top of page

SIRI 44: ARECOLINE, BAHAN KIMIA BERACUN DALAM BUAH PINANG

Updated: 2 Jan 2020


Arecoline adalah bahan kimia utama di dalam buah pinang atau nama saintifiknya iaitu Areca catechu. Dianggarkan terdapat sekitar 0.30-0.63% acecholine dan buah pinang yang segar.


Arecoline adalah sejenis alkaloid yang menyebabkan ketagihan. Ini kerana arecoline meransang reseptor yang sama seperti nikotin. Selain arecoline, buah pinang juga mengandungi alkaloid arecailine, guavacoline dan guavacine.


Ketagihan kepada sireh pinang adalah sejenis ketagihan keempat terbesar di dunia. Pengambilan sireh pinang secara berterusan boleh meningkat risiko kanser oral. Selain kanser oral, arecoline boleh menyebabkan ketoksikan kepada hati dan testis dalam kajian ke atas tikus. Dos 1.4 mg bagi setiap kg boleh menyebabkan kematian seekor kuda.




Walaupun arecoline adalah genotoksik dan menyebabkan kanser jika diambil secara berterusan dalam tempoh yang lama, arecoline berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubatan.


Antaranya adalah untuk rawatan hyperactive disorde, penyakit Alzheimer, kemurungan, skizofrenia, pembiusan am, dan lain-lain. Kajian masih berjalan dan kebanyakannya masih peringkat paling awal pada manusia dan ke atas tikus. Jangan anda tinggalkan ubat anda pula, kerana keberkesannya masih dikaji tetapi ketoksikannya telah terbukti.


Semulajadi tidak semestinya selamat, walaupun telah diamalkan nenek moyang sejak zaman berzaman.

Rujukan:


Roger L. Papke, Nicole A. Horenstein, Clare Stokes. (2015) Nicotinic Activity of Arecoline, the Psychoactive Element of "Betel Nuts", Suggests a Basis for Habitual Use and Anti-Inflammatory Activity. PLOS ONE, 10: 10, e0140907 DOI: 10.1371/journal.pone.0140907

Yu-Jie Liu, Wei Peng, Mei-Bian Hu, Min Xu & Chun-Jie Wu (2016) The pharmacology, toxicology and potential applications of arecoline: a review, Pharmaceutical Biology, 54:11,2753-2760, DOI: 10.3109/13880209.2016.1160251


6,335 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page