesan toksik (Fitrya et al., 2017).
6. Dalam satu kajian ke atas tikus, ekstrak rizom pokok tunjuk langit mengurangkan kesan kecederaan hati yang dicetus oleh karbon tetraklorida. Pemberian ekstrak rizom mengurangkan pengeluaran enzim hati dan meransang pemulihan kerosakan hati tikus (Suja et al., 2004). Selain itu, ekstrak air rizom pokok tunjuk langit berpotensi mengurangkan kesan radang di paru-paru tikus dengan mengurangkan penyusupan neutrophil (Liou et al., 2017). Sebatian kimia ugonin M (rujuk nombor 4) dipercayai bertanggungjawab terhadap kemampuan ekstrak rizom pokok tunjuk langit mengurangkan kesan keradangan paru-paru (Wu et al., 2017).
7. Sebatian kimia semulajadi yang diekstrak dari pokok tujuh langit 1, 2 (Huang et al., 2009), 3 (Su et al., 2016), 4, 5, 6, 7 8,9, dan 10 (Huang et al., 2009), 11 dan 12 (Huang et al., 2017(menunjukkan aktiviti anti keradangan yang baik berbanding standard yang digunakan.

8. Selain dari kajian ke atas rizom pokok tunjuk langit sebagai agen antikeradangan, terdapat beberapa kertas kajian membincangkan potensi sebatian terbitan siklik geranil stilbene sebagai agen antiosteoporosis terutama sebatian Ugonin K dan terbitannya.
9. Ugonin K merangsang pembentukan tulang melalui beberapa mekanisme dan melindungi tulang dari kesan osteoporosis di dalam beberapa kajian piring petri (Lee et al, 2011; Lee et al., 2012). Ugonin K memberikan kesan perlindungan kepada kerosakan tulang akibat osteoporosis. Ugonin K membangkitkan proses osteogenesis melalui interaksi dengan reseptor estrogen.

10. Selain itu, prenylated flavonoids yang ditemui dalam rizom pokok tunjuk langit iaitu Ugonin H, J, K dan L juga menunjukkan sifat memerangkap radikal bebas yang baik dalam ujian saringan piring petri (Huang et al., 2003). Kajian lanjutan menunjukkan ugonin K bersifat neuroprotecktif. Ugonin K melindungi sel daripada kesan stress oksidatif yang dicetus oleh hidrogen peroksida dalam kajian piring petri. Stress oksidatif dikatakan antara salah satu faktor kepada penyakit neurogeneratif seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, Huntington dan kerosakan sel jantung (Lin et al., 2009).
11. Dalam kajian yang lain, sebatian kimia ugonin J dan K dari rizom pokok tunjuk langit merupakan antara sebatian kimia bioaktif yang dipercayai menghalang proses melanogenesis (Yamouchi et al., 2015) dalam kajian (piring petri).
12. Kesimpulannya, sebatian kimia semulajadi dari rizom pokok tunjuk langit berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubat anti keradangan. Kajian masih lagi pada peringkat awal penemuan, dan kajian lanjutan pada peringkat pra-klinikal dan peringkat klinkal ke atas manusia masih diperlukan.
Sekian, semoga bermanfaat.
