top of page

SIRI 45 : BUAH TUNJUK LANGIT (Swietenia macrophylla ), MERAWAT DIABETES?

Kemaskini: 19 Mei 2019

PERBEZAAN ANTARA POKOK TUNJUK LANGIT DAN BUAH TUNJUK LANGIT


1. Buah tunjuk langit atau nama saintifiknya Swietenia macrophylla merupakan ahli keluarga Mahagony atau Meliaceae. Ia merupakan pokok kayu besar, dan kayunya digunakan dalam pembuatan perabot dan produk perkayuan lain. Buah tunjuk langit juga dikenali sebagai pokok mahagoni dan mahagoni handuran. Buah tunjuk langit dikatakan mampu untuk merawat diabetes dan darah tinggi


Imej dari Wikimedia Commons

2. Terdapat satu pokok lain yang namanya seakan-akan pokok ini, iaitu pokok tunjuk langit. Pokok tunjuk langit atau nama saintifiknya Helminthostachys zeylanica merupakah ahli keluarga Ophioglossaceae. Walaupun nama seakan sama, pokok tunjuk langit merupakan pokok renek dan pucuknya sering dibuat ulam dan digunakan dalam masakan. Akar pokok tunjuk langit banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat masalah keradangan. Terdapat beberapa kajian peringkat pra-klinikal yang melaporkan pengujian potensi seitan kimia terbitan ugonin dari akar pokok tunjuk langit sebagai agen antikeradangan. Saya pernah ulas di sini.


Imej dari Wikimedia Commons

KAJIAN TERHADAP BUAH TUNJUK LANGIT


3. Buah tunjuk langit mengandungi sebatian dari kelas limonoids antaranya dari jenis phragmalin dan mexicanolide, [1-6], dan sebatian kimia dari kelas triterpenoids antaranya dari jenis tirucallane [7] dan tetranorterpenoids [8].


4. Dalam satu kajian terhadap tikus, pemberian ekstrak air buah tunjuk langit sebanyak 2g bagi setiap kg berat tikus selama 30 hari kepada tikus yang diinduksi untuk mengidap kencing manis jenis kedua, menurunkan paras gula dalam dalam darah secara signifikan, namun kurang potensi jika dibandingkan dengan metformin. Ia juga mengurangkan bacaan HbA1c berbanding tikus yang tidak diberikan ekstrak, tetapi tidak sebanyak tikus yang diberikan metformin [9]


5. Di dalam satu kajian lain ke atas sekumpulan tikus yang diinduksi diabetes jenis pertama, pemberian ekstrak alkohol buah tunjuk langit pada dos 100 mg bagi setiap kg berat tikus menunjukkan penurunan gula dalam plasma darah, sebanding dengan penurunan yang ditunjukkan oleh kumpulan tikus yang diberi rawatan glibenclamide [10]. Ekstrak buah tunjuk langit dikatakan merangsang pengeluaran insulin di pankreas. Namun dalam kajian yang lain, pemberian ekstrak buah tunjuk langit menggunakan pelarut organik kepada tikus tidak menunjukkan penurunan paras gula yang signifikan [11].


6. Pemberian swietenine, sebatian kimia jenis tetranortriterpenoid yang dipencilkan dari buah tunjuk langit pada dos 50 mg bagi setiap kg berat tikus mengurangkan pras gula dalam darah secara signifikan. Selain itu, switenine juga menurunkan paras kolesterol di dalam darah [12]. Selain itu, kajian ke atas sebatian kimia lain dari buah tunjuk langit, 7-hydroxy-2-(4-hydroxy-3-methoxy-phenyl)-chroman-4-one mengurangkan paras gula secara signifikan ke atas sekumpulan tikus [13].


Switenine. Sumber :Dewanjee, S., Maiti, A., Das, A. K., Mandal, S. C., & Dey, S. P. (2009). Swietenine: A potential oral hypoglycemic from Swietenia macrophylla seed. Fitoterapia, 80(4), 249-251. doi:10.1016/j.fitote.2009.02.004

7. Pemberian ekstrak etanol buah tunjuk langit pada dos 2g bg setiap kg berat tikus bersamaan 325 mg/kg berat manusia, sekali sahaja selama 14 hari tidak menunjukkan kesan toksik [14]


8. Terdapat beberapa kajian in vitro terhadap potensi sebatian kimia yang dipencilkan dari buah tunjuk langit. Swielimonoid B dan swietenolide,18- swietenine acetate dan 3 methyl angolensate menunjukkan aktiviti antiviral yang baik terhadap virus denggi 2 di dalam piring petri [15]. Beberapa sebatian kimia dari buah tunjuk langit menunjukkan potensi antikeradangan dalam kajian piring petri [3]. Selain itu, ekstrak buah tunjuk langit juga menyebabkan kematian sel terprogram kepada sel kanser kolon di dalam piring petri [16].


ISU PENGGUNAAN BUAH TUNJUK LANGIT


Terdapat beberapa laporan kecederaan hati yang dikaitkan dengan penggunaan buah tunjuk langit. Kejadian ini dilaporkan di negara Singapura. Anda boleh membaca lanjut di sini. The Health Sciences Authority (HSA), Singapura melaporkan simptom bermula setelah 30--45 hari pengambilan buah tunjuk langit dalam bentuk asli dan kapsul.


KESIMPULAN


Kesimpulannya, kajian terhadap buah tunjuk langit masih pada peringkat penemuan dna pra-klinikal. Ekstrak buah tunjuk langit dan sebatian kimia utamanya, swietenine dan flavone menunjukkan potensi menurunkan paras gula dalam darah ke atas sekumpulan tikus. Maklumat keselamatan penggunaan ekstrak ini masih belum meyakinkan. Pemberian sekali sahaja ekstrak buah tunjuk langit ke atas tikus dan pengujian parameter darah setiap hari selama 14 hari menunjukkan tiada kesan toksik akut. Penggunaan buah tunjuk langit TIDAK BOLEH menggantikan rawatan sedia ada.