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
Cao, L., Li, R., Chen, X., Xue, Y., & Liu, D. (2016). Neougonin A Inhibits Lipopolysaccharide-Induced Inflammatory Responses via Downregulation of the NF-kB Signaling Pathway in RAW 264.7 Macrophages. Inflammation, 39(6), 1939-1948. doi:10.1007/s10753-016-0429-9
Chen, C. C., Huang, Y. L., Yeh, P. Y., & Ou, J. C. (2003). Cyclized Geranyl Stilbenes from the Rhizomes of Helminthostachys zeylanica. Planta Medica, 69(10), 964-967. doi:10.1055/s-2003-45112
Chen, C. Y., Yang, C. H., Tsai, Y. F., Liaw, C. C., Chang, W. Y., & Hwang, T. L. (2017). Ugonin U stimulates NLRP3 inflammasome activation and enhances inflammasome-mediated pathogen clearance. Redox Biology, 11, 263-274. doi:10.1016/j.redox.2016.12.018
Fitrya, F., Fithry, N. A., & Muharni. (2017). A subchronic toxicity test of ethanol extract from Tunjuk langit rhizome (Helminthostachys Zeylanica) on albino rats, Rattus noverticus (Wistar strain). Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research, 10(2), 270-273. doi:10.22159/ajpcr.2017.v10i2.15563
Huang, Y. L., Yeh, P. Y., Shen, C. C., & Chen, C. C. (2003). Antioxidant flavonoids from the rhizomes of Helminthostachys zeylanica. Phytochemistry, 64(7), 1277-1283. doi:10.1016/j.phytochem.2003.09.009
Huang, Y. C., Hwang, T. L., Chang, C. S., Yang, Y. L., Shen, C. N., Liao, W. Y., . . . Liaw, C. C. (2009). Anti-inflammatory flavonoids from the rhizomes of Helminthostachys zeylanica. Journal of Natural Products, 72(7), 1273-1278. doi:10.1021/np900148a
Huang, Y. C., Hwang, T. L., Yang, Y. L., Wu, S. H., Hsu, M. H., Wang, J. P., . . . Liaw, C. C. (2010). Acetogenin and prenylated flavonoids from helminthostachys zeylanica with inhibitory activity on superoxide generation and elastase release by neutrophils. Planta Medica, 76(5), 447-453. doi:10.1055/s-0029-1186221
Huang, Y. L., Shen, C. C., Shen, Y. C., Chiou, W. F., & Chen, C. C. (2017). Anti-inflammatory and Antiosteoporosis Flavonoids from the Rhizomes of Helminthostachys zeylanica. Journal of Natural Products, 80(2), 246-253. doi:10.1021/acs.jnatprod.5b01164
Lee, C. H., Huang, Y. L., Liao, J. F., & Chiou, W. F. (2011). Ugonin K promotes osteoblastic differentiation and mineralization by activation of p38 MAPK- and ERK-mediated expression of Runx2 and osterix. European Journal of Pharmacology, 668(3), 383-389. doi:10.1016/j.ejphar.2011.06.059
Lee, C. H., Huang, Y. L., Liao, J. F., & Chiou, W. F. (2012). Ugonin K-stimulated osteogenesis involves estrogen receptor-dependent activation of non-classical Src signaling pathway and classical pathway. European Journal of Pharmacology, 676(1-3), 26-33. doi:10.1016/j.ejphar.2011.12.001
Liou, C. J., Huang, Y. L., Huang, W. C., Yeh, K. W., Huang, T. Y., & Lin, C. F. (2017). Water extract of Helminthostachys zeylanica attenuates LPS-induced acute lung injury in mice by modulating NF-κB and MAPK pathways. Journal of Ethnopharmacology, 199, 30-38. doi:10.1016/j.jep.2017.01.043
Lin, Y. C., Huang, Y. C., Chen, S. C., Liaw, C. C., Kuo, S. C., Huang, L. J., & Gean, P. W. (2009). Neuroprotective Effects of Ugonin K on Hydrogen Peroxide-Induced Cell Death in Human Neuroblastoma SH-SY5Y Cells. Neurochemical Research, 34(5), 923-930. doi:10.1007/s11064-008-9860-0
Su, L. H., Li, Y. P., Li, H. M., Dai, W. F., Liu, D., Cao, L., & Li, R. T. (2016). Anti-inflammatory prenylated flavonoids from Helminthostachys zeylanica. Chemical and Pharmaceutical Bulletin, 64(5), 497-501. doi:10.1248/cpb.c15-00661
Wu, K. C., Huang, S. S., Kuo, Y. H., Ho, Y. L., Yang, C. S., Chang, Y. S., & Huang, G. J. (2017). Ugonin M, a helminthostachys zeylanica constituent, prevents lps-induced acute lung injury through TLR4-mediated mapk and nf-κb signaling pathways. Molecules, 22(4). doi:10.3390/molecules22040573
Yamauchi, K., Mitsunaga, T., Itakura, Y., & Batubara, I. (2015). Extracellular melanogenesis inhibitory activity and the structure-activity relationships of ugonins from Helminthostachys zeylanica roots. Fitoterapia, 104, 69-74. doi:10.1016/j.fitote.2015.05.006