Che Puteh Osman

PhD (Natural Product Chemistry)


Rujukan:


[1] Lin, B. D.; Zhang, C. R.; Yang, S. P.; Zhang, S.; Wu, Y.; Yue, J. M., D-ring-opened phragmalin-type limonoid orthoesters from the twigs of Swietenia macrophylla. Journal of Natural Products 2009, 72 (7), 1305-1313.


[2] Lin, B. D.; Zhang, C. R.; Yang, S. P.; Wu, Y.; Yue, J. M., Phragmalin-type limonoid orthoesters from the twigs of Swietenia macrophylla. Chemical and Pharmaceutical Bulletin 2011, 59 (4), 458-465.


[3] Chen, L. C.; Liao, H. R.; Chen, P. Y.; Kuo, W. L.; Chang, T. H.; Sung, P. J.; Wen, Z. H.; Chen, J. J., Limonoids from the seeds of Swietenia macrophylla and their anti-inflammatory activities. Molecules 2015, 20 (10), 18551-18564.


[4] Mootoo, B. S.; Ali, A.; Motilal, R.; Pingal, R.; Ramlal, A.; Khan, A.; Reynolds, W. F.; McLean, S., Limonoids from Swietenia macrophylla and S. aubrevilleana. Journal of Natural Products 1999, 62 (11), 1514-1517.


[5] Da Silva, M. N.; Arruda, M. S. P.; Castro, K. C. F.; Da Silva, M. F. D. G. F.; Fernandes, J. B.; Vieira, P. C., Limonoids of the phragmalin type from Swietenia macrophylla and their chemotaxonomic significance. Journal of Natural Products 2008, 71 (12), 1983-1987.


[6] Ma, Y. Q.; Jiang, K.; Deng, Y.; Guo, L.; Wan, Y. Q.; Tan, C. H., Mexicanolide-type limonoids from the seeds of Swietenia macrophylla. Journal of Asian Natural Products Research 2018, 20 (4), 299-305.


[7] Sun, Y. P.; Zhu, L. L.; Liu, J. S.; Yu, Y.; Zhou, Z. Y.; Wang, G.; Wang, G. K., Limonoids and triterpenoid from fruit of Swietenia macrophylla. Fitoterapia 2018, 125, 141-146.


[8] Kojima, K.; Isaka, K.; Ogihara, Y., Tetranortriterpenoids from Swietenia macrophylla. Chemical and Pharmaceutical Bulletin 1998, 46 (3), 523-525.


[9] Dutta, M.; Biswas, U. K.; Chakraborty, R.; Banerjee, P.; Raychaudhuri, U.; Kumar, A., Evaluation of plasma H<inf>2</inf>S levels and H<inf>2</inf>S synthesis in streptozotocin induced Type-2 diabetes-an experimental study based on Swietenia macrophylla seeds. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine 2014, 4, S483-S487.


[10] Kalpana, K.; Pugalendi, K. V., Antioxidative and hypolipidemic efficacy of alcoholic seed extract of Swietenia macrophylla in streptozotocin diabetic rats. Journal of Basic and Clinical Physiology and Pharmacology 2011, 22 (1-2), 11-21.


[11] Hashim, M. A.; Yam, M. F.; Hor, S. Y.; Lim, C. P.; Asmawi, M. Z.; Sadikun, A., Anti-hyperglycaemic activity of swietenia macrophylla king (meliaceae) seed extracts in normoglycaemic rats undergoing glucose tolerance tests. Chinese Medicine (United Kingdom) 2013, 8 (1).


[12] Dewanjee, S.; Maiti, A.; Das, A. K.; Mandal, S. C.; Dey, S. P., Swietenine: A potential oral hypoglycemic from Swietenia macrophylla seed. Fitoterapia 2009, 80 (4), 249-251.


[13] Prasetyastuti; Sunarti; Sadewa, A. H.; Mustofa, Effect of 7-hydroxy-2-(4-hydroxy-3-methoxy-phenyl)- chroman-4-one (swietenia macrophylla king seed) on retinol binding protein-4 and phosphoenolpyruvate carboxykinase gene expression in type 2 diabetic rats. Romanian Journal of Diabetes, Nutrition and Metabolic Diseases 2016, 23 (3), 255-265.


[14] Sayyad, M.; Tiang, N.; Kumari, Y.; Goh, B. H.; Jaiswal, Y.; Rosli, R.; Williams, L.; Shaikh, M. F., Acute toxicity profiling of the ethyl acetate fraction of Swietenia macrophylla seeds and in-vitro neuroprotection studies. Saudi Pharmaceutical Journal 2017, 25 (2), 196-205.


[15] Cheng, Y. B.; Chien, Y. T.; Lee, J. C.; Tseng, C. K.; Wang, H. C.; Lo, I. W.; Wu, Y. H.; Wang, S. Y.; Wu, Y. C.; Chang, F. R., Limonoids from the seeds of swietenia macrophylla with inhibitory activity against dengue virus 2. Journal of Natural Products 2014, 77 (11), 2367-2374.


[16] Goh, B. H.; Chan, C. K.; Kamarudin, M. N. A.; Abdul Kadir, H., Swietenia macrophylla King induces mitochondrial-mediated apoptosis through p53 upregulation in HCT116 colorectal carcinoma cells. Journal of Ethnopharmacology 2014, 153 (2), 375-385.

736 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
logo.jpg

Blog ini membawakan artikel ilmiah tentang tumbuhan dan sebatian kimia semulajadi dalam bahasa yang mudah difahami.

bottom of page